Selasa, Julai 08, 2008

Kudapan Senja : Hish, Tak Kuasa Aku

Polisi untuk aku hadir ke mana-mana majlis makan baik formal mahupun tidak; perempuan mesti ada. Kalau tak ada, maaf. Aku tahu lelaki kalau makan tak pernahnya nak semenggah terutamanya jika makan sesama shlong/shlort. My point is, kesopanan ketika makan terjaga dengan kehadiran perempuan.

Tak tahulah jika darah yang mengalir dalam badan mereka terselit genetik kaum Gasar; rakus dalam apa jua yang dilakukan.

Bukan aku minta bersopan macam makan bersama autokrat, cukuplah sekadar kunyah makanan dengan mulut tertutup. Tidak bercakap tika ada makanan dalam mulut. Benda-benda prinsipal yang tak perlu belajar dekat Kelas Makan Beradab. Ya, ada silibus pengajian bidang tersebut; di mana dan nama sebenarnya aku tak ingat. Carilah sendiri.

Aku tolak perlawaan OKP dengan baik dengan klise "kerja bertimbun". Aku ada kerja nak buat tapi tak adalah banyak mana pun. Sepetang bersama goreng pisang dan secawan teh dah siap. Membawa makna kerja itu siap cepat, sama masa yang dihabiskan dengan minum petang siap berkudapan.

Kalau masih tak faham, aku tak dapat nak tolong.

Jika OKP tipu aku siang tadi ketika dia telefon aku, pasti aku hadir dengan teks ucapan berapi untuk menaikkan kredibiliti perwakilan yang dah sah-sah akan kalah menjelang hari pencalonan kelak. Cakap saja 'Dude, ada 3 meja penuh perempuan.', berdesut aku sampai la itu juga walaupun majlis makan tersebut diadakan pada sebelah malam.

Masa ini boleh pula jadi jujur. Labu...Labu...