Rabu, Julai 16, 2008

Pelan Menyelamatkan Punggung Sendiri : Pertembungan Antara Resam Anjing dan Tujuh Keturunan Makan Bersuap Berak Berbasuh.

Gagasan anjing liar memenuhi perkarangan Rumah Nafsu. Aku tersekat. Jam sudah 2 pagi, aku mahu pulang ke rumah untuk menyiapkan proses muat turun filem Young People Fucking dan Harold & Kumar: Escape From Guantanamo Bay.

Sudah seminggu Vuze membisu idle tanpa sebarang aktiviti mengimport berbakul-bakul ancaman sekuriti dan data yang aku benar-benar berkehendak.

Dasar anjing punya anjing. Mana datangnya engkau, diturunkan dari langit, dihanyut arus deras bah, ditiup beliung siapa yang tahu dan tiada siapa yang mahu tahu dari mana asalnya engkau. Seekor dua mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah kerana aku ada 3 biji bola tenis yang aku rembat entah dekat mana untuk terapi migrain. Campak jauh-jauh nanti berkejarlah seekor dua itu mencari, menggigit, menggongong lantas memuntahkan semula di hadapan aku dengan harapan aku mahu meluangkan masa di hening pagi melayan kerenah mereka instead of bergulung dalam selimut.

Sekejap. Itu anjing bertuan, yang jinak. Anjing liar punya sensiviti sedemikian rupakah? Aku harap aku tahu.

Seperti yang ditaip awal tadi, seplatun. Banyak, nak kira pun naik meluat. Dan aku perlu balik dalam kadar segera. Betullah kata orang; dah nama pun liar, dari segi konsepsual pun kita boleh nampak. Degil, bega, keras kepala, kuat melawan dan perkara negatif yang berkenaan. Aku cakap baik-baik, mereka salak aku laksana sebuah bukit. You know, anjing menyalak bukit.

Aku kecewa. Kecewa dengan pihak keselamatan Rumah Nafsu, tuan kepada anjing yang terbiar liar, berkurap tanpa rawat, berkudis tidak diam dikuis. Aku naik semula ke tingkat tujuh. Dah habis tinggi dah tu, nak tinggi lagi pergi beli KLCC bagi puas hati kamu. Serpihan tulang ayam goreng disalut 11 rempah istimewa dipercayai masih lagi berdekatan.

Aku selongkar dapur. Nasib baik letaknya di sebelah tong sampah. Aku ambil. Aku kunci pintu. Aku masuk lif. Tekan butang G. Tekan butang yang ada ikon >||<. "DIng!" Bunyi tandanya aku telah samapai ke tingkat bawah. Dalam genggaman telah tersedia dua batang tulang. Aku panggil anjing tersebut. +- 25 pasang mata merenung tajam menembusi tubuh aku. Oh bukan, merenung tangan aku.

Anjing Satu, 'Looks like our buddy over there got us a little something-something.'

Anjing Dua, 'Commencing Operation Scratch Famine From Vocab.'

Anjing Satu, 'Commander! It's on you now. Make me proud.'

Anjing Dua, 'Lads! On my signal, attack the famine resolution!'

Anjing Satu, 'Cut the bullshit already, lapar la mangkuk!'

Anjing Dua, 'Okay then. ATTAAA....'

Anjing ramai-ramai, 'BANZAAAIII!!'

Anjing Dua, 'Cih! Dasar anjing. Bertamadunlah sikit woi!'

Begitulah sedutan dialog di kalangan anjing liar tersebut yang aku sepenuh pasti merupakan khayalan minda yang berkecamuk mahu diselubung gebar. Aku campak tulang yang berada dalam genggaman ke salah satu sudut Rumah Nafsu, cukup jauh kerana aku mahu pulang tanpa perlu cari air lumpur. Dah satu kerja lagi nak buat.

Tanpa membuang masa, aku orak langkah deras dan sempat menoleh ke belakang menyaksikan fenomena tar jalan diselubungi asap nipis dihiasi percikan api kesan dari momentum yang terhasil dari cetusan langkah seorang juara. Sampai kereta. Hidupkan enjin. Memecut dengan halaju purata 100mph. Setiap selekoh diambil dengan cemerlang, setiap jalan lurus debu-debu pasir berpusing laksana dipukul ribut kencang.

Sampai rumah. Taip surat permohonan jadi jutawan segera. Paling bangsat aku boleh dapat tujuh juta senang-senang. Berikutan dari berita insentif untuk pemegang pingat emas dinaikkan sejuta bagi setiap pingat yang diperoleh. Desas desus juga menyatakan ini merupakan satu usaha bagi panas line krew Bersamamu. Sejauh mana kebenarannya, entahlah.

Aku yakin skuad balapan negara mampu menjadi sesuatu bila bermulanya temasya sukan berprestij tersebut. Jaguh trek yang memendamkan bakatnya selama ini sedang mengasah taringnya pakai batu asah. Sakit dan tak masuk akal, simbolik kepada kehidupan senang lenang aku di masa akan datang.

Dah dekat sangat dah ni. Apakah kamu benar-benar bersedia? Jika diajukan soalan itu kepada aku, sila rujuk resit tempahan sebuah jentera bermotor cap Aston Martin yang baru aku e-dagangkan sebentar tadi.