Rabu, Julai 30, 2008

Salvaj.

Menjadi kreatif tidak semata tertumpu kepada kerja-kerja seni; baik visual mahupun berunsur bunyi-bunyian.

Kerja teknikal yang melibatkan sambungan wayar, penggunaan transistor, entah, juga memerlukan daya kekreatifan yang tinggi.

Di atas adalah koleksi pembesar suara. Pagi beberapa hari yang lepas aku korek-korek stor dan aku jumpa satu radio lama cap Pioneer. Memang buruk habis punya, masih lagi berfungsi tapi tak pakai. Aku ambil bawa ke bilik.

Aku tenung sayu pembesar suara siap berpower amp skala rendah cap Altec Lansing yang diwarisi dari seorang rakan yang telah pun arwah. Kesian, muda-muda lagi dah pergi. Macam cerita Panglima Gelap tu. Cuma kawan aku ni tak ada menang apa-apa anugerah gemerlapan seperti Oscar, cuma anugerah Dekan saja untuk setiap semester.

Sayu pula nak teruskan. Pfft.

Aku tak ada apa-apa pengetahuan tentang cara litar berfungsi. Yang aku tahu, lintar pintas. Sebab aku sangat cemerlang dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Dan dari cemerlang maksud aku, kerja-kerja kayu sajalah. Sebab tak ada benda yang perlu aku ingat selain mengetuk dan terus mengetuk sampailah loceng tamat kelas berbunyi.

Aku cabar diri sendiri, pelajari sesuatu yang baru. Aku buka pembesar kuasa kanan kerana dalamnya ada litar.

Hoh!

Menyesal tak sudah aku pergi buka bendalah tu. Satu benda pun haram aku tak tahu. Jadi aku berfikir. Konsep fundamental pengaliran arus. Pun aku tak tahu macam mana nak aplikasikan. Aku ambil konsep networking. Vampire Tap. Aku pun tak ingat apa benda tu tapi aku rasa epifani yang datang adalah berkenaan dengan tapping the wire.

Aku ambil pembesar suara buruk cap Pioneer yang dah bersawang. Aku potong salut getah tervulkan(ye ke?) yang menyalut wayar tembaga(sekali lagi, ye ke?) yang bersambung dengan mekanisme bermagnet yang mendefinisikan gelombang bunyi atau getaran udara.

Rasa macam cerdik nak mampus pula.

Dan aku juga ada dua lagi pembesar suara yang lebih besar. 1,000 watt dan buruk. Dan tak boleh pakai memandangkan kuasa yang dibekalkan oleh power amp yang ada adalah dalam seratus watt macam tu. Aku dah cuba. Bunyi dia sebu. Bila bass je nak-nak lagu Glósóli, hancur bederai lagu tu jadinya. Dari jenama Kenwood juga ehsan orang, bapa saudara yang gila gizmo. Terima kasih orang tua, aku tahu rumah aku merupakan pusat pengumpulan barang-barang antik.

Godek punya godek, sambung punya sambung, pateri punya pateri, lengkaplah sistem audio pukul keliling yang menyamai sistem audio yang dekat kedai elektronik tu. Yang harga dia beribu-ribu tu. Aku punya percuma. So, suck it up loser!

Dah, aku nak air guitar lagu Acid Rain lepas tu nak air drum lagu Recorded Inside a Pyramid lepas tu sambung tidur.

Selasa, Julai 29, 2008

Baru siang bulu roma aku dah 90 darjah menegak, kalau dinihari mahu berpintal agaknya.

Kamu tak percaya pada kewujudan benda-benda yang luar logik? Benda-benda meta dalam semua jenis kitab ada tulis, cuma setahu aku ianya dirumuskan sebagai syaitan dan jin. Yang menokok tambah, beri gambaran ngeri itu kita-kitalah yang bikin itu semua.

'Aku nampak orang tinggi ofis tempat kau kerja malam semalam, on the way balik ke rumah.'

'Kau ni. Tu lah, mabuk lagi tak tentu arah. Kan dah berhalusinasi.'

'Beb, yang paling dahsyat aku minum pun Coke je.'

Nafikanlah. Atau kamu sungguh urban atau terlalu moden untuk menghadam ini semua.

Rumah tinggal di atas terletak bersebelahan dengan rumah aku. Dah tujuh tahun aku pindah rumah yang aku tinggal sekarang dan tipulah setiap malam aku tidur tanpa gangguan. Lebih-lebih lagi mereka berjiran dengan aku. Kencing dalam botol lepas tu main lempar je dekat rumah tu. Benda-benda lain usah ceritalah.

Bukan aku naik lemak. Aku cuma malas nak keluar bilik dan buang air di tandas yang terletak bersebelahan pintu. Pergerakan minimum atau berjalan enam kaki? Mestilah yang paling menyenangkan aku.

Fuck krew Uncle yang kononnya gila kental pergi cari entiti ghaib. Bukan pernah nampak pun, harap kamera je mahal tapi haram. Kot nampak pun Casper. Baik tak payah.

Cukuplah setakat ni.

Bagi yang berminat untuk ekskursi angker di hujung minggu, emel aku. Kita terkencing dalam seluar ramai-ramai ya.




Inginkan keselesaan muktamad menjelang hari tua? Cuba petua berikut.

Yang aku tahu kerusi tu buat letak pengantin masa majlis bersanding. Yang macam aerial radio tu, ikut firasat aku, digunakan untuk tujuan menepung tawar pengantin. Betullah kot. Masuk akal apa.

OK. Imej di atas digunakan untuk memberi gambaran awal tentang keseluruhan entri ini.

Jika mahu hidup senang ketika tua nanti. Kalau nak pakai sport car tiga empat biji selamba hadap, banglo empat tingkat dekat sepuluh biji serta hartanah yang lain, sila ikuti dan setelah selesai membaca, cuba aplikasikan dalam kehiudpan seharian.

Tahukah kamu perkahwinan juga salah satu bentuk perniagaan?

Tak tahu? Bagus. Mari sini aku cerita panjang lebar.

Untuk melangsungkan perkahwinan, seseorang itu perlulah mantap dari semua segi; harta, serakah, paling bangsat pun kalau dah mampu atau genatalia dah gatal nak mampus atau terdesak(ya, terdesak).

Untuk para bapa dan ibu, sila ambil nota. Kamu biasanya mengeluarkan belanja untuk kos makan, sewa venue atau khemah dan cenderahati.

Di sini akan aku lakarkan bagaimana untuk meminimumkan perbelanjaan lantas memberi pulangan hiper lumayan.

Pertama. Lupakan nak buat majlis di hotel. Besar belanja, bukan semua orang senang. Buat sahaja di laman rumah. Sewa enam buah khemah, tak muat tumpang rumah jiran.

Siapkan kad jemputan sebanyak dua ribu unit. Satu unit valid untuk dua kepala sahaja. Kalau lebih kira buka ranting baru. Lain kira. Untuk hidangan pula, tak payah nak nasi minyak daging pelbagai, cakap je ada tetamu berdiabetes. Hidang nasi ayam cukup. Cakap je untuk keadilan. Semua orang boleh merasa.

Kos makanan untuk satu kepala adalah dalam RM2.50 macam tu siap air. Kos makanan mungkin boleh dikurangkan lagi sebab masak banyak-banyak. Lamsam/lump sum. Satu kad equivalen kepada RM5. Darab dengan dua ribu cincai kira RM10,000. Campur duit khemah satu khemah RM350. Darab enam dapat RM2,100. Tambah semua dapatlah RM12,100.

Here's the brilliant part.

Semua tetamu yang hadir pasti akan bawa sampul duit raya dan dalamnya berisi wang tulus ikhlas sumbangan untuk meringankan beban bapak dan mak pengantin. Paling bangsat mesti hulur RM10. Lima ringgit bacin sangat. Tak pulang modal katanya. Do the math.

Darab dan tolak. Untung bersih boleh dapat lebih dari RM5,000.

Itu baru seorang anak. Cuba sedozen atau satu bas. Kan banyak tu.

Jadi mulai sekarang, golongan bapa yang baru bergelar bapa, silalah berusaha sebaik mungin di ranjang. Ingat, selagi tak cukup 12 oang anak, jangan berhenti berusaha.

Dah. Aku dah mati idea.

Isnin, Julai 28, 2008

Pergerakan Konsert Rock #37

Kamu main lambaikan sahaja signal tangan ini tanpa tahu asal-usulnya.

Jadilah pengunjung konsert rock yang berwibawa dan berpendidikan.

Ahad, Julai 27, 2008

Snek Awal Pagi : Aubade Kala Matrimoni Dikatakan Membawa Sial Hingga Ke Penghujung Hayat

Kotak Malboro Light itu adalah konotasi kepada Leigh Nash, Aqualung, Andy Williams, Israel Kamakawiwo Ole', Extreme, Brian Adams, Cary Brothers, Donna Lewis, Martin Sexton, Linda Sunblad, Ah Ha, Gary Jules, Ames Brothers, James Morrison, Moby, Barry White, The Bird and The Bee, Better Than Ezra dan hampir 30 lagi yang lain dikeronyok, dikepal-kepal, dikesat hingus, dibuat tisu tandas untuk kegunaan lap punggung dan kemudiannya menyertai gagasan sampah yang lain di mana bersemadinya mereka samada pulang ke tanah jadi nutrien atau mengewap jadi mangkin kepada kepanasan global.

Juga diselang-selikan bersama lagu-lagu Melayu yang bertemakan perkahwinan. Seimbanglah pertembungan dua benua dalam satu majlis keramaian. Itu yang dihajatkanlah. Hilang sahaja dari bangku stesen audio, tup tup pop yeh-yeh berkumandang.

Barua.

Khamis, Julai 24, 2008

Siri Temubual Bersama Si Mati: Belum Apa-apa Lagi Dah Melantun

John Herbert Dillinger. Menggunakan seorang medium, sesi temubual paling ringkas yang pernah dibuat jelas menunjukkan walaupun dah mati; reputasi, kesialan dan kealfaan beliau tidak mungkin dapat ditundukkan oleh penjenayah era ini

Imej Dillinger himself, koleksi senjata dan samaran yang digunakan semasa membuat rompakan serta hari pengkebumian beliau.

Punyalah samseng Dillinger, belum sempat soalan diajukan dia main blah je dari tubuh medium tersebut.





Snek Awal Pagi : Rasa Seperti Lumbar Pancit

Ataupun lumbar puncture. Rujuk gambarajah di sbelah jika tak tahu dan untuk pemahaman lebih mendalam klik sini atau pergi jumpa pakar sistem saraf, mana-mana pun OK.

Dua buah gobok sekolah lama yang diperbuat dari kekayu keras, sebuah meja solek yang juga terdiri dari substance pejal lagi mampat dan sebuah katil saiz permaisuri berjaya dikeluarkan dari rumah aku lalu menuju ke luar rumah untuk dijadikan ruang storan tambahan untuk simpan sampah, telur cicak dan lipas, rodensia, katak dan juga sabun basuh baju dan sepit baju.

Dulu bahagian belakang aku penah snap ekoran dari angkat barang berat juga. Seminggu aku jalan bongkok, naik dua minggu bisa-bisa menular satu badan. Cukup sebulan aku kembali gagah di arena pentas catwalk. Crazy talk.

Darah muda, ego seorang lelaki dan aliran deras adrenalin adalah kombinasi tepat untuk menghasilkan situasi di sebelah.

Takkan aku nak jalan bongkok macam L. Pakai tongkat mungkin boleh dirujuk semula memandangkan House tampak grandeur bertongkat.

Tapi House tak nampak macam sial bertongkat kerana, well I don't know, dia beruban dan umurnya sudah hampir separuh abad?

Aku, di tangan yang lain, 22 pun belum jejak lagi. Nak bertongkat apa ciritnya?

Demikianlah luahan rasa seorang yang sakit belakang di hening pagi. Siapa yang nak buatkan kopi aku the way I like it jika bukan aku sendiri yang pergi bancuh?

Blablabla, old man's rant and rave.



Selasa, Julai 22, 2008

Petualang Alfa : Bola Keranjang, Punk Rock Dan Teknologi Salin Tampal Kod


Sudah sampai masanya sindiket bola keranjang tempatan mahupun antarabangsa mahupun pembina permainan video kategori sukan dan di sub-kategorikan lagi di bawah bola keranjang menggunakan lagu-lagu sebegini untuk lagu tema mereka.


Hiperventilasi, lagi?

Diikuti serangan jantung.

Itu pada awalnyalah.

Yang aku rasalah.

Tetapi setelah diberi suntikan pain-killer, baru aku sedar aku seorang hipokondria. Cemas tak tentu pasal. Aku pasti aku nampak Cahaya Putih. Itu yang aku cakap pada doktor.

'That's my torchlight.'

Dan jantung aku sihat. Sesihat kuda. Bersih dari segala penyakit. Demam tidak batuk tidak selsema jauh sekali.

'OK smarty-pants. Thanks for stating the obvious. Do I need a medical degree to say that I'm perfectly fine after the massive coronary attack early this morning huh?'

'Em. Have you been working on lately?'

'As the matter of fact, I do. A few cardio but that was it.'

'OK. Now take this prescription and don't make me take this phone and dial the psychiatric, you wont like it there.'

'I'm lost.'

'Crazy people say what?'

'What?'

'Attaboy.'

Setelah penerangan lebih terperinci yang mengandungi istilah-istilah pelik dibuat, aku diyakinkan seorang hipokondria. Otot tegang akibat senaman secara paksa tanpa ada panas badan secara kerap mendatangkan mudarat seperti ketegangan otot. Itu sahaja, untuk mereka yang sihat secara total seperti aku.

Ya aku tahu aku merokok, tolong jangan jadi spoil sport.

'Just give me the damn MC.'

'Right. That is obvious. No.'

Berlalu pergi, 'Barua!' dalam nada yang paling perlahan. Toleh belakang, dia melaksanakan tugas dengan baik. Senyuman masih dilemparkan walaupun aku layan dia macam sial.

Snek Awal Pagi : Persetan Sup Ayam, Ini Baru Makanan Jiwa


Satu kotak DVD-R bersamaan dengan 50 DVD-R.

Sekeping DVD-R berkapasiti 4.7 Gigabait.

Satu cerita bersamaan 700 Megabait.

Tambah tolak lebih kurang apa cirit, sekeping DVD-R secara puratanya mengandungi 6 buah cerita.

Tolong laksanakan persamaan arithmetik 50 x 6.

Banyak betul?

Tambah lagi 10 keping yang didarabkan dengan 6.

Kemudian setelah dapat hasil, darabkan hasil tersebut dengan angka 3.

Siapa cakap sup ayam makanan jiwa? Sup ayam makanan bagi gemuk. Jiwa tenangkah jika gemuk? Semestinya tidak. Berhenti hirup sup, kunyah cebisan atau ketulan ayam dan mulalah menambah koleksi variasi cerita-cerita berkualiti tinggi untuk mengelakkan obesiti mengetuk pintu mencari peluang untuk menjadikan kamu seorang social outcast.

Dan oh, fuck frasa "An apple a day keep the doctor away.', that's some archaic bullshit over there.

Menggunakan formula keseimbangan, aku berjaya mencipta frasa baru. Formula adalah seperti berikut:

1 filem = 1.3 jam(purata) atau 80 minit
Sebiji epal = 10 minit

Dengan menggunakan nisbah 1 kepada 8,
1 hari = 10 minit tempoh menghabiskan sebiji epal = doktor, sila ketepi.
8 hari = 1 sesi menonton filem.

Dari segi ekonomi,
Sebiji epal =RM1
Sekeping DVD = RM 1,
6 cerita, oleh itu RM 1 bahagi dengan 6 bersamaan 20 sen macam tu.

Kos perbelanjaan seminggu berlandaskan dogmatik adalah RM 7 manakala kos perbelanjaan seminggu versi aku pula adalah 20 sen.

Fikirkan baik-baik.

Tabung ayam kamu kini boleh menjadi semakin berat dengan 272 keping syiling 10 sen dalam masa sebulan.

Aku nak kemaskini resumelah macam ni, alangkah malangnya negara ini kehilangan seorang lagi genius perancang ekonomi.

Ahad, Julai 20, 2008

Kudapan Senja : Edisi Terlebih Lewat Kerana Aku Punya Sukalah

Sedang tinjauan ke tapak memasak ala kawah dibuat, secara tidak langsung alunan folk Diner oleh Martin Sexton memecah simfoni cengkerik, agas dan katak puru.

Pekuliar. Perut aku laksana sebuah apparatus stereofonik; bunyi pukul keliling, merdu tak beringat.

Di atas sana adalah kedamaian taman desa.

Datang rajin aku nak kemas luar rumah sedang bilik tidur aku sendiri ibarat dipukul ribut hendaknya. Memandangkan majlis perkahwinan kakak aku bakal berlansung Sabtu ini, adalah penting bagi aku untuk fokus kepada benda-benda superfisial dulu. Bilik aku belakang cerita. Tutup pintu sudah, jangan dibuka khuatir nanti calon bakal mertua berperspektif negatif pula.

Tapi ambil pusing pula aku. Konon 'bakal mertua' itu sendiri positif buah tangan bapa saudara aku yang masih tak mengerti bahawa muka baru bangun tidur menyerupai muka orang yang baru lepas mati bini.

Dan oh, aku tak jadi pindah bawah jambatan. Semua dah penuh kena cop. Banyak sungguh penagih, pengemis dan golongon nasib tak terbela hidup merempat tanpa ada tangan yang sudi membantu. Dari buat bangunan berjuta-juta tapi tak ada orang nak masuk meniaga, ada baiknya duit tersebut campak dekat aku sedepuk dan bakinya buatlah apa-apa aktiviti kebajikan bagi membendung benda yang patut dibendung dari jadi tak terbendung.

Tiga ekor cencaru yang aku perap khas dengan ramuan turun temurun...sebenarnya tak perap pun, tampak dramatik bukan? Ikan tersebut bukan untuk disaji kepada seisi keluarga tapi untuk aku seorang. Benda lain nak makan, makanlah. Ikan aku jangan usik, tempeleng karang taulah.

Dua ekor telah selamat. Seekor sedang meneman aku menaip. Separuh sudah licin, separuh lagi dalam 10 ke 20 minit macam tu tinggal tulang, kulit dengan kepalalah hendaknya.



Jumaat, Julai 18, 2008

Snek Awal Pagi : Berus Ekstrinsik

Ibarat dipaku doktrin; setiap hari kehidupan jadi senada.

Pesan Arjuna Pengayun kepada beberapa rakan, 'Kau tengok salesgirls tu. Apa yang mereka seronokkan?'

Jawab Waris Teruji, 'Gelak dan memperkecilkan kehidupan.'

Arjuna Pengayun menafikan, 'Salah. Baca lagi komik banyak-banyak. dah macam kartun dah kau ni aku tengok.'

Angguk Pemberi Perskripsi, 'Ada betul. Jadi apa yang mereka gelakkan?'

Arjuna Pengayun berkata, 'Mocking one of em boobies. Lain-lain semua mekar bak ros merah di taman; satu layu, kecut, kering lalu tersembam ke tanah sebelum dimamah Sang Pengurai.'

Medioker Medik pelik, 'Perincikan huraian. Kepalailah kami dengan cahaya gasolinmu itu.'

Arjuna Pengayun, 'Berbeda dengan resam asal, bunga yang dihinggap kumbang lekaslah layunya. Segala khasiat disedut, disenyawakan dengan mekanisma serupa membentuk jisim yang lebih elok rupanya, kukuh komposisinya, lebih kebal daya tahannya menentang Perosak Gigantik mahupun Jahanam Mikro.'

Pemberi Penskripsi mencelah, 'Apa kau merepek ni sial?'

Arjuna Pengayun betah, 'Sabar. Berlandaskan dokumentasi, bunga yang tidak dirobek salurnya patut boleh membesar berkembang mekar. Lain pula jadinya bila kita alihkan subjek dengan pendekatan yang serupa. Yang dirobek ditarah, dihenyak itulah yang mekar cantik molek terletak di pembahagian jalan.'

Medioker Medik keliru, 'Membawa makna?'

Arjuna Pengayun, 'Maknanya kau telah dapat privilege untuk belikan aku segelas besar Ais Kisar Campuran Genius Kiwi Dan Epal Hijau. Saja je cakap panjang-panjang tapi takde maksud. Bagi tekak kering. Hah, tunggu apa lagi?'

Waris Teruji, Pemberi Perskripsi dan Medioker Medik simultanius berkata, 'BARUA!'

Taktik Sekolah Lama macam ni pun masih tak faham-faham lagi.

Rabu, Julai 16, 2008

Pelan Menyelamatkan Punggung Sendiri : Pertembungan Antara Resam Anjing dan Tujuh Keturunan Makan Bersuap Berak Berbasuh.

Gagasan anjing liar memenuhi perkarangan Rumah Nafsu. Aku tersekat. Jam sudah 2 pagi, aku mahu pulang ke rumah untuk menyiapkan proses muat turun filem Young People Fucking dan Harold & Kumar: Escape From Guantanamo Bay.

Sudah seminggu Vuze membisu idle tanpa sebarang aktiviti mengimport berbakul-bakul ancaman sekuriti dan data yang aku benar-benar berkehendak.

Dasar anjing punya anjing. Mana datangnya engkau, diturunkan dari langit, dihanyut arus deras bah, ditiup beliung siapa yang tahu dan tiada siapa yang mahu tahu dari mana asalnya engkau. Seekor dua mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah kerana aku ada 3 biji bola tenis yang aku rembat entah dekat mana untuk terapi migrain. Campak jauh-jauh nanti berkejarlah seekor dua itu mencari, menggigit, menggongong lantas memuntahkan semula di hadapan aku dengan harapan aku mahu meluangkan masa di hening pagi melayan kerenah mereka instead of bergulung dalam selimut.

Sekejap. Itu anjing bertuan, yang jinak. Anjing liar punya sensiviti sedemikian rupakah? Aku harap aku tahu.

Seperti yang ditaip awal tadi, seplatun. Banyak, nak kira pun naik meluat. Dan aku perlu balik dalam kadar segera. Betullah kata orang; dah nama pun liar, dari segi konsepsual pun kita boleh nampak. Degil, bega, keras kepala, kuat melawan dan perkara negatif yang berkenaan. Aku cakap baik-baik, mereka salak aku laksana sebuah bukit. You know, anjing menyalak bukit.

Aku kecewa. Kecewa dengan pihak keselamatan Rumah Nafsu, tuan kepada anjing yang terbiar liar, berkurap tanpa rawat, berkudis tidak diam dikuis. Aku naik semula ke tingkat tujuh. Dah habis tinggi dah tu, nak tinggi lagi pergi beli KLCC bagi puas hati kamu. Serpihan tulang ayam goreng disalut 11 rempah istimewa dipercayai masih lagi berdekatan.

Aku selongkar dapur. Nasib baik letaknya di sebelah tong sampah. Aku ambil. Aku kunci pintu. Aku masuk lif. Tekan butang G. Tekan butang yang ada ikon >||<. "DIng!" Bunyi tandanya aku telah samapai ke tingkat bawah. Dalam genggaman telah tersedia dua batang tulang. Aku panggil anjing tersebut. +- 25 pasang mata merenung tajam menembusi tubuh aku. Oh bukan, merenung tangan aku.

Anjing Satu, 'Looks like our buddy over there got us a little something-something.'

Anjing Dua, 'Commencing Operation Scratch Famine From Vocab.'

Anjing Satu, 'Commander! It's on you now. Make me proud.'

Anjing Dua, 'Lads! On my signal, attack the famine resolution!'

Anjing Satu, 'Cut the bullshit already, lapar la mangkuk!'

Anjing Dua, 'Okay then. ATTAAA....'

Anjing ramai-ramai, 'BANZAAAIII!!'

Anjing Dua, 'Cih! Dasar anjing. Bertamadunlah sikit woi!'

Begitulah sedutan dialog di kalangan anjing liar tersebut yang aku sepenuh pasti merupakan khayalan minda yang berkecamuk mahu diselubung gebar. Aku campak tulang yang berada dalam genggaman ke salah satu sudut Rumah Nafsu, cukup jauh kerana aku mahu pulang tanpa perlu cari air lumpur. Dah satu kerja lagi nak buat.

Tanpa membuang masa, aku orak langkah deras dan sempat menoleh ke belakang menyaksikan fenomena tar jalan diselubungi asap nipis dihiasi percikan api kesan dari momentum yang terhasil dari cetusan langkah seorang juara. Sampai kereta. Hidupkan enjin. Memecut dengan halaju purata 100mph. Setiap selekoh diambil dengan cemerlang, setiap jalan lurus debu-debu pasir berpusing laksana dipukul ribut kencang.

Sampai rumah. Taip surat permohonan jadi jutawan segera. Paling bangsat aku boleh dapat tujuh juta senang-senang. Berikutan dari berita insentif untuk pemegang pingat emas dinaikkan sejuta bagi setiap pingat yang diperoleh. Desas desus juga menyatakan ini merupakan satu usaha bagi panas line krew Bersamamu. Sejauh mana kebenarannya, entahlah.

Aku yakin skuad balapan negara mampu menjadi sesuatu bila bermulanya temasya sukan berprestij tersebut. Jaguh trek yang memendamkan bakatnya selama ini sedang mengasah taringnya pakai batu asah. Sakit dan tak masuk akal, simbolik kepada kehidupan senang lenang aku di masa akan datang.

Dah dekat sangat dah ni. Apakah kamu benar-benar bersedia? Jika diajukan soalan itu kepada aku, sila rujuk resit tempahan sebuah jentera bermotor cap Aston Martin yang baru aku e-dagangkan sebentar tadi.

Isnin, Julai 14, 2008

Snek Awal Pagi : Bising

Alas, serangan getaran bunyi berskala tinggi dimulakan.

Dia serang aku, aku serang dia balik.

Sepanjang bulan aku benamkan animositi, jadi orang yang lain yang aku tak mahu jadi pada awalnya, that's it. Cukup. Noktah. Fuck noktah bertindih, fuck tanda koma.

Empat minggu aku terperangkap dalam vortex of fatherhood, kerana terpaksa. Yang sepatutnya tersekat tidak berada di persekitaran, mengarah aku jadi proksi sedang dia sibuk di celah mana sudut dunia.

Jesteru itu aku mula melancarkan serangan balas. Bukan kepada seorang tapi sekelompok yang berkaitan biar mereka ingat semula betapa busuknya hati aku sebelum ini.

Awal pagi, aku pasang Psyopus yang baru siap dimuat turun diskografinya.

Buka pintu.

Jenguk buai.

Sikit pun tiada reaksi. Enak diulit mimpi bersama abangnya yang telah pergi dahulu. Sejenak, aliran deras humaniti mencakar keperibinatangan.

Masuk bilik.

Tukar mode.

Double click Suite for orchestra No 3 in D major, BWV 1068: Air on the G String.

Keluar semula. Jenguk.

Senyuman asal yang nampak bitter jadi tersimpul cecah telinga.

Now I'm thinking bout adoption, taking hormones, breast implant, the whole shebangs without vaginal transplant and mani/pedi too.

I'm talking bout becoming a Super Parent. A mom and a dad as one.

A mom can be a dad in the same time but a dad...jeez.

Asjhdeu. Jashdjheu. Babhsbdhbhbe jashdhebg nvmnnkria.

Detox sialan.

Projek solo dan memperbangsatkan AA, rehabilisasi, yang berkenaan.

It's been a week.

Thank you, me.

Selasa, Julai 08, 2008

Snek Awal Pagi : Tubuh Pucatmu Itu Punya Tarikan Nekropolis Yang Tersendiri


Suka aku tengok seorang rakan yang dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas.

Padan muka dia.

Dan padan muka kamu yang pernah, hampir dan bakal terima perkara yang sama. Dah banyak kali aku pesan bila makan itu senonoh sikit, sikit pun tak dihapikkannya.

Sekarang, aku pula yang kau nak susahkan. Dah elok-elok aku tengah curi tulang, 5 minit selepas itu aku berkejar-kejaran langgar lampu isyarat langgar peraturan pelbagai yang dibuat untuk mengelakkan kecelakaan berlaku. Celaka tak ada bau, begitu juga malang. Kalau malang ada bau...

Sial, aku lupa punchline Afdlin dalam filem Buli. Kalau malang ada bau dah lama...buat minyak masak...minyak wangi...tak ingat. Pergi tengok sendiri cerita tu.

Baru hari tu aku cerita pasal adab semasa makan. Tak adalah aku bentangkan kod Bushido atau apa-apa kod lain yang digunakan semasa makan. Sekadar yang aku tahu, yang ada kena mengena dengan stereotaip.

Ingat. Makan jangan macam tak pernah jumpa makanan. Jangan selalu berulamkan air ketika makan, apa lagi pesan orang-orang tua. Pesan mereka itu bukannya dibuat sesuka hati. Percayalah bahawa hipotesis dari eksperimen makan garam selama berpuluh-puluh tahun lebih jitu dari eksperimen makmal.

Dan oh, entri ini sepatutnya aku pos semalam. Aku malas, so beat it!

Kudapan Senja : Hish, Tak Kuasa Aku

Polisi untuk aku hadir ke mana-mana majlis makan baik formal mahupun tidak; perempuan mesti ada. Kalau tak ada, maaf. Aku tahu lelaki kalau makan tak pernahnya nak semenggah terutamanya jika makan sesama shlong/shlort. My point is, kesopanan ketika makan terjaga dengan kehadiran perempuan.

Tak tahulah jika darah yang mengalir dalam badan mereka terselit genetik kaum Gasar; rakus dalam apa jua yang dilakukan.

Bukan aku minta bersopan macam makan bersama autokrat, cukuplah sekadar kunyah makanan dengan mulut tertutup. Tidak bercakap tika ada makanan dalam mulut. Benda-benda prinsipal yang tak perlu belajar dekat Kelas Makan Beradab. Ya, ada silibus pengajian bidang tersebut; di mana dan nama sebenarnya aku tak ingat. Carilah sendiri.

Aku tolak perlawaan OKP dengan baik dengan klise "kerja bertimbun". Aku ada kerja nak buat tapi tak adalah banyak mana pun. Sepetang bersama goreng pisang dan secawan teh dah siap. Membawa makna kerja itu siap cepat, sama masa yang dihabiskan dengan minum petang siap berkudapan.

Kalau masih tak faham, aku tak dapat nak tolong.

Jika OKP tipu aku siang tadi ketika dia telefon aku, pasti aku hadir dengan teks ucapan berapi untuk menaikkan kredibiliti perwakilan yang dah sah-sah akan kalah menjelang hari pencalonan kelak. Cakap saja 'Dude, ada 3 meja penuh perempuan.', berdesut aku sampai la itu juga walaupun majlis makan tersebut diadakan pada sebelah malam.

Masa ini boleh pula jadi jujur. Labu...Labu...

Snek Awal Pagi : Polisi Tanpa Dadah, Berapa Lama Boleh Bertahan

Kepala aku sakit. Aku ada migrain. Aku cari perubatan alternatif. Perubatan yang tiada sangkut paut dengan dadah. Dan oh, aku ada rabun silau.

Aku Google.

Pil. Dadah yang legal. Masih lagi dadah tapi dibenarkan pengambilannya. Masih lagi dadah dan you're OUT!

Aku tak tahu main kibar-kibar selimut boleh mengubati sakit kepala. Mungkin selimut tak banyak membantu, menjelaskan kehadiran bola tenis di atas selimut tersebut. Terapi visual barangkali. Main kibar selimut tak berkesan jika dimainkan dalam gelap. Aku migrain sebab rabun silau. OUT!

Maui Cattle Company Garlic Steak. Aku tak jumpa gambar daging lempap, asam pedas daging ketetel, sate daging hatta gambar haiwan tenusu yang lain. Yang aku jumpa itu dibawah kata carian "migraine medication". Gambar tersebut di-crawl oleh spider kerana ianya di bawah tag Topamax, sejenis dadah klinikal untuk mengelakkan serangan migraine. Barua! Promosi rupanya.

Nampak gayanya metod aku juga yang boleh dipercayai yakni lari sampai penat, mandi dan baring. 5 minit kemudian tidur dan enam mungkin lapan jam kemudian, bangkit dengan kuntuman senyuman serta halitosis.

Dah. Aku nak bancuh kopi dan mungkin mencari benda untuk isi lapar seharian semenjak sehari yang lepas.

Sabtu, Julai 05, 2008

Blasfemi atau bukan, panggilan kamu.

Ketepikan sensiviti kamu dahulu.

Dalam dunia metafora semua boleh jadi. Analogi yang digunakan tak semestinya boleh diterima akal. Dan itulah sebab metafora itu adalah metafora; figura percakapan yang mencadangkan similariti antara satu benda dengan satu benda yang lain.

Now I got it all twisted.

Metafora dari sudut narcissist pula figura percakapan yang dia sendiri sahaja faham tanpa mengira pandangan orang lain dengan mencadangkan similariti antara satu benda dengan satu benda yang lain.

Dalam dunia sistem maklumat, ada satu golongan dewa-dewi yang cekap memanipulasikan keadaan. Golongan tersebut adalah Dewa Kod atau Dewi Aturcara. Kedua-dua mereka berkuasa dalam menjadikan benda yang tak ada atau tak boleh dicapai kepada ada atau boleh dicapai.

Dewa-dewi ini sangat hebat dalam ruang lingkup bidang mereka hingga mereka boleh memperanak-anakkan Akta Hak Cipta Terpelihara, akta yang dicipta untuk menjaga by-product dari industri hiburan.

Turut bekerjasama dengan Dewa Kod dan Dewi Aturcara adalah moderator bagi tapak web yang menyediakan perkhidmatan streaming audio video seperti Last.fm, Pitchfork, atau apa sahaja laman web yang tidak menyediakan pemain multimedia pop-up. Ya, mereka hanya dewa dan dewi, bukan Tuhan. Ada batasan kuasa di situ.

Belum ada lagi perisian yang boleh ekstrak fail media dari pemain multimedia pop-up.

Haha.

Siapa cakap tak ada. Jangan memperkecilkan dewa-dewi, they'll smite your ass and then some.

Dah. Banyak lagu aku nak muat turun ni. Sibuk. Pergi tolong dekat dapur apa yang patut atau mari menggembleng tenaga dan buah fikiran bersama aku untuk menyaratkan lagi playlist pemain audio kamu. Terpulang.

Jumaat, Julai 04, 2008

Kudapan Senja : Embrionik

Makin lama anak buah aku duduk di bawah satu bumbung, makin risau aku dibuatnya.

Kebebasan ultimate yang selama ini aku salah gunakan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada dunia pengayun(swinger).

Banyak benda aku kena catu, ubah, lupakan, tinggalkan. Embargo kebebasan.

Sekeras-keras batu, berlekuk juga jika kena siram air 24 jam.

Memberontak itu benda biasa. Jika aku ada diari. dah aku isi penuh tiga buah yang masing-masing berjudul "Rebel Yell", "Aku Punya Suka" dan "Regardless of Anything : A Journey Foretold". Yang di mana setiap diari dikelaskan dari faktor masa, jenis, tahap, lingkungan radiasi, tumpuan dan sasaran.

Tapi diari itu tak pernah ada. Dan aku rajin pula nak tengok tulisan aku yang aku sendiri ada kalanya keliru.

Dan baguslah aku tak catat kerana itu akan jadi rekod. Aku cepat lupa, itu satu anugerah kerana aku tak pernah rasa menyesal dengan benda yang pernah dibuat. Kita kena kejar masa, jika kerap menoleh kebelakang menyesali benda yang telah berlaku alamatnya kamu selamanya terperangkap dalam lingkungan tersebut. Jadi takut nak mencuba, selamanya dalam penafian.

Eloklah tu.

Mengenangkan sebelum ini semua kain dalam rumah ini telah dipotretkan dengan pelbagai kisah kehidupan, dan kesemua potret tersebut diwarnakan dengan cat minyak, maka tak hairanlah masing-masing yang di bawah satu bumbung ini membawa haluan sendiri tanpa perlu ambil kesah tentang yang lain.

Sebelum ini.

Sekarang sudah ada kain putih yang dihantar khas dari alam roh ke alam nyata. Kain aku banyak sangat dot hitam. Dalam genggaman aku ada sebatang berus yang baru aku buka bungkusannya. Bau kedai lagi. Berus ini jika salah celup, salah olahan tangan mengemudi potret yang bakal dicoretkan pada kain tersebut, aku pasti kain putih tersebut tidak akan diterima mana-mana mesin basuh, kedai dobi apatah lagi dry-cleaning.

Oleh kerana itu, tiada lagi See You Next Tuesday, Cloacal Kiss, Sikth, Ignite, As The Sun Sets, boleh sampai esok kalau nak senaraikan kesemua penghuni iTunes aku yang mengundang kepada perihal kain putih di atas, berkumandang di stereo.

Simfoni, orkestra, klasik, jazz, lagu-lagu menguap, selamat datang aku ucapkan. Semoga kain putih ini bercoret pelangi, berstruktur lagi teratur hendaknya.

Sedap sungguh teh aku bancuh.

Snek Awal Pagi : Itu Satu Gangguan Berskala Tinggi Yang Datang Dari Lapan Arah Yang Berlainan

Datang pula rajin orang tua aku pergi cari gambar passport kala aku masih lagi 5 bulan. Singapura zaman aku masih bayi dulu ibarat rumah kedua, satu hal kerana keluarga sebelah Ibu memang berasal dari sana, satu hal lagi nilai mata wang kita dan sana sikit lebih kurang saja bezanya pada awal 80-an.

Tell you what, silverware di sana adalah yang terbaik, jika kita undur masa kepada 22 tahun yang lepaslah. Sekarang aku tak tahu, tak pernah nak ambil tahu, kerana aku bukan Penunggu Dapur.

Cukup cerita dahulu kala.

'Sebijik macam muka kau.'

'No I'm, not.'

'Tengok ni.'

'I was more adorable than he is.'

Sedikit pertengkaran antara aku dan Along. Masing-masing cuba membuktikan sesuatu. Along mahu membuktikan anaknya salin gtak tumpah macam aku masa kecil dahulu sedang aku cuba menolak diktumnya dengan fakta dibuat-buat.

Bersebab, dan kamu, jika kamu lelakilah, harus kamu menolak kenyataan anak anggota keluarga kamu; baik adik-beradik mahupun sepupu papat apatah lagi ibu-ibu saudara menyerupai muka kamu.

Dan aku pasti kamu mengerti apa yang aku cuba sampaikan.

Buat pertama kali dalam hidup aku, hirupan kopi pertama buat pagi ini rasa macam asid hidroklorik dan murtabak ayam rasa macam pile of fecal matter.

Khamis, Julai 03, 2008

Petualang Alfa : Kembali Ke Liga Motor

Atau Back to the Motor League, sebuah lagu yang dimuatkan dalam album Today's Empire, Tomorrow's Ashes. Siapa punya lagu itu aku serahkan kepada kamu untuk cari sendiri.

Dan tajuk di atas tiada kena mengena dengan fokus entri ini, cuma meminjam sedikit idea, seperti biasa.

Aku tak faham pun mesej sebenar lagu tersebut, cuma ada beberapa rangkap yang membuatkan aku teringat tentang benda-benda yang aku dah buat which I'm happy about it.

Aku boleh menyanyi. Lagu. Klasikal. Lagi.

Aku boleh bawa lagu Frank Sinatra dengan agak baik. Itu tak menjadi kejutan kerana fakta tersebut telah lama aku sedari, sejak aku mula berani muat turun lagu secara haram. Koleksi lagu aku sebelum itu datang dari rip CD audio yang dibeli original dari kedai muzik yang berlesen dan dari sumber yang sah lagi legit.

Aku sedar sedang kita gopoh bersaing dengan peredaran masa, banyak benda lama yang kita abaikan, kita arkibkan, kita labelkan ia bigot. Muzik dari era ini ada yang aku ikut tapi tak adalah banyak mana, cukup untuk meletakkan aku satu mungkin dua tahap di bawah mereka yang kononnya "up-to-date". Baik, mungkin 10 tahap di bawah. Citarasa muzikal aku sangat kolot. Damn it.

Dan disebabkan kekolotan itulah aku temui sesuatu yang tak semua orang dapat tempias tuah. Sesi Juice Box bersama bonda yang dikasihi mengejutkan aku dari lena yang panjang. Lagu-lagu klasik dendangan Perry Como, Bing Crosby, Barry White, Andy Williams, Stan Getz, Brenda Lee, Hoagy Carmicheal, Dean Martin dan tidak lupa legenda sepanjang zaman, Frank Sinatra menjadi pilihan utama dalam senarai lagu Juice Box.

Persetankan frasa "barang lama usah dikenang", I'm bringing back the old school just the way it supposed to be.

Duhai mendiang-mendiang legenda yang hampir pupus ditelan zaman, I owe you big time.

Frankie ya ol' rotten bastard, much obliged.

Petualang Alfa : Aku Bilang Cukup, Cukuplah. Dulu Kertas BM Kena Ambil Dua Kali Ke? Ya, Kertas Julai, Idiot!

Politik.

Kalau boleh aku tak nak sentuh langsung pasal lapangan ni. Aku terpaksa, maaf bagi sesiapa yang terasa. Jangan lepas ini ada pula orang datang bawa jamung nak bakar tempat tinggal aku hanya kerana aku rasa dipergunakan.

Berikut merupakan cerita-cerinti berkenaan ahli parti, perwakilan yang dikatakan hanyut dibuai mimpi metropolitan dan pemimpin yang berkenaan. Diingatkan di sini tiada sebarang kontroversi tala belakang, persoalan siapa yang tahan dinding, siapa sudu besar, sudu kecil, yang berkaitan tidak.

Salah satu perwakilan dari tempat aku telah berjaya menjawat jawatan dalam kabinet. Bukan kabinet simpan lauk, bijiran sarapan hatta makanan kucing. Ini kabinet yang memerintah. Kamu cerdik bukan?

Aku terima satu panggilan telefon malam semalam dari seorang orang kuat parti. Parti apa? Faham-faham sudahlah. Orang Kuat Parti atau singkatannya OKP mohon khidmat aku dalam mempengaruhi orang ramai untuk mengangkat seorang umat naik menjadi perwakilan yang baru.

Mesyuarat tergempar dalam minggu ini atau minggu depan, katanya, sangat memerlukan orang-orang macam aku. Tidak ketinggalan OKP juga menjemput aku menyertai majlis makan malam bersama pemimpin kawasan tempatan di entah, tak ingat, Isnin hadapan.

OKP sudah lama tak berhubung dengan aku sejak dia begitu taksub dengan persada politik. Menjadi satu keajaiban malam tadi entah epifani apa mengetuk isi kepalanya tiba-tiba terkenangkan aku. Mungkin disebabkan kewibawaan aku dalam mencetus persoalan kritikal ketika sidang mesyuarat anual parti peringkat bahagian tahun yang sudah.

Ya, aku ke sana bukan atas dasar parti tersebut; aku hanya mahu memporak-perandakan petang mereka dengan usul yang nampak macam tak masuk akal tapi jika difikirkan semula, masing-masing menepuk dahi sambil mengeluh lantas berkata, 'Kenapalah aku tak terfikir apa yang dia cakap? Untung-untung nombor telefon golongan puteri berebut nak ambil. Nak bunuh dirilah macam ni.'

Dari mana datang usul-usul yang kreatif nan radikal janganlah dipersoalkan. Tidak akan ada benda lain yang boleh menjana idea sedemikian rupa jika tak dikataliskan Eliksir Cap Harimau dan beberapa teguk Kelab 99. Jika tak disebabkan masalah alkohol, dari lepas habis sekolah lagi aku dah calonkan diri sendiri bertanding menentang orang-orang yang tak boleh pakai. Aku ada kualiti seorang pemimpin...pemimpin satu perkataan yang gah, diktator. Aku ada kualiti seorang diktator yang berkaliber.

Menyedari keupayaan aku memanipulasi orang yang berpengaruh, kurang berpengaruh, tidak berpengaruh, yang tak tahu maksud pengaruh, OKP siap cakap, 'Tolong datang ya.' dalam nada yang sayu di penghujung talian.

Teka apa? Cukuplah kemunafikan yang aku sarung sejak aku habis sekolah lagi. Persalinan tersebut aku masih simpan untuk diwariskan kepada mereka yang bodoh tapi cerdik.

Bodoh kerana terlampau taksub, cerdik kerana sejak lahir akal dah cerah. Nak buat macam mana lagi?

Mesyuarat tu aku tolak tepi, jamuan makan malam itu aku perlu rujuk semula. Selamat duit poket aku.

Rabu, Julai 02, 2008

Dari dibiar musnah dimamah rodensia, ada baiknya aku konfisket.



Konfisket kerana aku tak bersalah. Sebelum hujah berkenaan pengambilan barang tanpa izin pemilik secara legit, ingin aku melalut tentang beberapa perkara yang mungkin ada, mungkin tiada kaitan dengan idea entri ini.

Kenapa aku benci pakai komputer riba sedangkan saban hari itulah yang aku hadap

Kamu tahu tentang jarak ideal mata dengan teks semasa membaca buku? Tahu? Baguslah kerana aku tak tahu. Atau lebih tepat lagi aku keliru. Banyak sangat jarak ideal, 30cm lah, sepembaris panjanglah, 2 kakilah. Tak pernahnya ada nilai yang konsisten.

Aku terpaksa membaca dalam jarak yang dekat memandangkan aku rabun dan kanta yang sudah berkhidmat hampir 2 tahun ini semakin hari semakin tidak dapat menampung permintaan tinggi dari habit aku menghadap skrin komputer/helaian teks 12 jam sehari, lebih kurang.

Ekoran dari itu, aku perlu membuat cermin mata baru dengan bajet yang kecil kerana belanja untuk kanta sahaja sudah boleh buat belanja dapur 2 bulan untuk seisi rumah satu pasukan bola lisut. Eksagerasi. Senang cerita, aku ralat nak tukar cermin mata sekerap menyalin baju.

Apa boleh buat, sudah nasib badan. Dari dulu tak pernah nak sayang mata. Umur 14 tahun sanggup bersengkang mata sampai 2-3 pagi setiap hari dengan hanya bertemankan cahaya dari monitor itu sendiri semata-mata untuk mempelajari ilmu kamasutra. Dan tanpa seberang kesal ingin dinyatakan di sini; BERBALOI.

Selepas aku Google cara-cara menjaga atau kemungkinan kecil memulihkan penglihatan, aku dapat rasakan jika cermin mata baru itu nanti akan menjadi cermin mata eterniti.

Cara pemakanan, cara membaca, cara menghadap skrin; berbeza cara mengikut resolusi dan definisi, dipendekkan, lengkaplah serba serbi.

Aku fikir. Besar pelaburan nampak gayanya. I have to start with something that wont cost me even a penny.

Membawa kepada fokus entri ini. Konfisket.

Aku rembat papan kunci USB dari sekian-sekian tempat. Kini aku menaip dengan jarak yang ideal sambil menghirup jus lobak merah yang dikisar halus dan diperah mengikut tekanan yang sesuai.

Lobak merah aku tak rembatlah. Jadi darah daging, bebal tak sudah nanti.