Ahad, Mac 29, 2009

Bil utiliti, bil telefon, bil internet dan bil apa lagi ya?

Oh ya, bil iTunes.

Dalam pos ini, aku ada menaip pasal fitur terbaru dalam iTunes versi 8.something yakni Genius Sidebar. 

Penuh ralat sebab aku tak tahu Genius Sidebar is basically all about. 

Pada September tahun lepas fitur ini masih belum boleh digunakan di sini dan jika kita meminjam ideologi pisang goreng panas, siapa yang berdekatan dengan kedai jual goreng pisang tersebutlah yang dapat merasa dulu. Cuba aplikasikan sendiri teori pisang goreng panas dengan Genius Sidebar.

Selepas setengah tahun dan aku tak pasti samada fitur tersebut sudah boleh digunakan atau tidak, aku jadi aku dengan mencuba. Belum apa-apa lagi dia dah minta akaun iTunes, betul-betul cari makan mereka ni.

Aku skip proses menguntungkan 1 pihak ni sebab ada di antara kita tak tahu macam mana nak jadi counter productive dengan menggunakan teknologi. 

Bila dah siap semua, maka tibalah masanya untuk menggunakan fitur Genius ini.

Seperti yang kamu dapat lihat pada rajah di atas, ada satu playlist yang telah di-highlight-kan dan dinamakan sebagai Genius. Itu by default, iTunes akan letak dekat situ jika kamu dah aktifkan aplikasi Genius.

So, apa benda Genius ini buat?

Kamu pilih mana-mana lagu dari perpustakaan muzik dan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas dan klik pada ikon atom di sudut kanan-bawah tetingkap iTunes kamu. Dan kamu akan dapati terdapat 25 lagu dari variasi artis telah dimuatkan dalam playlist Genius tersebut.

Ianya seolah-olah iTunes satu perisian Decision Support System dan Kepintaran Artifisial yang dan-dan tahu selera halwa telinga kamu. Dari apa yang aku baca, aplikasi Genius ini akan mengumpul maklumat dari pengguna iTunes lain dan setkan 25 buah lagi by default, kamu boleh ubah bilangan lagu ikut suka kamu, berdasarkan jenis muzik yang kamu pilih.

Mudah aku cakap, ianya magik.

Penerangan mudah tentang teknologi kompleks, apa-apa teknologi sekalipun; magik.

Sabtu, Mac 28, 2009

Hits From The e-Bong

Dalam file Harold And Kumar 2: Escape From Guantanamo Bay, terdapat 1 babak di mana Kumar cuba stone di dalam tandas kapal terbang yang di mana bong yang digunakan terlalu futurustik dengan teknologi melenyapkan the after smell. 

Bagi aku, itu tahi lembu.

Apa ke cirit getting high using an apparatus that has battery innit? Scientifical breakthrough my ass. I don't know about you, tapi apa yang menjadikan marijuanan so addictively delicious adalah the after smell lah. The stench is so fucking manly, so masculine. And Kumar managed to eradicate the manly of it. 

Aku tak tahulah benda tu betul-betul wujud atau tidak sebab aku tak selidik pun. After all, it's a film. 

Here I thought e-Bong dah habis merapu dan hanyalah sesuatu yang diklasifikasikan sebagai fantasi filem, baru pagi tadi aku cari penawar ketagihan merokok, aku terjumpa 1 blog ni. Alternatif kepada rokok sebenar. 

Aku nak terang lebih lanjut pun aku tak tahu. Tapi aku ada jumpa 1 video pasal e-Rokok, that's what they called it and that is, without a doubt, the most ridiculous name that a product can have. Ianya seperti dunia secara perlahan bertukar menjadi dunia nerd.




Jumaat, Mac 27, 2009

Kenapa degil sangat ni?

Orang yang gemar upload gambar ke Blogger, apa perasaan kamu jika 1 gambar yang berdimensi besar hanya dapat dipaparkan sebesar 3/4 kotak rokok?

Lebih-lebih lagi gambar tersebut mempunyai nilai sentimental yang tak ada siapa pun yang gives a shit tapi tetap berkeras mahu upload juga dan kesudahannya, ia hanya dapat dipaparkan dalam saiz yang kecil.

Lebih memburukkan keadaan apabila gambar tersebut mengandungi beberapa features yang "tersembunyi" dan kamu anjurkan 1 permainan bersama pelawat blog yang di mana kamu letak 1 gambar dan kamu suruh mereka teka dekat celah mana benda tersembunyi itu disembunyikan.

Contoh: Gambar sekumpulan perempuan yang pergi mandi air terjun dan ada di antara mereka tak pakai bra. Dalam 10 orang, seorang je yang tak pakai. Yang mana 1? Bon appetitty!

That's fucked up sebab tak nampak. Halus. DIberi opsyen oleh Blogger untuk menetapkan saiz gambar yang bakal dimuatkan dalam setiap pos: kecil, medium, dan besar.

I tell you what, tiada perbezaan langsung. Mungkin perbezaan yang kecil dan medium adalah gambar yang kecil dikompres 1% daripada gambar bersaiz medium yang di mana ianya dikompres 50 ke 70% atau lebih daripada saiz asal. Beli kamera mahal-mahal lepas tu gambar RAW ditukar format JPEG saja sudah banyak unsur kena kikis. Bila dah upload, gambar itu dikecilkan pula.

Sesetengah pelayar menyediakan pemapar imej bersaiz asal. Seingat aku dulu, FireFox 2.0 ada kot. Itu pun sebab pakai add-on. Kepala abah dia berjambul agaknya. They put the image in a thumbnail size and then kalau kamu nak tengok gambar saiz asal, klik dekat gambar atau pautan yang diberikan dan kamu akan dibawa ke halaman lain. Aku dah buat laman web berasaskan foto dan aku tahu ianya sangat melecehkan dan a real pain in the ass untuk buat kod html untuk laman web berasaskan foto.

For those yang taksub dengan ASP.net, you guys are bunch of pussies. Yeah I said ot, you heard me. Terlalu bergantung kepada apa yang tersedia tanpa mengetahui what make things work work.

Ohh the tense. Gotta relax my facial muscles a little bit.

Jadi, apa yang perlu kamu buat untuk lihat imej yang kecil tadi?

Tekan butan Print Screen dan tampal dekat Paint dan kemudian guna aplikasi kanta pembesar? Man, that's bull.

Piksel gambar jadi pecah dan lebih memburukkan keadaan, you won't see shit.

Aku dah pos 1 entri sebelum ini, tahun lepas, tentang 1 add-on yang digunakan untuk memaparkan imej. Siap dengan bantuan visual lagi untuk menarik perhatian kamu dan apa yang kamu buat? Kamu ingat aku saja nak tunjuk geek? Saja nak tunjuk kehidupan aku adalah berasaskan komputer sahaja? You know squat about me. I hit pay dirt big time dengan benda yang aku tahu pasal komputer. You should feel ashamed of yourselves.

Itu pasal aku tak perlukan iklan-iklan untuk dapat tambahan wang saku.

Aku teringat ada seorang mamat ni yang bekerja sebegai pembina sistem. Dia tanya aku adakah aku bayar untuk perkhidmatan internet yang disediakan pembekal servis internet. Aku jawab ya dan dia cakap aku ni bangang. Lalu dia terangkan tentang falsafah perkomputeran dia dekat aku.

"To pay for someone else's service, someone else's going to pay for your service, using the same line of the service."

Aku tak faham apa dia cakap.

Tapi aku faham 1 benda, kalau aku nak bayar bil bulanan internet, aku kena maksimumkan penggunaan dan ekstrak apa jua isi kandungan internet dan jual, buat duit untuk menampung bil tersebut. Kalau aku bagus, I could make a living, Kalau tak, duit poket aku sendiri kena dikeluarkan untuk bayar bil tersebut. Dan bagi mamat tersebut, kalau kena keluar duit poket sendiri, aku bangang.

Dia buat a cool USD 2,000 per month hanya dengan Rapid Share. That son of a gun.

Jauh menyimpang, here's a little something untuk kamu ingat kembali.

Dah ingat dah?

Can you see that? Does that proves my point? Imej dalam saiz thumbnail di atas adalah koleksi gamabr yang aku publish dekat blog ni. Kamu rasa macam pukimak tak untuk tengok diagram di atas? Do you feel me?

Damn right you are.

Aku gesa kamu jika kamu nak selesaikan masalah "babi-apsal-gambar-ni-kecik-sangat" agar klik sini dan klik dekat gambar yang ada dekat halaman tersebut.














Dan kamu akan sedar bahawa semua yang aku taip di atas adalah pointless. Saja je aku nak tunjuk macam bagus dan untuk buang masa terluang. Sebenarnya tak payah nak pergi ke pautan tersebut, kamu klik je gambar yang letak tu pun dah memadai untuk menunjukkan how gullible you are.

Khamis, Mac 26, 2009

Genggamlah tanganku, rangkullah diriku.

Di dalam DVD Russell Peters: Red, White And Brown, terdapat satu jenaka berkisar tentang kaum Adam di India. 

Di sana, according to him, lelaki dewasa yang straight akan jalan berpimpin tangan like there's nothing to be ashamed of. There's nothing gay about it. Ia hanyalah satu proses mengakrabkan persahabatan dengan "bonding". And by "bonding", itulah dia, hold hands.

That guy obviously never went to Malaysia. Di sini orang luar dari jantina yang sama akan berpegangan tangan and swing it. Orang luar di situ adalah imigran. Dan jantina yang sama adalah lelaki dan lelaki. 

I've seen Indonesian, Vietnamese, Bangladesh, senang cakap, imigran yang datang ke sini untuk tujuan mencari rezeki, hold their hands.

Aku fikir apa sebab musabab mereka berpimpin tangan. Apa faktor yang menggalakkan mereka ini berjalan di khalayak ramai dengan stigma sedemikian.

Aku berkawan dengan macam-macam jenis orang, lebih spesifik: berkawan dengan orang yang mempunyai orientasi seksual yang berlainan. If you ever get to live in suburban area, you'll find some people that are into the unconditional love with animal. And if that haven't sicken you, try it.

The homos jarang dan tak pernah aku nampak berjalan berpimpin tangan di depan orang ramai. Mungkin bagi mereka "keakraban' itu lebih baik didefinisikan atas katil, berduaan. The air of romance hanya disedut mereka berdua.

Kembali kepada isu imigran ini. Faktor apakah yang menggalakkan mereka ini melanggar peraturan yang ditulis atas batu halimunan?

Aku ada teori. 

Dari sudut geologikal, imigran yang tercampak dekat tengah-tengah pekan kecil kebiasaannya akan berkesudahan, aku bukan cakap they're going to board on the dude's train, berpegangan tangan. Imigran wanita tak banyak dekat sini sebab kalau ada pun ianya dihantar oleh agensi untuk menjadi pembantu rumah. Tahu sajalah isu orang kita dengan pembantu rumah, dari segi praktikal, they're slaves. Tak percaya? Probably, you are a caveman. Tak pernah tahu apa itu surat khabar, televisyen dan internet.

Di bahagian kota pula, jarang kita nampak sebab banyak kilang. Bila ada banyak kilang, mestilah ada banyak pekerja. dan setiap jantina ada kerja yang telah dikhususkan. And it's in mass. So, mereka ini jaranglah dilihat berpegangan tangan sebab hey, telah diciptakan Hawa itu untuk Adam bukan?

Faktor kedua, populasi. 

Sungguh dalam kawasan bandar, tak semestinya imigran ini tak berpeluang untuk mengekspresikan cinta tak berkondisi mereka. Dalam 1 kumpulan imigran, terdapat imigran lain yang datang dari negara lain. Mereka bekerja di tempat yang sama, tinggal di asrama yang sama tapi mereka ini dipinggarkan kerana mereka adalah minoriti.

Minor ini dilarang sama sekali, rasa-rasanyalah, untuk mengurat, menggatal, bercakap hatta jeling sekalipun. Orang Bangladesh kebanyakannya jadi minor sebab untuk jadi major mereka memerlukan sokongan dari kedua-dua belah pihak: lelaki dan perempuan.

Pernah jumpa wanita Bangladesh?

I haven't. So suck it up.

Imigran Bangladesh ini tiada peluang lain untuk getting laid sesama imigran maka mereka mula menceburkan diri kepada pasaran global: rakyat tempatan. Kalaulah dijadikan imigran ini satu paten dan satu tona kulit, the only thing that's going to separate them is their way of dressing. Indonesian lebih kepada pemakaian ala-ala metal dengan rambut panjang dan t-shirt band. Backstreet Boys pun tak kisah, it's still a band nontheless. Bangladesh pula lebih gemar berkemeja masuk dalam. Mereka lebih kemas dan kebiasannya bercapal. 

Bagi mereka, imigran Indonesia can have all the imigrant female that they want but they wont be a-touching the beautiful exoctic locals. Which screwed up sebab kita tahu mereka ini imigran, well most of us sebab ada apa kes orang sini kena angkut di bawa balik ke negara imigran. They're using black magic, that's why. Wanita sini pun tak gemarkan mereka atas sebab-sebab yang ketara dan tak manis ditaip di sini. Dan apa lagi pilihan yang mereka ada?

That's right, hold each other's hand.

That's the closest they're going to get to getting laid.

It was pretty sickening sebab aku pernah melalui fasa hitam di mana aku menjual VCD lucah dekat imigran Indonesia. They came to me in a bunch. Ramai-ramai. It's obvious jika a group of imigrant keluar bersama maka best probability is, they live together. 

'Yang Indo punya tiada ya pak?'

'Enggak.'

'Bisa rindu benerrr sama tanah air. Ceweknya uhhh...menawan.'

'Apo-apo yolah. Duit aku mane?'

Macamlah aku ni really wanna give a shit about them. I'm gonna squeeze all of your money.

Aku dah syak bukan-bukan sebab faktor mereka ini tinggal bersama.

'Korang semua tinggal bilik asing-asing ke?'

'1 rumah 2 bilik saja pak.' Tambah mereka lagi, "Bilik tamu dan bilik air,'

Fuck it, mereka pasti akan tonton VCD tersebut secara berjemaah. Aku angkat kaki sebelum the worst case scenario berlaku.

Faktor ketiga...owh look at the time. 

Rabu, Mac 25, 2009

Anarki Teknologi.

Given a situation: a guy and a computer, apa yang terlintas dalam kepala kamu?

Nerds, geeks, dorks yang berkaca mata berbingkai tebal dengan kanta yang maha tebal. Betul?

Sebelum fenomena Blogger meletus, orang yang menjinjit komputer riba ke sana ke mari bukan atas dasar nak menunjuk-nunjuk adalah mereka yang aku sebut di atas. Sekarang, kamu pergilah mana saja, baik kedai mamak mahupun restoran francais yang cas lebih dari RM10 untuk segelas kopi, manusia yang datang dari pelbagai latar belakang akan terpicit-picit pad kekunci, tertekan-tekan tetikus lepas tu gelak seorangan ataupun bermuka serius. Jarang buat muka plain sebab internet adalah fucking interesting.

People don't go to cafe to throw a mopey face or angry face sebab buat apa nak habiskan bateri dan wang untuk buat semua itu? Lebih baik dia habiskan masa dengan orang yang tersayang, cos they love the after-treat after the mope/angry faces initiated.

'Yang, apsal muka you macam taik ni? Meh sini kita cuddle.'

Si bodoh mana yang taknak?

As I was saying, Blogger drag variasi manusia lalu mengubah stereotaip guys with computers, mainly. Aku tak tahu pasal perempuan sebab sebelum kedatangan Blogger, mereka ini tidak mempunyai bahu yang kuat untuk memikul komputer riba yang mempunyai berat purata 3 ke 5 kilogram. MacBook Air? I'm not made of money.

Jadi apa yang berlaku kepada mereka yang mempelopori tabiat membawa komputer riba ke sana-sini, the geeks, the nerds, the Klingons? Aku salah 1 daripada golongan ini dan mari sini aku ceritakan apa yang berlaku kepada kami. 

We evolve.

Kami dah tak bawa komputer riba ke sana ke mari dan look like a complete dork. Banyak yang kami telah pelajari dari pengalaman ke hulu ke hilir dengan the "second wife"--untuk lelaki, isteri pertama adalah kereta. "Isteri" di sini adalah metafora kepada aset yang boleh di-upgrade. Like your wife, botox here and there, silicon implants, also, here and there.

Kami tidak lagi perlu membawa beg extra yang dilabel sebagai the "just-in-case bag" yang di mana di dalam beg tersebut mengandungi macam-macam benda termasuklah an extra shirt jika berlakunya tumpahan minuman di baju yang sedang dipakai ketika sedang alpa berurusan dengan komputer. And if that unfortunate event occur, we got it covered.

Itu baru 1.

Ada lagi yang lain tapi aku malas nak ingat. You know why, sebab kami dulu sangat mementingkan fakta atau benda yang perlu diingatkan sehingga mengorbankan banyak benda termasuklah the one and only chance to get married. Not me, we that exclude me. I'm 23 years old for fuck's sake, gimme a break. And that's why we're infamous with the to-do list.

Ada daripada kami cuba tampil berbeza dengan ditch the big ass thick glasses yang di mana aku pernah cuba tapi kejap saja sebab tak tahan dengan kanta lekap yang tebal nak mampus yang dibina khusus untuk mereka yang mempunyai the smorgasboard of sight illness.

So, kami tetap look like dorks tapi cuba buang stereotaip dengan buang persepsi tentang bentuk tubuh. Dulu 2 sahaja; too fat or too thin. Itu saja, mana ada masa nak tetapkan diet dan senaman yang seimbang, we're too busy with the computers. Yang mati tak makan tak tidur depan komputer pun dah ada, wasn't that good enough for you?

Jika kamu masih lagi terpinga-pinga dan cuba mengagak bagaimana pioneer "penjinjit komputer" ini macam mana rupanya, let me help you. 

Ingat lagi Euro Trip?

The catchy tune of "Scotty Doesn't Know"?

Pesta Sosej?

Absinthe?

OK. Dalam salah satu babak di dalam keretapi yang di mana Scotty mimpikan Mieke, terdapat 1 mamat German yang buff dan berkaca mata cuba menyelesaikan kompleksiti perkomputeran si Mieke dan seterusnya mereka menyudu dan sebelum sempat mereka menggarfu, Scotty terjaga dari tidur.

That German guy, that's us. OK, bagi mereka yang tak tahu, sucks to be you.

Nampak tak? Kami telah berevolusi dengan masa. If you're going out, ditch the computer. It's not cool. Dork bukanlah satu fesyen kontemporari, it's an insult. So you got works to do, that's why geniuses back in the days created house. Pergi buat dekat rumahlah.

'Tapi kat rumah tak ada internet.'

Well, nasib kau lah jang oi. Kafe siber kan ada? Teknologi memori cahaya di dalam bekas sebesar ibu jari kan ada? Travel lightweight. 

I'm off. Aku nak pergi jadi "that German guy".


Antitesis Ukelele.

Sedang aku melanggar pantang dengan balun bihun goreng jam 1.30 pagi, seorang teman yang sibuk dengar lagu yang aku salin ke telefon tiba-tiba growl. Menderam. Mujur meja makan kami agak isolate dan cocok dengan nama meja itu yakni "the-nobody-gives-a-shit table". Kamu buatlah apa saja sekalipun, hatta bogel sekalipun, seorang pun takkan hapik.

Lagu rasmi adrenaline rush aku ketika di gym berkumandang. Dari fon telinga dia buat loud speaker. Heavy Metal ke udara. Lagu Redneck yang dimainkan oleh Lamb Of God boleh disamakan dengan lagu Matsuri oleh Kitaro dari sudut ketrankuilitiannya, itu aku.

'This is best bro, this is the biggest thing in Indonesia bro.'

'Yolah.'

Why the fuck Indonesian nak dengar metal adunan MTV? Gila mengikut selera pendengar, bisik hati aku.

'Lu lupa ke bro? Dulu tour Indonesia kan diorang semua layan metal, nak cari ghetto tech celah lubang cirit mana?'

Aku fikir bagus juga ada MTV sungguhpun dah banyak terpesong fungsi sebenar sesetengah genre muzik dari do the right thing, like create a revolution for example. Tapi baguslah. Mesej mungkin tak ada tapi akar muzik itu tetap ada. Bunyi sebenar itu ada. Dah sampai Asia, lebih spesifik, Asia Tenggara atau nak lebih narrow down; MAPILINDO. Bila dah tahu macam mana a particular genre sounds like, pandai-pandailah masing-masing tulis lirik agar you know, secocok dengan jiwa orang MAPILINDO ini yang gemar sangat memberontak. 

'OK, Indonesia is well known for its metal musicians. So what? You want me to put it in the front cover of the big-whoop magazine?'

'Bukanlah. Indonesian yang layan metal majoriti jantan. Kot perempuan pun, groupies, moshpits, yang tak payah belajar main getar, dram, apa cirit.'

'Uh-huh.'

'How about if I tell you ada perempuan yang main lagu metal?'

'Get out of here.'

'I bullshit you not. Balik karang kau pegi search kat YouTube: Prisa.'

Aku memang malas nak melayan lagu-lagu tak tentu arah bila jam dah melepasi pukul 12 tengah malam. Lagu-lagu orkestra tak mengapa kerana...kerana aku perlukan tidur? Idiot.

Sebelum aku berangkat pulang, teman itu menjerit dari jauh, 'she's cute!'

Ni yang aku malas sangat ni.

So I took the liberty salin tampal video Prisa dekat sini. Tiada lain yang lebih turn on melainkan perempuan ni.


Isnin, Mac 23, 2009

Bedumdum-ke-dumdum.

Itu adalah bunyi tabla. Atau bongo. Tabla sebab bongo lebih kepada puk-klepak. Entah.

Dalam DVD Outsoured yang dibintangi oleh Russell Peters pada tahun 2006 yang lepas yang selamat dimuat turun aku 2 tahun selepas ianya berada di pasaran, telah dimuatkan bunyi di atas. 

Telah menjadi tabiat setiap filem/drama yang dimuat turun akan aku pastikan ada sarikatanya sekali. Itu proses aku belajar Bahasa Inggeris, dari sarikata dari lirik dari teks yang datangnya bukan dari buku teks. 

Buku teks sucks sebab tak ada sokongan audio. Tau eja saja, nak sebut sampai tergeliat lidah. Cikgu yang mengajar pula kalau zaman aku sekolah rendah dulu, nasiblah kalau dia tahu. Kalau tak tahu dia pun main sebat je. 

Outsourced bagi aku adalah gedung daya pemikat. Banyak ayat-ayat, punchlinenya, walaupun berbaur perkauman dan seksis, tetap membuatkan wanita-wanita terkondensasi.

It's not like Russell ada speech impediment yang membuatkan aku tak faham apa dia cakap. Dia cakap sebijik-sebijik. Sepatah-sepatah. Jelas. Seperti yang aku cakap, proses pembelajaran aku memerlukan bantuan audio dan teks. 

Jumpa punchline yang gila babi punya kelakar, aku pause video dulu. Ambil pen, ambil kertas, salin bulat-bulat. Siap buat terjemahan dan interpretasi aku sendiri dalam Bahasa Melayu lagi untuk mereka yang don't get it.

Tak buat macam tu pun. Sebab aku tak ada sarikata Outsourced. Aku cuma ingat-ingat alang je benda yang dia sebut dan seperti biasa, selaku orang yang mempunyai ruang ingatan yang terhad dan volatile, aku lupa.

Aku kena cari juga sarikata dia. Aku pergi Subscene. Aku masuk kata carian "Russell Peters". Kenapa aku tak pakai kata carian Outsourced? Sebab aku ada beberapa video lain dari Russel Peters dan berharap sangat setiap video tersebut mempunyai teman yang sama nama dan berikon Notepad dengan extension .srt.

Tak ada. Baik Show Me The Funny, baik rilisan Comedy Central, baik Outsourced. Hapah haram pun tak ada. 

Seingat aku, dalam DVD Outsourced, Russell ada cakap dia nak bersara dari dunia hiburan. 3 tahun yang lepas dia cakap macam tu. Maka aku, seorang yang naif lagi gullible percaya bulat-bulat dan sama-sama dengan audiens ber-"aaawhhh".

Hasil carian Subscene punya crawler, aku dapat tahu dia ada buat 1 lagi stand up comedy yang juga telah dimuatkan dalam DVD yang berjudul Russell Peters: Red, White And Brown. Tahun lepas punya barang. Buat dekat Madison Square Garden. Kali ini dia tak ada cakap apa-apa pasal  bersara bullshit maka dalam gelungan 2 bulan sekali aku akan mengingatkan diri sendiri untuk Google his ass.

Ini pautan untuk kamu, you filthy downloaders!



Itu untuk torrent, RapidShare rasa-rasanya ada kot. Entah. Carilah sendiri. 

Ajaklah orang tua, adik beradik, jiran-jiran sesiapa sajalah yang terlintas dalam kepala kamu tengok sekali bila dah siap muat turun nanti.

*Maybe I'm the only idiot yang baru tahu pasal bendalah ni. So, go fuck yourself.



Kembalikan senyumanmu itu si kecil.

Tak tahu kenapa, setiap kali anak buah sulung aku balik, aku mesti rasa macam pukimak. Aku tahu sepatutnya kita rasa bersyukur, bertuah, gembira dengan kedatangan orang baru dalam famili. Budak tu pun dah nak setahun, baru apa ke ciritnya? Ni ada lagi 2 orang bakal menyusul keluar dalam bulan Julai anak Angah aku dan Along aku yang tak sedar dia dah berbadan dua buat kali keduanya yang masih diragui usia kandungannya.

Tapi aku tetap rasa macam sial.

Mungkin rasa sial itu datang sebab dalam banyak-banyak siri dia balik, tak pernah sekali pun aku dapat pegang dia lebih dari 5 saat tanpa dia melalak. Jangan kata nak peganglah, aku baru nak dekat dia dah cembeng, Maunya tak aku rasa macam nak hidup enjin kereta dan memecut ke kedai snuker berhampiran untuk menghabiskan masa bersama objek yang kena pukul, baling, sumpah, maki sekalipun, takkan ada comeback.

Minggu depan orang tua aku ada pembedahan mata. Ini membawa makna rumah aku bakal penuh dengan 2 bas saudara-mara dari seluruh pelusuk semenanjung. You wish. Kakak-kakak dan abang-abang ipar aku sajalah. Dan mereka bukan subjek yang penting. 

Anak buah sulung aku.

Aduhlah. Dah aku belajar dari ratusan video dari YouTube dengan kata carian "how to be a competent clown" sebab dari segi logiknya, bukan budak-budak kecik saja yang suka badut, arwah Atok pun gemar dengan badut.

Aku dah siap sedia. Kostum tak adalah, aksi saja. Mungkin tak akan membuahkan hasil sebab 2 minggu lepas masa Along aku balik, dia ada cakap masa aku datang dekat anak dia, 'tengok tu, monster' sambil menyamakan aku dengan imej sasquatch yang secara kebetulan ada pada helaian muka surat majalah yang dipegang Along aku. Fuck it, I'm not hairy. 

Motherfucker. Along aku sendiri dah tanam imej bukan-bukan dekat anak dia. Minggu depan adalah peluang terakhir. Kalau aku dah buang malu dan jadi bukan aku pun tak jalan juga, alamatnya aidilfitri nanti aku taknak bagi dia duit raya. 

Aku akan cakap macam tu nanti dekat budak tu. Sebut pasal duit, tak kira umur, semua suka. Betul apa, benda kedua kita belajar masa kecik-kecik dulu selepas bahasa pengantaraan masing-masing adalah ekonomi. 

So, teguh aku nyatakan budak kecik tu mesti rasa tergugat punyalah. 

Badut yang taklah badut mana, diikuti dengan propaganda duit jika opsyen badut tak berkesan.

Aku adalah contoh pakcik yang ulung.

Sabtu, Mac 21, 2009

Shlort.

'Would you like some shlong with that dong, would you?'

Amaran awal: entri ini langsung tak sesuai untuk di baca sesiapa. You'll gag, puke, vomit blood to death cos this is going to be a complete guy talk. Nut jusy any guy talk, mind you.

So if you're a woman, jog on.

'Kenapa kau tak nak ambik steroid? Lagi cepat besar.'

Soalan yang sama aku dengar saban hari. Aku bukan nak masuk apa-apa pertandingan and I'm not big on flashing my body to public. That's not all. You have to wear banana hammock for fuck's sake.

Tou're not going to see 1 pertandingan bina badan di mana pesertanya perlulah memakai jubah dan kain pelekat atau kemeja dan seluar jean. No sirree.

Dalam satu filem dokumentari Bigger, Faster, Stronger yang mengisahkan tentang penggunaan steroid pada atlit, 1 aspek telah disentuh berkenaan penggunaan steroid.

The wiener. Bukan frankfurter yang kita makan tu, the other 1, bukan untuk tujuan mengisi perut.

Katanya, it'll shrink it. And in some weird cases, it'll be completely inverted, atau dalam Bahasa Melayu kotornya, kulup.

Fungsi steroid adalah secara umumnya, beri kamu lebih tenaga. Kamu tak cepat letih. Kamu sentiasa dalam kondisi adrenaline rush yang di mana kesan sampingannya mood swing mengalahkan PMS dan kamu akan naik angin dengan trigger semerepek orang terusik seluar kamu ketika sedang berjalan. I've seen it. Fuck, those guys that are on steroid, mereka betul-betul menjengkelkan.

Kombinasi steroid dan protein yang betul, you can get a Sazali Samad's clone not more than 3 months. Mereka yang bina badan tanpa bantuan steroid tapi dengan bantuan protein, a year. Mereka yang tak ada apa-apa makanan tambahan, well, let's just forget about it. Kata nenek aku, 'menghabihkan bogheh yolah'. 

The crotch will never shrink jika kamu ambil steroid. Ilusi shlort terjadi kerana jika kita biasa tengok pertandingan bina badan, mereka ini hanya beralaskan seluar dalam yang 100% spandex dan ilusi shlort ini terjadi sebab kita tengok macam tak ada saja something behind the hammock. 

Dan secara otomatik, kita menafsir kejadian tersebut sebagai kesan sampingan steroid sungguhpun orang tersebut tak pernah ambil dan tak pernah tahu dan nak sebut steroid pun tak reti.

Apa yang sebenarnya berlaku?

OK. 

Kamu boleh tak kencing jika ada orang perhatikan kamu? Paksalah macam mana sekalipun, bagilah pep talk pemangkin semangat macam mana pun. the boy will not got into the action because, we have what it called, the shy bladder. No, that's just trash talk. Memang tak boleh nak keluar punyalah.

Nampak tak?

Tak?

Samalah jika kita bawa idea orang ramai perhatikan kamu semasa kamu sedang sibuk bagi judge tengok rutin pam badan. Kalaulah ada audiens wanita yang pakai habis ketat dan showing the village feeders, berani aku cakap, 'the boy' tetap akan macam itu jelah. Kamu takkan turned on, percayalah.

Dan 1 lagi, mereka mempunyai saiz crotch yang normal. Jika badan mereka tak mengembang dengan jayanya maka ianya akan kelihatan wow, tak ada 1 pun yang rutin latihan bina badan untuk besarkan 'the boy'. Tiada efek rantaian seperti kamu buat bench press; dada, biseps, triseps, bahu kamu juga turut membesar. Kamu buat squat pun boleh tegangkan otot punggung saja, not make it bigger. Apa yang ada itu sajalah.

Dan aku takkan ambil steroid bukan sebab mitos pengecilan organ penyambung zuriat tapi sebab kesan sampingan yang terbukti secara klinikal, if you're lucky enough, you'll survive the kidney failing. God, I need my kidney to pee and stuff. Itu baru 1, banyak lagilah malfungsi organ dalaman yang berpunca daripada pengambilan steroid.

Enuff said, I'm gonna hit the hay. 


Sabtu, Mac 14, 2009

Yippee Yai Yay!

Ketiak.

That seems like a fun thing to talk about.

Pits, underarms, pangkal lengan, celah lengan, ketiak.

Penerangan saintifik sangat tak diperlukan untuk menggambarkan betapa riangnya orang disebelah untuk menghempuk kamu dengan beg komputer ribanya yang sarat berisi dengan komputer riba, set alat tulis, buku, manual penggunaan, pengecas bateri, external hard disk, the whole nine yards kerana ketakselesaan beliau dengan bau yang kurang menyenangkan yang beroriginkan ketiak kamu.

Orang boleh maafkan jika kamu kentut di dalam lif atau bas atau close quarter kerana baunya akan hilang selari dengan peredaran udara. Bau ketiak yang tengik pula, not so much.

Ianya kekal selagi kamu tidak keluar dari that particular area. 

Aku naik pelik kenapa masih ramai lagi orang yang tidak menyedari kepentingan deodoran sebagai teman sejati yang tak boleh lekang dari setiap individu. Mungkin bagi sesetengah orang, untuk menyingkirkan bau kurang menyenangkan mereka perlulah ada set mandian khusus, minyak wangi yang berjenama dan dari baka yang elok.

Salah. Atau betul. Aku tak tahu satu hapah pun pasal sains genetik.

Masalah badan berbau boleh diatasi dengan jangan buat aktiviti yang di mana pori-pori kulit terbuka lantas menyebarkan bau, peluh, body carcass kepada orang ramai. Pendek cerita, kalau tak nak jadi busuk sungguhpun mandi sehari berbelas kali, jangan buat kerja.

That sucks.

Dulu aku jarang berpeluh. Tapi tang 1 tempat ni pantang kena kepit mulalah basah. Di mana?

Tang ketiak lah, mana lagi?

Sekarang, aku aktif berpeluh. Tak buat kerja pun boleh berpeluh. Membawa maksud aku orang yang aktif. Bulan depan jika tak ada aral melintang, aku secara rasminya akan menjadi seorang pemakai C cup. I love besi.

Pits memang tak boleh nak elaklah. Tapi bau yang sekali dalam pakej berpeluh di pangkal lengan boleh dihindarkan dengan menggunakan produk badan. Aku dah cuba macam-macam. Baik yang sembur, yang roll-on, gel, you name it, aku dah pakai. Dari 1 unit 3-4 ringgit sampailah harganya equivalent dengan belanja dapur seminggu untuk famili berkapasiti 6 orang.

Tak jalan juga. Aku rasa life will become easier jika kita dilahirkan tak berketiak. O wait, tak berketiak = tak berlengan. Mana boleh. Lengan aku dari 12 inci naik sampai 14.5 inci ni menjadi sejarah begitu saja.

Some say botox will cure. Tak naklah aku. Dan masalah perpeluhan aku taklah sekritikal mana cuma aku mahu sedikit keselesaan yang dimana selang a period of time aku kena bergegas ke tandas yang ada hand dryer dan bekalan tisu yang banyak siap dalam poket seluar tersimpan sebotol deodoran. You'll get the idea.

Bedak talkum. Bedak bagus untuk menyerap lembapan tapi aku dah bereksperimentasi dengan penggunaan bedak, ketiak jadi berdaki dan baunya semakin tengit sebab bedak itu remain on the same place.

Ada juga orang cakap belalah bulu ketiak sebab peluh-peluh akan terperangkap dekat bulu tersebut. Ughh. Menaip saja sudah buat tekak aku kembang. Lagipun sama juga, air peluh kekal dekat tempat itu juga. I prefer bulu-less, amat maskulin dan metroseksual. Hah.

Semalam di gimnasium jam 3 petang, aku dah siap-siap dengan produk ketiak yang baru dibeli di sebelah pagi. Aku pakai baju kain cotton yang agak tebal berwarna hitam lengan panjang. Aku tahu, gimnasium adalah tempat yang di mana apa saja bau kurang menyenangkan otak kita akan menerima ia sebagai detergen berbau floral. You know, detergenkan berbau tengik.

Tak sampai setengah jam, aku dah berpeluh dekat sebaldi. Ketiak jangan ceritalah. Jika baldi imaginari tersebut ada, aku yakin 3 per 4 kandungannya datang dari ketiak semata-mata. So, jika ada peluh maka mestilah ada by-product nya. Bau tengik.

Aku keluar dari gimnasium untuk menguji hipotesis aku yang di mana apa saja yang kita pakai ia hanyalah satu benda yang boleh kita salahkan jika benda tersebut tak mendatangkan hasil yang dihajati. Keputusan uji kaji boleh disangsikan jika dibuat dalam gimnasium atas sebab yang telah dinyatakan di atas.

'Well I'll be damned,' kata aku sambil gelagat aku mencium ketiak diperhati pemandu kenderaan lalu lalang yang memerlahankan kenderaan macam ada kemalangan maut yang melibatkan sebuah treler angkut longcan bertembung dengan lori SWM(South Waste Management).

Berteriak sakanlah aku kerana aku akhirnya telah berjumpa dengan penawar sensasi bau ketiak. Bagi aku, inilah dia ultimatum. Kamu? Well, keep looking. Godspeed.



Isnin, Mac 09, 2009

Kesakitan di dalam dubur.

Autorun.inf

Siapalah yang tukang buat bendalah sial ni. Aku dah cuba pelbagai metod supaya sistem komputer aku bersih dan sesuci air mazi.

Seperti biasa, jika kita berdepan dengan situasi yang kita tak dapat tangani, kita akan pergi jumpa dengan orang yang berpengalaman. Oh fuck, aku benci jumpa orang dan selaku orang yang mempunyai ego yang tinggi melangit serta hipokrit dalam diam, aku masih lagi seek help.

Aku tak bertanya pada orang maka aku gunakan apa yang di depan mata. Aku Google "how to remove autorun.inf".

Shazam! 

Terdapat lebih sejuta respon terhadap carian aku. Dan selaku orang yang bapak pemalas, aku akan klik top result tanpa baca deskripsi pautan yang diberikan.

2 jalan penyelesaian.

1. Remove manually.
2. Pakai perisian.

Menggunakan cmd.exe, aku rasa masin sebaik sahaja lidah ini menjilat bahagian atas bibir dek kena kencing(tipu) dengan kononnya "The CMD Expert". Terlebih dahulu aku semak attribut fail autorun.inf dan aku kenal pasti betapa pukimaknya bendalah ni sebab ianya adalah dalam bentuk baca sahaja atau read-only dan ianya permanent hidden. Bila aku un-check checkbox attribute read-only, maka keluarlah satu tetingkap yang menyatakan bahawa, aku tak berapa ingat apa yang dia tulis maka aku tulis dalam versi aku yang sendiri:

'Tak boleh padam. Tak boleh ubah apa-apa. Tak boleh buka dan tak boleh ubah isi kandungan."

Access is denied. The CMD Expert menyatakan jika aku tak boleh buang autorun.inf dengan cara tersebut, aku perlu boot komputer aku kepada safe mode dan ulang semula proses menaip cd.. cd.. cd.. sampai ke direktori akar. Kemudian cuba buka fail tersebut dengan menaip autorun.inf dekat tetingkap command prompt. Tukar attribut dengan menaip attrib autorun.inf -s -h -r(kalau tak silap) dan tekan enter dan kemudian masukkan kata arahan delete autorun.inf.

Membaca arahan The CMD Expert saja sudah membuatkan mata aku mengecil dan nafas aku menjadi perlahan dan tanpa aku sedari tangan kiri aku dengan perlahan menggapai bantal yang terdekat untuk disorongkan ke kepala. 

Dan seperkara lagi, aku ketinggalan banyak siri Scrubs, House dan Grey's Anatomy berikutan ketiadaan apparatus muat turun yakni komputer aku yang duduk bercendawan dekat tempat repair komputer hampir 4 bulan. Aku sedang muat turun semua episod yang aku missing out dan aku takkan sesekali reboot sebab setiap saat bagi aku equivalent dengan 200 kBps. Itu cukup berharga. Untuk aku.

Maka aku cari opsyen yang lain, yang lebih mudah dan the best part of it; tak memerlukan proses reboot. Aku memilih penggunaan perisian. Sebelum aku klik dekat pautan yang diberikan enjin carian Google, aku terfikir dan teringat tentang 1 perisian yang sebelum ini aku gunakan untuk buang virus komputer. Ianya efektif dan comes with list of serial numbers. 

Faham-faham sajalah jika kamu muat turun perisian yang nampak macam bagus, kamu hanya diberikan versi trial yang di mana kamu boleh pakai dalam masa 14 ke 30 hari, ikut kemurahan hati tukang buat perisian tersebut. Ada pula yang lebih pukimak dengan menjanjikan perisian percuma dan lepas proses imbasan dibuat dan virus dikenalpasti, virus tersebut hanya boleh dibuang dengan membeli product key. Bukankah itu satu besar sial?

Tune-Up Utilites dengan aplikasi Tune-Up Shredder. Shredder machine semua orang tahu bukan? Masuk sehelai kertas putih dan 5 saat lepas tu kamu akan dapat buat pubic hair yang beruban dengan mengeronyokkan the by product.

There. Jika kamu menghadapi masalah yang serupa, ingat beberapa perkara ini:

1. Jangan pakai komputer orang lain.
2. Jangan cucuk peranti luar milik orang lain ke komputer kamu.
3. Jangan cucuk peranti luar milik kamu pe komputer orang lain.
4. Kalau tak mampu pakai komputer jangan pinjam komputer orang lain, pakai mesin taip.
5. Google bukan epitome penyelesai masalah.
6. Benda-benda yang aku syorkan semuanya berguna.
7. Aku nak kencing, sejuk sebab hujan tak berhenti dari pagi tadi.
8. Aku masih lagi tahan kencing sebab abang ipar aku tengah mandi.
9. Majulah kod sumber terbuka untuk nerds all over the globe.

Jumaat, Mac 06, 2009

Tata Titan.

Kematian mudah. Pergi dengan senang. Tiada pergelutan antara Death dan roh tuan punya badan. Sempat mengucap. Apa lagi ye. Aha, cuaca cerah, mendung, tak panas, the whole shebangs.

Kalau orang baik-baik itulah antara cara mereka meninggal dunia. 

Bapa kepada seorang teman rapat aku telah laid to rest pagi tadi. Dari apa yang aku dengar dari sumber yang dipercayai-isteri arwah-yang bersama dengan arwah hinggalah ke akhir hayat beliau, sahihlah arwah pergi dengan mudah.

Sempat dia take the last stock of his life-hisap rokok, ambil tahu perkembangan semasa-baca surat khabar dan next thing you know, he's gone.

Aku jarang menghabiskan masa dengan orang tua kawan-kawan aku tapi yang 1 ini aku jadikan pengecualian sebab jasa dia paling besar dalam hidup aku. Dari aku habiskan masa seminggu merengkok dalam lokap, aku kembali menjamah the real food dalam masa 2 hari. Arwah bukan polis.

Dari tak boleh dijamin hinggalah boleh dijamin hinggalah kena hambat dengan batang paip dengan orang tua masing-masing. Ada 8 orang kot sama-sama tidur berselimutkan seluar dalam dengan berkongsi kesalahan yang sama.

Itu baru 1, dia ajar aku banyak benda dengan hanya memudahkan urusan jaminan. 

Pertama, kebebasan.

Barulah aku tahu macam mana perit hidup dalam sangkar. Makan macam sial, tidur macam sial, hidup seharian habis kalau tak termenung, melanguk. Berbual sikit nak gembira-gembira kena hamun. Nak buang air pun ahhh...

Kedua, ibu bapa tetap akan terima hakikat bahawa seberapa jahanamnya anak mereka, mereka takkan sesekali memadamkan ikatan anak-beranak. Takkan. Dalam kes-kes tertentu memang adalah tapi jarang jadi maka, shut the fuck up.

Damn, aku memang nak sambung taip tapi aku dah nak bersiap pergi rumah arwah. Aku tahu aku bakal main peranan penting kejap lagi. Paling kurang jadi runner beli sampul angpow, paling hebat menjadi 'that guy', 'that-sensitive yet has mountain-like inner strength-guy'. Bagus untuk profile memandangkan banyak orang-orang kenamaan bakal hadir.

Tata Titan.


Khamis, Mac 05, 2009

Komputer Awang Pulang ke Awang Sebab Dah Siap Dibaikpulih.

Untuk menjawab soalan beberapa teman, tak. Aku tak sampai tahap ni lagi apatah lagi ini.

Give it a break. Aku baru 5 bulan berjinak-jinak dengan pembinaan badan. Tanpa trainer, tanpa latihan khusus, main besi kejap dah pancit, main setengah jam berbualnya 2 jam setengah, orang makan susu protein aku pun makan susu protein, orang habiskan sebotol gedang dalam masa 2 minggu aku 2 bulan baru habis sebab nak berjimat punya pasal, dan segala alasan yang dikira munasabah kenapa aku malas nak usik komputer dalam aku diam bagi tempoh yang agak lama.

Tho', I gotta say aku dah sayang pada diri sendiri. Dulu musuh nombor 1 aku adalah cermin. Pantang nampak cermin mesti aku kahakkan kalau situasi tak membenarkan aku baling objek yang keras pada cermin tersebut. Aku taknak tengok refleksi aku, cukup meluat. 

Begitu juga sekarang, cermin masih lagi menjadi nemesis. Benci aku pada cermin tak lagi berpaksi kepada betapa gampangnya bentuk tubuh aku tapi aku taknak rasa puas dengan apa yang telah aku capai.

Otot aku koyak, tulang bahu aku dislocated, urat went haywire memanjang, kaki aku paling banyak darah beku sebab kena hempap besi--butterfingers, jalan aku mengengkang, badan aku cepat berpeluh, pantang kena cuit penumbuk dikepal-sebab aku nak jadi model iklan seluar dalam punya pasal.

You know, dekat kotak men's brief kan ada model tayang badan lepas tu balls tersembul dan muka tak nampak. Itu yang aku nak. Bentuk badan maksud aku, bukan karier sebagai model telur tersembul.

6 bulan yang pertama adalah fasa kritikal bagi orang yang tidur malam bermimpikan tubuh badan yang empuk, pejal, garing dan 1001 macam istilah lagi. Aku dah menghampiri bulan ke-6. 6 bulan inilah yang menentukan samada apa yang aku tertunggang terbalik berbaloi untuk diteruskan atau berhenti dan menjadi kebanyakan lelaki Melayu atau melabur sikit dan jumpa pakar. Ya, it takes a lot of stones untuk aku menaip ayat sebelum tapi itu hakikat bukan?

Tangan aku dah kebas, cepat kebas, menaip entri ini hanya dengan 1 motif: pergi tengok cermin.

Saksikanlah apa yang disebut orang, the most disgusting figure in the history of mankind yang dizahirkan dalam bentuk orang yakni kamu. Itulah motivasi aku selama 5 bulan ni. Dah nak putus urat kentut pun aku masih pulun sebab setiap kali anak mata ini terkilas pada cermin, apa yang terpapar adalah imej seorang berbadan gempal yang saban hari masanya dihabiskan atas katil sebab nak bangun pun tak boleh.

Dah, pergi cari cermin dan berdirilah kamu tanpa seurat benang, jangan jadi bebal, tutuplah apa yang patut dan cerca mercalah insan di dalam cermin itu dan start running.