Rabu, Mei 28, 2008

Kerana aku juga kepingin hi-tea bersama tokoh-tokoh numerikal

Setelah aku habis menonton filem The Oxford Murders yang dibintangi oleh Elijah Wood dan pelakon English yang lain, keinginan aku untuk mendalami ilmu matematik mula menguntum.

Aku capai kalkulator saintifik di atas meja dan mula membuat teorem aku sendiri. Dengan permulaan kosong untuk membuktikan kosong adalah permulaan kepada segala benda dan berakhir semua dengan kosong, aku dengan bangganya mempersembahkan jalan pengiraan kepada Teori Kitaran Kosong.

Formulanya adalah seperti berikut:

0 = 0

Gila genius aku.

Kosong adalah angka seksi. Integer yang misterius. I even get a boner just to think of it. Simbol kepada... aha.

Beri apa sahaja nombor, tak kiralah positif, negatif, integer, nyata, Fibonacci dan bahagikannya dengan kosong, apa yang kamu dapat? Math Error betul?

Kalkulator kamu cap ayam. Kalkulator aku tulis 'Infinite outcome. Press 1 to proceed. Press 2 to mess up with the circuit inside. Press 0 for more options.'

Tak percaya? Lantak kamulah.

Hari ini adalah hari Marathon Filem Berasaskan Nombor dan Simbol aku. Dari aku celik sampailah sekarang, adalah dekat 15 macam tu filem-filem yang menguji kesabaran dan logik akal yang aku tonton.

Aku perlu sedikit masa untuk menstabilkan pemikiran secara normal. Sekarang semua benda depan mata aku adalah nombor.

Makan ikan goreng yang baru keluar dari kuali aku nampak Einer Hille dan Kosaku Yosida main lat tali lat tali tamplong dekat meja makan sebelah. Tengok matahari nampak Friedrich Hultsch tengah baca surat khabar. Kamu faham kan?

Gusar jika terlampau terbawa-bawa dan dibayangi nombor, aku akan berkesudahan seperti Walter Sparrow dalam filem The Number 23, detektif-pusing-kulprit.

Taknak aku jadi psikotik cakap sorang-sorang.

Baik.

Aku mahu solitude sementara. Kembalikan semangat yang dibawa pergi oleh mendiang Johann Carl Friedrich Gauss.