Malam.
Aku benci malam. Seperkara tentang malam buat darah aku macam air yang dimasak dalam cerek karan cap Panasonic yang aku tukar dengan mata ganjaran Real Rewards adalah aku tak pernah dapat meluangkan masa berseorangan.
Aku perlukan solitude. Banyak nista aku buat selama ini memerlukan aku duduk di celah-celah sudut bilik berkeluasan 30x30 kaki siap berjacuzi di bahagian balkoni, memikirkan buruk dan baik aku terus digelimpangi sekulariti yang saban hari menjauhkan aku 'itu'.
'Itu' sikit hari lagi aku cerita. Mungkin tak sempat cerita ekoran malam ni malam terakhir aku dapat menikmati kemudahan internet, besok Ananimus nak potong. Aku selalu tengok filem porno Asian atas talian.
Balik-balik ini je yang dia teriak 24 jam jika tengok tangan kanan aku dalam seluar dan kepala aku seinci pun tak bergancak memandang skrin komputer yang berukuran 32 inci. Oh, aku terus cucuk dekat tv plasma milik Ananimus; lebih keluasan maka lebihlah kepuasan.
2 bulan aku jadi pandai macam-macam. Serba-serbi aku tahu. Dulu bawa basikal pun asyik jatuh, sekarang aku berdesut pergi sana-sini naik kereta mewah dua pintu lagi. Dulu nak buka TV pun tak reti sekarang dengan senang lenang aku menggodam komputer orang dengan mereka Trojan Backdoor versi aku sendiri. Persiapan awal sebelum segala apa yang ditanggung Ananimus dipotong begitu sahaja. Dulu aku kampung sekarang aku urban.
Dan rambut aku calit dengan karat. Entah, aku main rembat krim pewarna rambut dalam bilik air Ananimus yang di mana bathtub-nya diperbuat dari emas. Tipu je, seramik jelah. Kau ingat minah sorang tu cop duit?
Persiapan awal. Jika kamu tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku antara aku dan Ananimus, jawapannya adalah 'itu'.
Tidak sekali pun aku rasa bangga dengan apa yang aku ada. Gembira adalah dalam sekelumit macam tu. Syukur? Silap hari bulan aku kena panah petir.
'Itu' yang aku cari, tujuan aku ke kota kerana 'itu'. Jangan salah faham, ia bukannya vagina ataupun payudara apatah lagi fetish terhadap pakaian dalam wanita.
'Itu' itu tidak dapat dicapai, tak boleh dibeli dengan duit, tak boleh di-swap dengan kad kredit, tak boleh di-barter dengan sebiji Brabus. 'Itu' datang secara semulajadi melalui beberapa proses kemanusiaan.
Baik. Aku permudahkan cerita. Aku tak bahagia. 'Itu' adalah kebahagiaan. Mesti kamu ingat aku orang yang tak tau dibawa dek untung.
Silap.
Betul setiap malam aku akan mengenakan pakaian-pakaian pelik nan eksotik untuk foreplay. Benar aku ke kedai runcit jauhnya 1 blok dengan menaiki Mata Belalang siap ada driver. Itu hanya kemewahan yang cuba menutupkan mata aku dengan fizikal Ananimus.
Dia tua 2.5 kali ganda dari aku. Setiap kali di ranjang walaupun aku umpama kancil dihimpit keliaran gajah naik minyak.
Bahagiakah aku jika semua yang aku dapat adalah dari hasil aku berjima' dengan Princess Fiona versi Ogre?
Herm... Jika diikutkan, kisah aku sama dengan Shrek, makhluk hodoh berwarna hijau yang bepekerti mulia. Sedikit kecelaruan konsep antara Princess Fiona dengan Ananimus namun takkan kamu tak faham konsep kut? Anak raja. Harta rakyat harta dia, harta dia harta dia. Begitulah lebih kurang.
Aku tak bahagia. Aku kacak dan kini aku lebih bergaya dari Naib Ketua Pemuda Persatuan Keris Malaya. Aku patut menerima Princess Fiona versi asal. Itu kalau dunia animasi, jika realiti aku mahukan orang yang cocok dengan paras rupa aku yang menawan ni.
Siapa yang nak pikul tugas tersebut? Jangan risau, jangan cemas ingin minta nombor telefon atau e-mel aku. Dah ada yang berkenan di hati. Dan bukan seorang tetapi adalah dalam 743 orang macam tu yang tergoda dengan raut wajah aku. Ingin aku berterima kasih kepada 2 aplikasi ini yakni Yahoo! Messenger dan juga Facebook.
Mengikut statistik, 85% daripada mereka berharta. Ini memperkuatkan lagi hasrat aku untuk pergi jauh dari cengkaman nafsu Ananimus. Tak larat aku.
Dan ini merupakan catatan terakhir untuk kamu semua. Mungkin besok mungkin lusa mungkin tulat mungkin lagi 10 bulan aku berkongsi cerita dengan kamu. Internet kena potong, bukan sebab tak bayar bil tetapi sebab cemburu.
Nasihat aku kepada wanita-wanita semua, jangan pandang daripada rupa. Rupa yang baik tak semesti hatinya baik. Tengok aku, dalam diam aku menorobos banyak vagina secara virtual sedang Ananimus yakin bahawa aku setia berkhidmat untuk dia.
Jagalah kau Ananimus, malam ni aku curi-curi keluar dan lepas tu aku keluarkan kesemua wang kau dari 17 akaun bank yang kau ada. Lepas la duit rokok dengan wain aku 3 bulan.
Jangan bagitahu dia ek. Mampus aku kalau kantoi.
Dah, aku nak pergi spa. Tak jauh, dekat laman belakang rumah Ananimus je.