Isnin, Mei 26, 2008

Ya ya ya. Urusan besar!

Burukkan jika translasi literal dibuat?

Tajuk di atas bukanlah sumber inspirasi untuk aku menaip malam ini. Sumber inspirasi aku pada malam ini adalah bau kencing kuda sesat dekat pokok apa entah yang Ibu tanam.

Kebiasaannya jika seseorang itu kembang kuncup dengan kejayaan yang diperoleh, mereka akan menjadi menjengkelkan.

Contoh.

'Beb, wa baru lepas stim dam. Sepuluh dapur beb. Caya tak caya la peparu gua kan.'

'Ya ya ya. Urusan besar!'

Dan disebabkan bunyinya yang sedikit tak kena, ayat balas kebiasaannya berbunyi lebih kasar, lebih kurang sopan dan adakalanya menyentuh isu kekeluargaan, sensiviti keagamaan dan perkauman.

Aku ambil contoh ayat balas yang selalu aku dengar.

'Pergi mampus sama kau!'

Baik lelaki baik perempuan. Tak pedulilah anak sultan ke anak pemandu bas domestik ke, semua mesti menjadikan ayat di atas sebagai esen dalam citra kehidupan. Kulit kamu warna putih, hitam, kuning langsat, jingga(untuk kes mereka yang makan karot dan tomato sahaja), turquoise(untuk kes mereka yang lemas dalam air) dan pelbagai variasi warna kulit yang lain, tetap akan ada 1 persamaan yakni ayat balas kepada penyataan yang menjengkelkan.

Itu kamu, aku pula memilih untuk keluar dari tipikaliti vulgar. Aku kurangkan volume kasar dengan menggunakan ayat ini:

'Eloklah tu.'

Lebih ringkas. Lebih sopan. Lebih memelihara persahabatan, perhubungan tak kiralah seksual mahupun aseksual. Lebih menjamin kepercayaan.

Cara penyebutan 'Eloklah tu' memerlukan intonasi yang betul. Sedikit kocak boleh membawa maksud yang lain. Jangan sebut dengan cepat. Jangan sebut dalam satu nada. Mainkan tona bunyi dan alunkan dengan teratur.

'E' biarkan satu atau dua harkat. Diikuti 'lok' dengat 5 harkat; tak lebih, tak kurang. 'Tu' pula separuh harkat.

Payah betul nak terangkan guna teks. Tapi kamu mesti dapat ideanya betul?

Bagus. Minum Enfagrow ke apa masa kecil dulu? I love boob juice. Word.

Jadi, untuk menjadi warga Malaya yang sopan dan beretika silalah ganti ayat 'pergi mampus sama kau' dengan 'eloklah tu' yang disebut dengan gaya yang betul bagi setiap penyataan menyakitkan hati yang diajukan.

Inilah budaya 'yes man'.

Siapa ek?