Semasa aku terpele'ot tempoh hari, luka-luka superfisial meliputi hampir keseluruhan bahagian lutut kiri dan ke bawah.
Dan dari superfisial maksud aku tak ada apa-apalah. Jentera bermotor Abah jika seimbas pandang penunggangnya jika tak ditahan Unit Rawatan Kecemasan pasti sedang ditalkin dan disoal dalam liang lahad.
Mujur aku selamat. Dan yang penting jari-jemari ini selamat dan muka aku pun selamat. Susah nak cari makan jika ianya rompong dan bersalut kuping.
Itu Khamis lepas.
Semalam, sekitar jam 8 malam, sekali lagi aku ke hospital kerana masalah kesesakan nafas. Dalam kepala aku bermain-main montaj yang menggabungkan siri-siri medikal lantas menjadikan ia medley. Dada kanan aku sakit.
Bersama-sama aku berbaringan di atas katil dalam wad kecemasan adalah seorang bayi berusia 9 bulan, seorang budak lelaki berusia 6 tahun dan staf-staf syif malam beserta seorang doktor on-call.
Di kaunter pendaftaran...Aku tak ingat siapa tapi semuanya kelihatan risau. Ada yang berteleku, ada yang mengesat air mata dan tidak kurang juga mereka yang berdoa.
Terima kasih jika dalam doa kamu itu terselit klausa 'budak jaket hijau berseluar pendek selingsing atas lutut sebelah kiri dan rambut macam semak belakang rumah'.
Seketika aku dalam wad aku pelajari banyak benda. Dan dalam banyak-banyak benda, hanya 1 yang betul-betul signifikan untuk kita semua.
Jangan dipersoal klise berkenaan jabatan gomen.
Doktor mengambil masa sejam untuk membuat keputusan samada patut atau tidak menghantar bayi tersebut ke Hospital Besar. Bayi itu dah kebiru-biruan. Diagnosis aku, budak itu ada masalah jantung. Kata doktor, 'We leave this case to the specialist. I'm not the baby type. Hok tuih!'
*2 ayat terakhir ditambah untuk menyedapkan cerita.
Tiba giliran aku untuk diperiksa, budak 6 tahun tersebut mula melalak tak tentu pasal. 'SAKIT! SAKIT! SAKIT!'
Aku pun sakit juga. Dan jika diizinkan dari segi umur, aku juga ingin melalak sedemikian rupa namun ego aku sebagai lelaki dan pra-dewasa menghindarkan aku dari dicemuh kakitangan hospital. Budak tu perut dia keras. Diagnosis aku, perut kembung. Angin banyak. Terlalu banyak aiskrim, terlalu banyak masak lemak cili api, terlalu banyak minuman berkarbonat dan terlalu minimum pengambilan air masak.
Doktor cakap, 'Bagi dia makan pil ni.'
Pil tersebut warna hitam. Seperti yang aku jangkakan, pil tersebut berasaskan arang. Alkali. Meneutralkan asid dalam perut. Tindak balas kimia untuk meleraikan gas dalam perut memerlukan benda yang lain, benda yang aku tak tahu. Benda yang doktor itu pun tak tahu. Aku selalu ambil pil hitam tersebut jika aku cirit birit dan nyata ia mustajab untuk menyembuhkan gelodak makanan yang terurai dalam kelajuan Mach.
Setengah jam berlalu. Aku masih lagi mengurut dada. Budak itu masih lagi minta ibu dia sate dalam nada yang sayu dan menjengkelkan. Kaedahnya suntik ubat penahan sakit, terus diam.
Tiba giliran aku.
Oh. 5 minit sebelum budak itu balik, aku sudah pun menyarung selipar buat kali yang keenam namun ditahan oleh atendan setiap kali aku menghampiri pintu keluar.
'Sabar nak. Doktor sorang je malam ni.'
Jika dalam genggaman aku ada pasir, dah lama aku tabur pada muka dia dan lari ke kereta. Malangnya dalam tangan aku ada sebatang Sampoerna hijau dan itu rokok yang terakhir aku ada.
Tekanan darah diambil. Ritma normal. Ujian tarik dan lepas nafas sambil stetoskop dilekap pada bahagian tertentu dada aku juga normal. EKG, juga normal.
'What is going on?'
'My right chest, damn it hurt like hell. I think it's a side effect from my accident recently.'
'Emm..Pakcik Ghani, give him shot, stab on his right bottom cheek.'
Katanya otot dada aku terlalu tegang. Aku tidur tanpa seurat benang. Aku punya sebab kenapa begitu harmoni keadaan aku ketika tidur. Aku mahu luka aku kering cepat tanpa perlu letak sebarang bahan kimia. Angin memainkan peranan penting.
'Tak sakit ke?' Tanya Pakcik Ghani sesudah dia mengeluarkan jarum dari punggung kanan aku.
'Tak. Dah biasa kena suntik...' Belum sempat aku habiskan ayat, Pakcik Ghani terus menyampuk.
'Astaghfirullahalazim....' Dan aku pantas mencantas sebelum orang tua itu bacakan aku Yasin.
'Chill. Saya ada cosmetic surgery. Tengok lengan kiri.' Kata aku sambil menayangkan tatu yang dihina masyarakat.
Pakcik Ghani orangnya penyabar. Berketayap, bibirnya sentiasa basah dengan zikir dan semua sifat stereotaip orang-orang berketayap.
Tidak sekalipun aku cakap dengan dia dengan rasa hormat. Aku cuba hormat sedaya yang boleh, tapi kesakitan aku menukarkan nada normal (hormat) kepada nota tinggi dan sedikit kasar. Terpacul sial, babi dan celaka acap kali.
Seperti yang aku cakap, stereotaip orang berketayap. Disambut semuanya dengan senyuman walaupun dalam hati berkepul-kepul kebencian.
Doktor dah lama pergi rawat orang lain atau dalam erti kata lain berbual dengan makcik-makcik yang dari awal sibuk mengesat hingus dan air mata. Dia hanya bagi arahan kepada jururawat dan pegawai perubatan. Habis mengarah, sambung berceloteh.
'Ni painkiller. Ambil 2 biji 3 kali sehari. Krim ni sapu kalau sakit.'
'Vicodin ada?' Jolok aku sambil terbayangkan House yang OD ubat tersebut.
'Takdak. Itu kalau nak kena ada surat doktor then pergi farmasi.'
'Damn.' Bisik aku lantas kembali kepada nada biasa. 'Takpelah. Ok, saya balik dulu.'
Terkebil-kebil Pakcik Ghani, doktor dan kakitangan hospital. Mereka tunggu 2 perkataan azimat yang menjadi permata berharga setiap kali tugas mereka dilaksanakan.
'What did they want? A kiss?'
'Terima kasih la mangkuk!'
5 minit selepas aku keluar dari hospital, aku membuang masa dengan menyalin dan menonton porno secara beregu di rumah kawan aku. Mujur aku bawa bersama cakera keras mudah-alih.
Pakcik Ghani itu pseudonym. Nama betul dia Cico Harahap Sarip juga aku tipu untuk melindungi privasi dia sebagai petugas gomen.