Khamis, Mei 15, 2008

Un-Jawi 2

Kebetulan ketika mendapatkan rawatan di hospital, aku bertembung dengan Un-Jawi 2. Impresi pertama, aku gelak.

'Muka kau macam sial.'

'Kenapa? Kau pun sama mehh.'

Un-Jawi 2 membela misai manakala aku pula berambut umpama rumpunan serai(occasionally).

Un-Jawi 2 mengusung ibunya. Juga benda yang pelik kerana seingat aku dia paling benci dengan ibunya. Pernah 2 bulan tinggal di pusat snuker kerana berselisih faham.

'Kau dah nak mampus ke? Kau punya dying wish ke?'

'Mulut jaga la cibai. Aku orang baru la. Sudah bikin teladan simpadan apa lanciau.'

Hajat aku mahu pulang terbantut. Duduk bersama Un-Jawi 2 menemani beliau menunggu ibunya diperiksa dan diberi rawatan.

'Apa sakit you panya ma?'

'Biasa la orang tua meh. Itu saja boring duduk rumah, mau pigi shopping badan tada kuat. Sini jugala kasi itu jalan-jalan.'

Betul juga apa Un-Jawi 2 cakap. Tapi kontradiktif dengan prinsip yang dia pegang 6 tahun lepas.

Dulu, 'Wa punya ma slalu bikin wa panas. Itu luma suda slupa oven. Kasi keluar itu luma tinggal sini lagi baik!'

Sejurus selepas aku menziarahi dia yang sedang mabuk bersama tahi judi lucky ball yang lain. Benar dia punya skil dalam perjudian, tapi sampai bila dia mahu hidup dalam lingkaran tak sihat. Ibunya di rumah, walaupun serba serbi lengkap tidak pasti senang duduk dengan kehilangan anak lelaki terakhirnya.

2 bulan, masa pergi sekolah dia pergi. Masa belajar dia belajar. Masa nak balik dia ada lagi belajar. Petang sikit lesap, tempat biasa, buat benda biasa. Berjudi sampai pagi. Boleh dia hidup 2 bulan dengan hasil judi. Hebat.

Ibunya bukan tidak prihatin. Hari-hari dia datang ke sekolah mahu memujuk Un-Jawi 2 pulang. Namun egonya sebagai lelaki susah nak dijinakkan. Dia memilih untuk diam seribu bahasa dan mengharapkan ibunya pulang tanpa diherdik.

Punca perkelahian adalah ibu Un-Jawi 2 enggan menerima teman wanita beliau. Teman wanitanya tua 5 tahun, sekolah tak habis dan bekerja di pub murah. Macam mana dia kenal dengan perempuan tu, biarlah aku, Un-Jawi 1 dan 2, dan Maha Mengetahui sahaja tahu.

Keluarga Un-Jawi 2 bukan calang-calang. Bapanya ahli perniagaan yang disegani ramai. Ibunya pula aktivis sosial yang giat dalam usaha meningkatkan taraf hidup borjuis kelas bawah dan pertengahan. Keluarga ada nama, kenalah dijaga baik.

'You're a fucking nila back in time.'

'Nila?'

'Nila dengan susu punya ceritalah.'

'Uncanny.'

2 bulan. Epifani major adalah dia hilang tuah. Segala wang kemenangannya menyusut perlahan hingga kontang pada minggu yang terakhir. Hari terakhir sebelum dia buat keputusan untuk pulang ke rumah, aku bawa dia pergi makan kueh udang. Murah.

'Masuk ni dah dekat 20 kali aku bayar kau punya makan.'

'Aku taulah. Nanti aku bayar kau punya makan dekat sekolah.'

Tak habis pun makanan, Un-Jawi 2 bergegas lesap entah ke mana. Aku lukakan perasaan dia ke? Entah. Dia lelaki, emosi tidak patut bergolak dengan sindiran sinis. Kerat telur kasi anjing makan la itu macam.

Aku pulang dengan bermacam persoalan.

Keesokan harinya. Di sekolah.

'Mari. Kita panjat pagar makan ayam goreng orang tua bulu putih.'

'KFC? Kau pecah rumah siapa semalam?'

'Kasi panjat dulu, nanti cerita.'

Menyusuri belakang sekolah yang menjadi sarang kepada segala jenis parasit yang ada di muka bumi.

'Jangan cakap kau dah balik rumah.'

'Kau dah cakap, aku tak payah cakap.'

Aku dibelakang menguntum senyuman. Singgah di rumah teman wanitanya, naik kereta pergi ke pekan. Persalinan street wear sentiasa ada, walau di mana jua kami berada. Mangsa kali ini adalah adik teman wanita Un-Jawi 2.

'Mak kau tak cakap apa-apa ke?'

'Aku balik rumah sudah cukup. Dia mau cakap apa, lantaklah. Aku sama aku punya girlfriend sampai mati mau join.'

6 tahun yang lepas.

Beberapa jam yang lepas.

'Mana Yin Yin?'

'Dia sudah lari sama itu bapak ayam.'

'Loh. Kau ok tak?

'Sudah 3 tahun la. Aku sudah ada girlfriend baru. Mak aku yang pilih.'

'Kasi tengok satuuu.'

Un-Jawi mengeluarkan i-Phonenya. Aku telan air liur. 2 sebab. Telefon dia dan teman wanitanya.

'Kasi aku lapaaannn!'

'Cibai. Lu suruh lu punya ama cari la.'

'Tak kuasa aku.'

Ibu Un-Jawi keluar dari bilik rawatan. Perbualan terhenti setakat itu. Masing-masing menuju ke kenderaan.

'Lagi 6 tahun,' bisik aku. 'Aku nak tengok anak dia ada 2 bas.'