Selasa, Mei 13, 2008

Dilema profesi berkenaan nombor 1, congak, hitung, hisab. Nostradamus sudah mampus.

Nombor 1. Puncak. Aksiom. Altimet. Atas kepada yang atas.

Takut juga mengenangkan nasib di kemudian hari. Orang yang bakal menerajui tampuk pemerintahan datang dari golongan yang bermasalah.

Masalahnya jika hendak diceritakan di sini maka hingarlah persekitaran Pekan Kacau yang kini telah pun diharmonikan oleh juara pentas realiti kepimpinan baru-baru ini.

Aku telah berada di sana. Sama, 2 hari tapi atas kesalahan yang lain dan jika nak dibandingkan kesalahan aku hanya sekelumit. Masih lagi juvenile. Kesalahan kerana menjadi naif. Dan dia, berada di sana atas nama rakyat. Cukup matang dan dewasa. Wow.

Bahaya juga jika salah jolok. Dijoloknya sarang lebah, madu diperoleh. Tiada sakit, tiada konsekuensi. Jika disangka yang dijolok itu nangka lebam walhal ianya sarang tebuan, duduklah di hospital buat sekian waktu atau lebih teruk lagi, sebelum sampai ke hospital kamu sudahpun flat line.

Tak mengapa kalau tak faham benda di atas.

Lebah itu menggambarkan sesuatu yang kita dapat jangkakan manakala tebuan adalah worst case scenario. Jika ia lebah, maka kita semestinya sudah bersedia terlebih dahulu. Sarang tebuan pula disangka nangka lebam, sesuka hati jolok tanpa memikirkan kemungkinan yang lain.

Masih tak faham?

Penulisan politikal. Satu cabang penulisan yang kritikal. Sentiasa ada kemas kini. Sentiasa sejajar dengan perkembangan semasa.

Disebabkan berita politik bergerak dengan kelajuan wap, sudah tentu ada fatal sepanjang penulisan. Typos tolak tepi, kecik punya hal la itu kichi. Maksudnya di sini fatal dalam fakta. Samada terpesongnya fakta atau terlebih ekspos fakta.

Fakta terpesong datang dari khabar angin dan mungkin juga salah taksir informasi dan tidak mustahil tersalah translasi. Itu yang aku nampaklah.

Fakta yang terlebih ekspos, lebih-lebih lagi melibatkan mereka yang berprofail tinggi, lebih berbahaya daripada fakta terpesong. Ini kerana dalam sibuk menafikan, orang ramai dapat menghidu apa yang sebenarnya bergolak. Kau sibuk dengan 'Eh, taklah.' dan 'Bukan aku la tu.' waima 'Pandai-pandai je depa bikin cerita. Dah tak laku sangat ka paper depa?'.

Ambil bidalan sang Tupai. Sungguhpun raja rimba boleh diperkotak-katik serta makan tidur berak kencing di atas pokok, lambat laun samada pokok itu sudah tua dan rapuh atau hujan lebat menyebabkan kegelinciran mudah berlaku atau raja rimba sendiri panjat pokok tersebut. Lambat laun, jika tak tersembam ke tanah, ke tembolok raja rimba jugalah penamatnya.

Tupai itu dialah. Tak perlu didefinisikan siapa kerana kamu lebih bagus daripada itu. Tak perlu diberi pentunjuk untuk memecahkan cipher, itupun jika ia maha rumitlah.

Penulisan politik yang agak kabur kesahihannya itulah dia menjolok sarang lebah. Mereka selamat kerana mereka sedar outcome yang menanti. Kenapa? Kerana mereka inilah yang sering mengangkat sesetengah individu, walaupun ramai sudah tahu dia korup, melangit tingginya. Jalan selamat, poket jadi berat.

Kebiasaanya yang agak kabur itu ditempel dengan fakta yang dibuat-buat dan diiakan oleh semua kerana penempelan itu semuanya baik-baik belaka. Tiada calit, tiada burit. Dan itulah dia media arus perdana, apa benar istilah tersebut ujud tak tahu pula aku. Oh, wujud. Aku baru semak.

Syabas kerana usaha kamu menyelindung selama ini membuahkan hasil. Aku ditohmah keluarga aku sendiri kerana kamu, bajingan!

Dicerca orang lain bagi aku itu tak mengapa tapi jika famili sendiri berpandangan serong, itu satu benda yang berat. Tempat terakhir untuk bergantung kini berpaling tadah, mana aku nak berteduh?
Menjadi radikal pada usia yang muda tanpa sokongan keluarga atau pemahaman konsep radikal oleh keluarga itu sendiri adalah benda sial. Cuci otak mereka dengan apa? Tepu sudah disaji lembaran enak berita palsu.

Berkira-kira aku nak makan apa esok dan kemudian hari.