Berjaya juga aku mencium pintu Mommy's Den. 3 hari aku di ibu kota menjayakan beberapa aktiviti kekeluargaan menjadikan aku sedikit rindu kepada kedamaian hutan belantara skala kecil sebelah Mommy's Den.
Seisi keluarga aku sibuk menjayakan watak-watak dalam siri Pengembaraan Ahmad Aqil Anaqi : Hello World!
Ah, aku sudah jadi Paksu. Baru 48 jam.
Cucu pertama kepada kedua orang tua aku selepas 4 tahun penantian. Bukan nak kongsi kegembiraan, cuma berkongsi informasi.
Aku di-tag oleh Magenta. Dan baru sekarang aku rasa rajin nak turut serta dalam permainan Polis Sentri One Two Jaga versi maya ini.
Dan seperti biasa aku menjadi spoil of the moment. Seperti mana aku taip pada ruangan tajuk di atas, aku adalah pemusnah keseronokan, pemotong stim, Papa Bosan dan segala apa yang berkaitan dengan terma spoil of the moment.
Tulis panjang-panjang pun tak guna. Lets cut this crap and proceed with... What you called it... Aha, The Curse of Number Eight.
8 fakta
1. Aku sudah jadi bapa saudara. Saja ulang, ini juga fakta bukan?
2. Segala jenis rabun yang dikaji oleh optometrist ada pada aku. Apa boleh buat, tapi ramai juga yang cakap orang berkaca mata nampak seksi dan misterius. Entah apa-apa entah.
3. Obses dengan Blue Man Group. Dengar dulu, tengok dulu dan seterusnya mari berbahas dengan segala instrumen yang mereka gunakan semasa sesi persembahan secara langsung mahupun ketika sesi rakaman album mereka.
4. Obses dengan siri medikal walaupun satu hapah aku tak faham benda yang mereka cakap. Magenta mungkin manusia paling bertimbang rasa jika dia mahu berkongsi akaun Rapid Share yang juga beliau kongsi bersama kakaknya.
5. Aku ada seekor mengkarung yang dijadikan pet. Tak ada duit nak beli haiwan eksotik yang lain. Mengkarung yang diberi nama Arthur itu diperoleh dari jerat tupai yang aku pasang di pokok kelapa belakang rumah.
6. Aku akan dan telah beri nama kepada semua hak milik aku. Lampu meja, lampu tidur, kipas, router, botol champagne yang berisi segala jenis skru, stokin, tilam, ashtray, pencukur elektrik, you get the idea.
7. Aku ada sebilah lembing yang diwarisi dari Arwah Atok. Kini disimpan elok di atas peran rumah Nenek. Lembing itu digunakan untuk tujuan perhiasan buat tatapan kelawar-kelawar yang mendiami loteng tersebut. Lembing itu pernah mendiami bilik aku selama 3 hari dan setelah beberapa peristiwa berlaku, ada baiknya aku pulangkan ia semula di tempat asal.
8. Entah.
Cucuk punggung dia.
1. Kamu.
2. Kamu.
3. Kamu.
4. Kamu.
5. Kamu.
6. Kamu.
7. Kamu.
8. Entah. Kamu jelah.
Sumpahan sudah berakhir. Sejurus selepas ini, menyusul apokalips yang entah bila mahu kunjung tiba.