Rabu, Disember 24, 2008

Pwned!


Fear of sea serpents? 
Aku perlu menaiki bot sejauh berpuluh-puluh batu merentasi sarang makhluk-makhluk gigantum barulah aku dapat bertapa di situ.
___

Ketinggian ekstrim?
Check out the amount above sea level right there. 
___

Anak-anak kecil yang tiada pertalian dan tak pernah aku jumpa? 
Ingat senang aku nak pujuk Mya supaya dia boleh memberi pose istimewa untuk tatapan kamu semua? Siri percubaan untuk tangkap gambar dia mengambil masa yang panjang dari dia asyik mencebik bibir dan menjelir lidah hinggalah terpapar kecomelan luar biasa yang takkan ada pada orang yang dah seusia aku. Baik lelaki mahupun perempuan. Kot ada pun, itu kecomelan paksa, bukan yang lahir secara semulajadi.
___

Aku gemuk?
Not anymore. Gambar dirakam kala aku lift badan aku buat kali ke-20. Siap kaki dalam posisi bersila lagi. Kau ingat senang?
___

Batu meloncat-loncat atas permukaan air maksimum 5 kali?
Try min 15. Laksana pelontar bola lisut MLB. Ada pakcik nelayan ajar aku cara yang betul sebab dia datang dekat aku selepas lontaran gagal ke-10 yang mengakibatkan gadis-gadis melarikan diri sebab aku jerit penuh dramatik 'WHYYYYY!!!' dengan kedua-dua belah tangan diacungkan ke langit, the usual dramatic stuff.
___

Duit mengawal aku?

Aku bawa 200 ringgit dan aku pulang dengan 110 ringgit. 90 ringgit dalam masa 4 hari dengan macam-macam benda aku bawa balik. Makan macam esok tiada lagi, tidur mandi macam raja, segala expenses yang tak mungkin boleh dilangsaikan dengan hanya 90 ringgit. Maaf tiada sokongan visual kerana kamera bateri dah habis masa hari akhir aku di sana.

Di mana?

Entah.


Selasa, Disember 23, 2008

Berikan aku 5 bungkus mekanisme anti ketakutan.

Dalam poket aku ada ngam-ngam 200 ringgit tempoh hari. Khamis to be exact.

I go: what the hell am I supposed to do with this amount of money? Savings? Nahh..I'm too young for retirement plan.

Maka terlintas dalam benak kebenaran tentang duit boleh beli segalanya. Lalu aku cari apa kesesalan yang belum aku dapat tebus sepanjang 22 tahun aku berdiri atas muka bumi ni. Holy crap, banyak betul penyesalan yang tak bertebus. Gotta narrow it down.

Aku nak habiskan rezeki terpijak itu pada benda yang sampai mati akan memberi kesan dan sikit sebanyak boleh mengubah masa depan yang sedia terlakar. I know how does it ends for me, details by details. It's boring, I prophesied it.

One night, a dream came to me...Yawn! See? Boring as hell.

Aku penakut. That's a start. Aku tak takut pada benda-benda yang tak nampak. Entiti ghaib my ass. Rumah aku adjacent dengan kubur usang, beberapa pacak nisan milik mangsa zaman perang dan sebuah nisan sebesar van milik seekor gajah yang mati ditembak. Apa yang dah aku nampak dan rasai? Well, let's say aku ada makan asam keping dan garam banyak sikit dari kru-kru paranormal kaki penipu stesyen TV apa entah.

Takut kepada kegelapan dan segala isi di dalamnya baik yang boleh nampak mahupun tak boleh nampak yang dimana kehadiran mereka hanya boleh dikesan dengan deria keenam dan deria hidu yang tajam nak mampus keluar dari senarai ketakutan yang boleh dibeli.

Aku takut raksasa air. Sea serpent, lake monsters cos' they're real with big ass fangs and slimy exterior. Lagenda menyatakan banyak benda-benda bersaiz besar yang mendiami kawasan laut/tasik dalam di 1 kawasan peranginan di Malaysia.

Aku takut pada ketinggian. Gayat. Ketinggian ekstrim maksud aku. Paras ketinggian di mana the only way I could get there is that I pass out at the beginning of the journey dan sedar-sedar saja dah ada dekat puncak ketinggian ekstrim tersebut.

Ketakutan seterusnya: penerimaan anak-anak kecil asing terhadap aku. Guys that do well with kids, young strangers adalah permata dalam setiap mata wanita di luar sana. That and numerous wing-wangs in the bank account. Can't buy love without money these days, am I right? Dengan anak buah sendiri pun aku gagal apatah lagi dengan anak entah siapa.

Next will be ketakutan aku terhadap berat badan aku sendiri. Aku tak pernah cuba buat chin-up, satu bentuk senaman di mana kamu perlu grab a horizontal pole by both hands and try to uplift your body. I can't describe precisely using words, go Google it.

Apa lagi ya... Oh, ketakutan terhadap kegagalan melontar batu leper di permukaan air. Alah..yang meloncat-loncat tu. Banyak kali aku cuba, tak pernah jadi.

Dan akhir sekali, ketakutan terhadap benda tak bernyawa yang mempunyai some sort of control over me. Duit maksud aku. 

Dengan 200 ringgit dalam tangan, aku dapat beli semua tu. Tunggu datang stim aku nak taip kesinambungan kepada entri ini dan you'll get the idea. For now, I'm gonna lie down.

Selasa, Disember 16, 2008

Tolong berhenti.

Sejak jam 7 petang tadi, aku asyik buang air kecil. I was not counting but if someone told you this: 'is that toilet got some sort of nude wallpaper which you keep coming back once in every 5 minutes', itu bermakna aku kencing dalam amaun yang banyak.

Aku tak minum banyak air untuk hari ini sebab hari ini lembab dan sejuk membawa makna minum air dalam amaun yang banyak bukan punca kepada masalah kerap ke tandas aku. Itu saja yang aku dapat fikirkan. 

I went home. Tak selesa asyik ke tandas kedai makan. Bukan sebab kebersihan kerana aku adalah orang yang asalkan ada air, situlah aku pancut tapi aku naik rimas dengan populariti yang terhasil daripada kekerapan ke tandas. I got many nicknames and some of them are nasty ones dan aku taknak ada lagi yang menambah sebab aku nak orang kenal aku sebagai aku. Bukan sejenis watak yang diukir masyarakat.

Mak aku pula bising. Sebab aku kencing dalam sinki. Leceh pakai mangkuk tandas sebab nak acu dah 1 hal, nak cuci lagi 1 hal. Sinki adalah epitome kepada tempat kencing. If you haven't tried it, try it. It's fun to discover new thing. And once you get around it, there's no turning back. Sampai ke tualah kamu kencing dekat sinki. 

Feel disgusted? Get the fuck outta here or you can stay.

Aku perasan sesuatu yang pelik pada urin aku. Urin yang normal berwarna kuning tapi kali ini ianya sejernih air yang mengalir dari Banjaran Alps. No shit. Kenapa aku tak perasan masa awal-awal tadi, masa aku dekat luar tadi? Senang saja aku nak ke hospital sebab dalam kepala aku hanya bermain 1 benda sahaja.

Ya, itu. 

Badan aku juga sering keletihan kebelakangan ini. That's a sign, you think?

Dan mujur sebelum aku buat diagnosis aku sendiri dengan kelar kulit aku dengan pisau cukur, 1 panggilan telefon dari seorang teman masuk.

'How's them penis?'

'He'eh kau dah kenapa tanya pasal intan permata aku?'

'Ingat tak tadi masa kau minum kopi O kau tu?'

'Fo shizzle.'

'Pahit kan? Kau taknak letak gula kan?'

'Yah, fuck sugar by the way.'

'Itu barulah musuh dalam selimut.'

'Huh?'

Musuh dalam selimut. Satu keadaan di mana kamu rasa bebas dari sebarang ancaman sebab kamu berada dalam zon selesa dan kamu tak tahu keselesaan dan sense of belonging itu sebenarnya musuh nombor 1. Pepatah tersebut tepat digunakan malauan besar sial itu sebab he's the one who drugged me dan air kopi yang pahit yang aku paling suka itu juga menutup segala cela bendasing yang lain. 

Bukan dadah apa, benda boleh beli dekat farmasi. Dengan harga 10 sen sebiji, kamu akan dehidrasi dan seterusnya menurunkan berat badan dalam 3 ke 4 kg macam tu jika pil tersebut dikombokan dengan sedikit senaman. Pil itu dipanggil pil kencing. 

OK, gotta go.


Sabtu, Disember 13, 2008

Candu.


Selain daripada getah yang diekstrak daripada pokok popi, candu juga lebih mesra dikenali sebagai segala apa yang mempunyai bau tengik dan sungguhpun tengik, payah untuk kita berpisah dengannya, mengikut translasi masyarakat kita.

Apa yang biasa dicandukan? Bantal, gebar, tuala lap air liur, kain batik mak, seluar dalam(ini untuk mereka yang kronik, go see a doctor) dan segala bentuk fabrik yang bukan odor-free. Ada ke kain bebas bau? Tipulah. 

Aku bebas daripada sebarang bentuk canduan fabrik semasa kecil dan entri ini berkisar tentang keobsesan benda hidup terhadap bau yang terhasil daripada fabrik yang diperam segar.

Aku sebut benda hidup sebab tak semestinya manusia saja yang ketagihkan bau yang bagi orang lain perti menusuk hidung tapi bagimu ianya ibarat berada di ladang lavender. Kajian telah menunjukkan binatang juga mempunyai keobsesan yang sama terhadap benda yang mempunyai distinctive smell. Dan aku juga telah membuktikan teori tersebut semasa aku masih lagi seorang pothead. 

Asap dari pembakaran daun ganja sangat memedihkan mata dan berbau walauweh. Asap itu dieksperimenkan tanpa sengaja pada seekor kura-kura milik seorang teman yang tak siapa tahu dalam diam merangkak dan mendekati bong. Setiap kali kami berasap dia akan datang. Tak ajak pun, tahu-tahu dah terpacul buat muka tak bersalah depan bong. Sungguhpun dalam ruang tertutup masih ada lagi zon bebas asap dalam bilik tersebut tetapi dia degil. Jangan salahkan kami. We're just being young and hopeless.

Aku dah tak ada benda nak taip sebenarnya dan entri ini saja aku pos sebab aku nak berkongsi gambar yang kakak aku emailkan kelmarin. Ibu kepada 3 anak ini mempunyai tabiat yang serupa tapi berbeza dari beberapa aspek berbanding manusia.

Kecanduan terhadap fabrik, secara normal, akan datang kepada sesetengah individu pada waktu kecil. Ianya dijadikan 1 mekanisme untuk mengatasi ketakutan berseorangan kerana ibu bapa pada sebelah malam perlu berekreasi untuk menjaga keharmonian rumah tangga. Betul apa? Mereka akan bertelagah dalam semua benda tapi bila sampai ke katil jadilah kes "you jump I jump".

Kanak-kanak paling benci ditinggalkan berseorangan. Maka mereka akan berpaut pada benda yang mereka rasa boleh beri mereka satu keharmonian, self-defense mechanisme dari ancaman makhluk halus misalanya dan threats yang lain. Pada mulanya mereka peluk kuat-kuat dan lama-kelamaan tak boleh berenggang. Pada mulanya ia dijadikan perisai tapi lama-kelamaan dan campur bau tengik dalam equation maka jadilah "jangan basuh gebar adik!".

Tamatnya kecanduan pada manusia selepas mereka membesar dan mereka sedar how ridiculous they look asyik berkepit dengan candu mereka. Binatang pula dan dalam entri ini, kucing aku, ketagihan itu datang bilamana dia sudah besar dan sudah jadi ibu. 

My point is, kecanduan itu berkaitan dengan zaman kita kanak-kanak. Zaman di mana kita tak perlu runsing tentang apa-apa jua perkara. Kita hanya perlu tahu merengek dan merajuk jika hajat tak dipenuhi. Kita hanya tahu berseronok tanpa perlu fikirkan bil api air bulan ini nak bayar pakai apa. Tak perlu risau ansuran kereta sudah 3 bulan tak berbayar. Tak perlu risau jika bank telefon mengatakan notis merah akan dikeluarkan dalam masa 2 hari sebab tak bayar ansuran rumah.

Kita seronok pada masa itu tanpa perlu fikirkan beban dunia di atas bahu. Pentingnya kita kadang-kala let the kid inisde of us out and just being kid. Once we feel good enough, it's time to go back to all those treacherous responsibility.

Contohi Jiji, dia cari masa senggang dan jadi kitten for a while dengan menjadikan stokin sebagai vent. 

Pak Mamat ada kebun

iya iya-who gives a shit-yo.

Nobody-that's who.

Di bawah Rancangan Malaya Kedua yang dilaksanakan dari tahun 1961 hingga 1965, tertubuhnya satu institusi yang membantu pekebun dan petani yang di mana fokus kegiatan ekonomi pada masa itu lebih tertumpu kepada sumber alternatif ekoran kejatuhan harga pasaran dunia bagi getah dan bijih timah. Institusi membantu petani/pekebun/peladang tersebut adalah FAMA singkatan bagi why the fuck should I care.

Kenapa aku taip macam sial? Kerana aku marah.

Aku marah pada usahawan-usahawan tani yang baru nak bertapak yang sering mengeluh mereka tidak dibantu. Pinjaman yang dijanjikan dapat selepuk tapi dapat peringkat demi peringkat dan tarikh pengeluaran pinjaman tersebut sering ditunda.

Macam mana nak tanam jika tak ada duit? 

Jawapan: cari pekerjaan lain.

Di tempat aku setahun setengah yang lepas tumbuh melata petani muda yang mendokong objektif negara untuk memantapkan industri pertanian. Si Polan tanam pisang, si Polan 1 lagi tanam cili, si Polan yang lagi 1 tanam bendi dan seterusnya.

Setahun setengah yang lepas, pinjaman selepuk diberikan dan apa yang orang muda akan buat, heck, apa yang aku akan buat jika aku dapat duit selempap 50 grand? Beli baja? Beli benih?

Hell to the no!

Kalau aku, aku akan beli a new closet and fill that shit with some new shit. Mungkin perbelanjaan untuk pakaian memakan 1/10 dari jumlah pinjaman keseluruhan dan bakinya, adakah aku akan beli benda-benda yang sepatutnya aku beli untuk perusahaan ladang?

Sekali lagi, hell to the no!

Apa yang akan datang kepada kamu jika kamu flooded with dinero? Ya, perempuan. Baik tuan punya wang itu lelaki mahupun perempuan, yang akan datang dan menyedut setiap intipati masa depan kamu adalah perempuan. Nafsu mereka ada 9 kalau tak silap, salah 1 daripadanya ada kait mengait dengan material, kalau tak silap. 

Bukan semua. Alah, kamu golongan pembaca blog ini takkan mempunyai mata kudus lagi naif. Kamu boleh menapis personaliti seseorang itu by the first glance. Kamu sungguhpun umur baru nak cecah 20 tapi aku rasa sudah cukup matang dari segi mengkategorikan orang. Blame me all you want but deep inside you know, you're such a hypocrite judgmentalist(betul ke aku eja ni?).

Dan untuk itu sahaja aku rasa aku akan habiskan 2/5 dari baki pinjaman keseluruhan. 3/5 jika aku benar-benar terdesak untuk mencari teman. Semua benda boleh beli pakai duit sekarang, that includes nyawa. Insurans nyawa, jika kamu masih tak faham.

Datang pula seorang sahabat dari syarikat used-car atau showroom kereta-kereta baru. Kamu merenung jauh, mengenang jasa kereta kamu yang sedia ada dan kamu adamant dan berkeras hati mahu menggunakan kereta kamu hinggalah ke akhir hayat. Silap. Manusia yang paling persuasif adalah jurujual. Kamu mengelaklah sehabis yang boleh dan before you know it, 3/5 dari baki pinjaman itu telah dilaburkan sebagai duit muka kereta baru kamu.

Duit pinjaman yang tinggal adalah seto'et. Tanah yang diberikan pihak pertanian paling bangsat 5 ekar. Duit yang baki itu pula ngam-ngam untuk beli baja, benih, racun, the basics untuk diutilisasi pada tanah seluas setengah ekar saja. Kamu terdesak. Pihak pertanian mahu datang buat pemeriksaan lagi sebulan dan mereka pasti mahu melihat sesuatu. Sesuatu di sini membawa makna adalah tumbuh pucuk apa yang patut tumbuh selepas 2 bulan penanaman. Dan sesuatu di sini tidak termaktub pada tahap tumbesaran pokok semata-mata, sesuatu di sini juga membawa maksud 5 ekar tersebut jika dilihat dari jauh, sedampar permaidani hijau tanpa ada lumpur berpalit di atasnya.

Tanah kamu mesti penuh dengan benda yang kamu tanam, get it?

Sebulan. Masih ada masa untuk menebus kesilapan lalu. Maka bertandanglah ke rumah sanak saudara yang bertahun tak pernah nak jenguk dengan 1 harapan: nak pinjam duit.

Dapat tu dapatlah tapi tak seberapa. Cukup untuk menampung perbelanjaan menanam pokok untuk seekar sahaja. 3 setengah ekar lagi nak buat apa? Letak papan gelongsor buaian pelbagai dan letak papan tanda "Taman agro-rekreasi"?

I tell you what, nobody's buying that bullshit.

Setahun setengah berlalu. Sederet lagi orang muda yang dah tak tahu nak buat apa lagi mula menunjukkan minat selepas berbual kosong di kedai kopi selepas puas mengutuk mereka yang lupa diri lepas dapat pinjaman pertanian. Mantra kegemaran: 'Aku takkan jadi macam mereka.'

Maka berjumpalah mereka dengan pihak-pihak yang sepatutnya. Perjanjian dibuat, kontrak ditandatangan diikuti salaman orang kaya. Kamu tahu apa itu salam orang kaya? Mereka bersalam tapi masa dua tangan yang digenggam itu bersatu, akan ada goncangan kuat diikuti tawa kuat yang simbolize "aku kaya! Aku kaya!" secara subliminal.

Pinjaman dikeluarkan. Tidak lagi dikeluarkan dalam bentuk wang tunai semata-mata. Tidak lagi sedepuk atas meja. Tidak lagi selonggar peraturan dulu. Pegawai pertanian yang menguruskan projek pertanian setahun setengah yang lepas telah meracuni pemikiran junior mereka sekaligus menggubal peraturan sedia ada.

More inspections, less money-giving, more working your ass off.

Jika kamu nak menceburkan diri dalam bidang pertanian, silakan dan jangan rasa takut atau segan. Pulangannya lumayan, believe you me.

Tapi janganlah bersungut bila sampai masanya kamu berhadapan dengan masalah kapital. Salahkan mereka yang terdahulu yang mencabuli kepercayaan pihak berwajib. Kalau kamu jumpa mereka, ajukan ayat ini, 'look at what you've done' dan menyusul selepas itu sebuku penumbuk tepat di hempedu agar mereka akan lebih menyesal kerana wang telah dihabisgunakan hingga tiada wang lagi untuk menampung perbelanjaan bagi pembedahan appendectomy.

Khamis, Disember 11, 2008

Pengecualian? Apa benda tu?

Lelaki.

Bila 2 atau lebih daripada mereka berkumpul dan berbual, topik yang dibualkan takkan lari daripada isu semasa. Tempoh ketahanan perbualan isu semasa tersebut bergantung kepada pembacaan mereka. 

Petikan dialog berkenaan isu Bukit Antarabangsa.

'So how about it?'

'Huh wha?'

'The catastrophic landslide?'

'Oh that. Dude...skip that.'

'Ok. What else to be talked about?'

'I vote boobies!'

'Me too!'

'OK, boobs it is.'

Tak kiralah apa yang kamu bualkan, kesudahannya memang akan sampai ke situ juga: bicara intimasi. Sampai saja bahagian ini, yang dok tersengguk menahan ngantuk jadi sesegar atlit acara larian pecut 100 meter yang drugged up on steroids. Yang dok picit-picit telefon bimbit terus simpan telefon dalam poket. Yang tak tahu 1 hapah berkenaan intimasi cos the lack of personal experience terus jadi pakar atau jadi pengerusi majlis sebab mereka kurang dari segi pengalaman tapi kaya dalam pengamatan.

Boleh sampai ke pagi berbual pasal benda-benda "inner". Tak payah kopi tak payah apa saja minuman afrodisiak, Perkampungan Hadhari's by product, cukuplah bersandarkan kepada air suam secawan dua buat pembasah tekak. Ada saja nak dibualkan.

Well, itu situasi biasa jika sekumpulan lelaki berkumpul.

Apa akan jadi jika sekumpulan lelaki berkumpul dan terdapat seorang wanita terselit di celah-celah medan kelakian?

Apa topik yang akan dibualkan? 

Jawapannya: sama je.

Pada awal memanglah nampak macam konvensyen sains atau politik atau keagamaan and guys managed to relate from one thing to another and before you know it, big dicks, sloppy tits and whatnots akan mengisi 1 gap yang dipanggil "lack of educational knowledge". Gap tersebut adalah monotonous silent yang berpanjangan selepas salah seorang dari korum tersebut cuba tunjuk pandai dengan mengajukan soalan pengetahuan am yang di mana jawapannya ada dalam suratkhabar yang di mana suratkhabar itu sebenarnya digunakan sebagai segalanya except bahan bacaan atau rujukan.

Mana nak letak wanita tersebut? Dari air muka memang nampak sangat tak keruan. Dalam kepala bermain persoalan seperti 'diorang ingat aku ni jantan ke?' atau 'aku ni tak cukup menarik perhatian ke?' atau 'why the fuck am I doing here on the first place? Aku tahu memang akan ke sini juga perbualan mereka tapi kenapa kaki ini macam dipaku?'

Jawapannya: malu tapi mahu.

Ada opsyen lain untuk mengelak dari bertembung dengan "the ultimate uncomfort" tapi kenapa? Kenapa masih terus duduk di kerusi itu dengan muka nonchalant tapi telinga ibarat perangkap sonar, memerangkap setiap frekuensi bunyi perbualan dan seterusnya buat muka jelik jika ada orang momok-momokkan kamu dengan ayat seperti 'amboi, khusyuk nampak?' bila kamu yakin lelaki-lelaki lain tidak fokus kepada kamu.

You're the subject. You know the consequences. Tapi kenapa masih memilih untuk berada di situ dan menayangkan air muka 'tak berminat lagi kurang selesa' sedangkan...ah!

Kamu yang cari penyakit. Dan penyakit ini pula, unfortunately, seductively addictive.

Jadi, do us a favor. Jangan menggatal nak ikut a bunch of guys hang out. Dalam korum, semua will be treated equally and by that I mean, jika kamu perempuan, kamu lelaki.

Jangan jadi sukarelawan. Dont play the "I care about you and I want to stay with you for the rest of my life" card. Simpan kad itu untuk kegunaan, sebagai contoh, mendapatkan 18K diamond bracelet.

Safiah, pseudonym seperti biasa, kalau kau terbaca ini dan aku yakin kau akan baca entri ini kejap lagi, nasihat aku adalah jangan.

Jangan cuba seksa laki kau sebab kau balik yang akan terseksa.


Tepi kain tercarik siapa yang tahu.

Aku tercari-cari sekatan lalu lintas. Saja aku memandu ikut jalan jauh yang biasanya ada kon oren dan mereka yang berpakaian seragam dok tahan-tahan kereta.

Tak ada. Dah dekat 4 bulan aku tak jumpa sekatan lalu lintas. Kecewa. 

Sekatan lalu lintas adalah masa untuk kita tonton drama rakyat. Air mata berderai, janji sumpah ditabur, salam berisi, lepas salam kena gari, the whole routine.

Aku rindukan itu. Dan tak masuk akal jika di musim cuti persekolahan tiada sekatan jalan raya dibuat.

Cuti sekolah = budak tak sekolah.

Budak tak sekolah = mak bapak tiada di rumah.

Mak bapak tiada di rumah = kunci kenderaan letak bersepah.

You do the math.

Habuan besar tu. Tapi itulah...tak ada.

Apa pendekatan terbaru pihak berwajib? Aku tertekan juga memikirkan kehendak aku untuk menyaksikan drama swasta direalitikan depan kaca mata tak terlaksana. It's like you went to the moon and you forgot to bring the camera, or some sort. Salah analogi, analogi yang tepat berbaur seksual dan aku dah muak menaip benda-benda yang meransang rembesan hormon dekat bawah nun.

Petang tadi aku memandu sambil mengelamun mengingat semula bait-bait lirik lagu Glow Worm, pemain cd kereta aku dah rosak sebab kena sepak banyak kali baru cd boleh eject. So, aku berhibur dengan suara aku sajalah. Nak tukar baru nanti-nantilah. Lamunan terhenti(that sounds familiar) apabila kereta aku ditahan sebuah motor besar 750cc serba putih yang ditunggangi orang yang juga berseragam putih dan sedikit hitam. 

Separuh putih, separuh hitam. Atas putih bawah hitam. Dekat atas ada lencana pelbagai tersemat, dekat bawah ada garis putih. I think by now you have the exact idea who the fuck I was talking about. Ala yang jual kacang putih tu...ha yang itu bukan dia.

Trafik bergerak perlahan, kenderaan banyak almaklumlah musim persekolahan.

Aku pull over. Terpinga-pinga sebab lamunan terhenti/stim terpotong. Cemaslah sekejap nak cari silap yang aku buat. Nampak gaya macam tak ada. 

'IC IC?'

'Apa salah saya encik?'

'Lesen lesen?'

'Ada sekali dengan IC tu. Apa salah saya encik? Dua kali ulang ni.'

'Diam.'

Buku saman dikeluarkan. Pen clicky top diklikkan.

'Boleh saya tahu apa salah saya, saya bakal disaman dengan kesalahan apa?'

Dengan menggunakan isyarat tangan barulah aku perasan salah aku: tak pakai tali pinggang keledar. Punyalah lama aku tak pakai tali pinggang keledar dan bebas dari sebarang kecederaan yang melibatkan penggunaan tali pinggang keledar hingga aku lupa kenapa pihak pengilang letak seat belt dekat kereta on the first place.

'Sabar-sabar. Sabar dulu encik. Kecik punya hal macam ni pun nak berkira ke? Cuba encik pusing dan tengok kereta-kereta lain. Pun samma jugak.' Aku cuba berseloka.

Dan itu merupakan kali pertama dan kali terakhir aku cuba berseloroh dengan orang yang berseragam putih hitam sebab mereka ini seolah-olah diprogram semula dengan semua organ bukan lagi organik tetapi diganti dengan benda-benda mekanikal dan mikrocip and whatnots.

Apa entah sial aku petang tadi, dan-dan semua orang bertali pinggang keledar. Penglihatan mereka baik bolehlah, aku ni rabun, pakai cermin mata pun masih tak nampak. Dan aku tak pakai cermin mata, sunglass dikenakan untuk efek "mystique" dalam pemanduan. Biar tak nampak asalkan "hip".

'Ok, semua orang ikut peraturan. Kamu diam dan biarkan saya selesaikan tugas saya.'

Tuah beralih arah kala aku putus asa untuk mengekalkan keceriaan pada tahap optimum untuk sepanjang minggu. Dengan ceria aku dapat duit. Siapa nak bagi aku rokok makan minum jika aku mandom selama 5 hari berturut-turut?

Tuah itu datang dalam bentuk peribahasa: jangan jaga tepi kain orang lain.

Mereka dalam 1 skuad. 1 unit. Jika orang lain dalam unit mereka buat salah maka secara otomatik mereka pun salah juga. Terima kasih ibu bapa yang tak sabar-sabar nak tunggu hujung minggu nak bawa anak-anak berjalan. Jika takkan kamu, trafik takkan bergerak perlahan. Jika takkan kamu, mata aku takkan dapat menangkap sebuah kereta peronda yang dinaiki 2 orang yang berseragam serupa dengan Uncle Kacang Putih.

Jika takkan kamu, tak pasal-pasal aku tidur lokap sebab aku tak ada 300 ringgit tunai.

Kereta peronda tersebut dinaiki 2 lagi Uncle Kacang Putih yang melakukan kesalahan yang sama dengan aku. Aku minta Uncle Kacang Putih Primo pusing dan lihat sendiri. 

'Nasib kau baik.'

Aku rasa aku dengar dia ketawa kecil mengikuti ayat tersebut tapi tak mungkin sebab muka dia terlalu ketat dan aku tak dapat bezakan mode dia. Robot, mereka semua sama.

Jumaat, Disember 05, 2008

Sihat bersama Michael Sembello.

Aku suka menari. Atas sebab kesihatan, aku lebih gemar menari berseorangan dalam bilik yang diiringi lagu-lagu hit tahun 70 dan 80'an. Tarian aku untuk umum adalah tak baik untuk kesihatan dan random dance partner aku kebiasaanya akan mencium 2 anggota tubuh aku: kaki dan tangan. Ini kerana tarian untuk umum aku adalah seperti dalam entri ini.

Dan aku juga akan sakit-sakit badan sebab aksi agresif yang aku buat banyak membolehkan pergerakan terbatas di luar kemampuan dan juga disebabkan kena beduk oleh pengunjung yang lain yang berang dengan "kakiku di bibirmu", "jari telunjukku di thorax mu" pelbagai.

Entri ini adalah kesinambungan kepada 2 lagi entri sebelum ini yang berkisar tentang tarian. Sihat bersama Van McCoy dan Pendekatan yang lain(pautan ada di atas).

Jadi tanpa melengahkan masa, tegakkan kekudamu dan hayunkan dengan penuh perasaan setiap anggota tubuhmu. Satukan jiwamu dengan muzik dan olahkan variasi gaya tarian bebas. Tiada mata mahu memandang serong, tiada mulut mahu menggelakkan kamu.

Melainkan kamu pergi ke sini yang di mana kamu sendiri yang minta penawar duka.

Ok. DJ! Spin that shit!



Binatang.



I've decided to be a proud owner of a half Angolan half what's-his-species rabbit.

A pure Angola looks like this:
Aku tengok pun takut. Itu baru tengok bentuk fizikal dia, belum lagi tag harga. Mau terkincit aku nak membayarnya esok. 

Dalam perjalanan pulang dari mencari lontong darat, aku terjumpa 1 klinik veterinar cum pet shop di tempat aku. Aku tak pernah nampak sebelum ni. Aku masuk. Aku tanya pekerja dia macam-macam sebab aku saja nak bagi dia harapan kosong. Mana ada orang nak beli barang dengan peluh masih mengalir dan memakai gym short.

Jika kamu seorang sales representative bagi mana-mana pusat jualan kamu mesti faham dengan maksud sebenar kehadiran orang yang diterangkan seperti di atas. Mereka tak mahu membeli apa-apa. They just want to jerk you around, to show you how big an ass he/she is. 

Tapi terima kasih Dr. Lina, dia nampak mengerti dengan maksud sebenar aku. Orang yang berkongsi passionate about something, in this case, furry animal, mereka membentuk satu ikatan persahabatan ulung la itu juga. From a complete stranger to a complete bed-sharer-if you catch my drift.

Arnab Angola yang dijual dekat klinik itu hobbit, bonsai, katik, terbantut tumbesaran, what have you. Ia dikacuk dengan entah arnab apa entah, I wasn't paying much attention back then. I can't help but to tickle tons of cats' tummy and let em lick and then gigit jari aku sampai berdarah. Well, aku biarkan mereka gigit on purpose. Dr. Lina is a slammin hottie. And yes, dia rawat kesan gigitan itu dengan penuh kasih sayang.

Arnab yang aku tengok itu persis seekor guinea pig. Ianya guinea pig yang bertelinga panjang dan tirus. Ianya guinea pig  yang bertelinga panjang dan tirus dan telah menjalani pembedahan gastric bypass. Guinea pig is too damn fat.

Aku benci benda berbulu ginormous sebab instead of looking all cute and cudly, mereka jadi macam apa watak entah dalam Monster Inc tu. Somehow semua binatang berbulu dan besar gedabak remind me of that creep. Aku pernah dapat nightmare dimamah oleh ini:
And next thing you know, I wet my bed. Dan aku sudah bersekolah menengah masa tu. Motherfucker punya binatang besar berbulu tebal dan berwarna copak-capik.

OK. Aku nak kongsi sedikit tentang kasih sayang. Kasih sayang yang aku tahulah dapat dirasai dalam atmosfera dengan hadirnya satu jenis sensasi kesuaman. Bayu yang menghembus, sentuhan, apa-apa sajalah akan ada kesuaman di dalamnya. It's comforting warmth. Aku nak sapu antiseptik yang diberi percuma dan aku dapat rasakan kesuaman pada botol krim tersebut.

Nanti aku datang semula klinik kamu Dr.Lina. Aku akan datang dengan ironi. Next time I'll be in my formal clothes with quarter bottle of cologne tertumpah atas baju aku.

Rabu, Disember 03, 2008

Kematian dan kesan per individual.

Pagi Isnin aku betanyakan Bidadari 1, penghuni Syurga Tingkat 7 samada beliau ada di rumah atau tidak pada tengaharinya. Mesej teks dihantar. Kebiasaannya aku akan hantar ayat-ayat yang keras, lucah melampau, jahat, keji, busuk hati sekali dengan isi sebenar kandungan mesej teks tersebut.

Kalau tak mencarut tak sah. Dan jika tak mencarut, ayat balas adalah sehabis pendek yang mungkin. Ini kerana telefon bimbit aku mempunyai pad kekunci yang sama kerasnya dengan batu kerikil. 

Entah kenapa pagi itu datang sopan aku untuk menaip ayat yang barang siapa membacanya nescaya sejuklah hati tenanglah jiwa setelah pembacaan dibuat. Sampai begitu sekali. Ayat-ayat retorik disaluti melankolik diutus menggunakan teknologi bimbit yang paling canggih aku ada. Aku sendiri tak percaya benda yang aku taip dan terus buang mesej keluar daripada peti mesej keluar. 

Dipendekkan aku tak ingat apa yang aku taip. 

Agak lama aku tunggu maklum balas. Dalam setengah jam macam tu. Ingin saja aku mendail nombor Bidadari 1 kerana aku dah faham sangat jadual harian dia; jika matahari tak tegak atas kepala haramlah dia nak bangkit dari tidur.

Aku perlu mandi sebab aku berpeluh. Aku seorang yang aktif maka berpeluh is not such a big deal at all. Cuma bila badan dah berpeluh dan melekit, nak buat sebarang kerja pun tak senang. Kejap tergaru sana kejap tergaru sini. Think of as you sweat, your body turns into a giant sticky fly trap. Lalat itu adalah bakteria dan blablabla, kulit jadi gatal.

Sedang aku sibuk mencari nombor telefon kenalan yang boleh aku susahkan buat hari Isnin tersebut, 1 mesej teks masuk. Aku buka dan baca.

Aku terkedu.

"Ko x tgk news? 2 of my sis dead yesterday. go buy a newspaper."

Terus sejuk badan aku. Yang melekit terus hilang. Yang nak keluar(peluh) terus dihantar ke organ perkumuhan yang lagi 1 nun di bawah sana. 

Aku memang tak tengok TV. Surat khabar lagilah aku tak baca. Bergegas aku ke newspaper parlor yang berdekatan. 

'Holy shit! Front page! I'm gonna be sick!'

Aku tak tahu apa patut aku buat. Bidadari 1 adalah BFFF(tiada typo, figure the extra "f" by yourself) aku. Banyak masalah kami kongsi, well, masalah dia sajalah sebab aku zon bebas masalah. Hidup aku dipenuhi tawa riang, sinaran mentari, pelangi dan marshmallow. Tapi kali ini aku tak tahu nak buat apa. 

Kebiasaannya, bila dia ada masalah dan bila masalah itu diluahkan bersama linangan air mata, aku akan jadi manusia paling kelakar dalam dunia. Aku taruh dia cukup-cukup dengan komedi luar biasa aku diikuti pula dengan sesi mengeruhkan lagi keadaan dengan menghancurkan her will to live dan dipenghujung sedikit kata nasihat.

"Almost dying changes nothing. Dying changes everything."

Macam pernah dengar kan? Huh? Tak pernah? It's from House, for fuck's sake!

Ada kematian. Maka akan ada benda berubah. Aku telah menjadi aku yang baru. Aku yang baru adalah aku yang setiap pagi setelah pulang dari joging akan duduk bersila di balkoni dan mebaca akhbar. Aku yang baru adalah aku yang setiap kali TV menyiarkan berita, aku orang pertama yang terpacak depan tiub. 

Aku yang baru itu kekal buat sehari sahaja yakni semalam. 

Bidadari 1, jumpa lagi di lain hari. Aku ada ramuan rahsia bagi merawat luka hati lara akibat kematian orang tersayang. Ianya adalah jenaka. Jenaka yang diubah suai daripada versi asal yang aku gunakan untuk merawat pilu mak aku yang kematian arwah Atok 2 Ramadhan yang lepas. 

Isnin, Disember 01, 2008

Panas celaka!

(Hot damn sebenarnya)

Perisian mengedit foto yang aku pakar cuma 1: Picasa. Picasa adalah produk daripada Google yang kini telah memasuki versi yang ketiga.

Apa yang boleh membuatkan kamu terejakulasi dalam masa 5 saat pertama setelah bergelumang dengan new feature dalam versi ketiga?

Aplikasi Picture Viewer-nya yang sungguh uhhh tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bagi pengguna pelantar Windows, aplikasi pemapar gambar sedia adalah Windows Picture and Fax Viewer yang bosan dan sering mendatangkan menguap setiap kali aku cuba menyoroti gambar kenang-kenangan yang tersimpan dalam ruangan cakera keras.

Ingin aku sertakan bantuan visual di sini tapi tak mahulah. Ingat CoolIris? Add-on untuk FireFox? Cool kan? Kalau aku letakkan skala cool 1 ke 10, CoolIris mendapat tangga ke 8, Picasa Picture Viewer aku letak dekat nombor 7 sebab dia tak ada efek skrol ditiup bayu seperti CoolIris. Payah sangat nak bayangkan rasanya jadi aku dengan murah hatinya menyediakan bantuan visual. Kalau tak nampak nasib kaulah Labu.
Banyak lagi kot features yang lain yang aku tak sempat terokai sebab Picasa aku baru update 30 minit yang lepas. Pergi cuba dan berterima kasih kepada aku di lain hari. Ini barulah pendekatan berani dalam arena Antara Muka Grafikal. ACDsee? Bah!