Rabu, Mei 28, 2008

Kerana aku juga kepingin hi-tea bersama tokoh-tokoh numerikal

Setelah aku habis menonton filem The Oxford Murders yang dibintangi oleh Elijah Wood dan pelakon English yang lain, keinginan aku untuk mendalami ilmu matematik mula menguntum.

Aku capai kalkulator saintifik di atas meja dan mula membuat teorem aku sendiri. Dengan permulaan kosong untuk membuktikan kosong adalah permulaan kepada segala benda dan berakhir semua dengan kosong, aku dengan bangganya mempersembahkan jalan pengiraan kepada Teori Kitaran Kosong.

Formulanya adalah seperti berikut:

0 = 0

Gila genius aku.

Kosong adalah angka seksi. Integer yang misterius. I even get a boner just to think of it. Simbol kepada... aha.

Beri apa sahaja nombor, tak kiralah positif, negatif, integer, nyata, Fibonacci dan bahagikannya dengan kosong, apa yang kamu dapat? Math Error betul?

Kalkulator kamu cap ayam. Kalkulator aku tulis 'Infinite outcome. Press 1 to proceed. Press 2 to mess up with the circuit inside. Press 0 for more options.'

Tak percaya? Lantak kamulah.

Hari ini adalah hari Marathon Filem Berasaskan Nombor dan Simbol aku. Dari aku celik sampailah sekarang, adalah dekat 15 macam tu filem-filem yang menguji kesabaran dan logik akal yang aku tonton.

Aku perlu sedikit masa untuk menstabilkan pemikiran secara normal. Sekarang semua benda depan mata aku adalah nombor.

Makan ikan goreng yang baru keluar dari kuali aku nampak Einer Hille dan Kosaku Yosida main lat tali lat tali tamplong dekat meja makan sebelah. Tengok matahari nampak Friedrich Hultsch tengah baca surat khabar. Kamu faham kan?

Gusar jika terlampau terbawa-bawa dan dibayangi nombor, aku akan berkesudahan seperti Walter Sparrow dalam filem The Number 23, detektif-pusing-kulprit.

Taknak aku jadi psikotik cakap sorang-sorang.

Baik.

Aku mahu solitude sementara. Kembalikan semangat yang dibawa pergi oleh mendiang Johann Carl Friedrich Gauss.

Selasa, Mei 27, 2008

Hai. Saya Anonimus, seorang tokan.

Tokan. Istilah yang diguna pakai untuk menggambarkan seseorang yang menjadi pengedar kepada sesuatu produk. Produk itu pula jika elok asalnya, elok isinya, elok kandungannya, pengedar itu tidak sesama sekali akan digelar sebagai tokan.

Tokan. Dalam kamus tak ada. Bahasa pasar la ni. Hai... Macam-macam la orang zaman sekarang menggelar orang.

Tokan. Kan tak semenggah bunyinya tu. Bunyi pun dah tak sedap. Nasib baik tiada maksud yang sebetul-betul yang dicatat pada mana-mana dokumen.

Aku tokan. Walaupun berat jari ini untuk menaip kebenaran tapi itulah dia. Aku tak jumpa istilah lain yang lebih sesuai dengan profesyen aku ni. Profesyen? Pekerjaan sebenarnya. Jadi tokan nak ijazah sarjana apa ciritnya?

Bermula sebagai seorang penternak ikan air tawar, aku mula berjinak-jinak dengan industri penyiaran. Dulu ada orang televisyen datang buat liputan dekat kolam ternak aku, 2 bulan lepas tu terus jatuh suey. Ikan matilah, air kolam keringlah, banjirlah, ikan kena rembatlah, tayar lori kena pancitkanlah, pendek kata semua cabaran yang datang, datang selepas orang televisyen tu buat dokumentari pasal ikan.

Mereka betul bawa suey, paling tidak pun pemicu ataupun penggerak kepada sumpahan jatuh ditimpa tangga kemudian ditimpa pula pokok rambai yang di tanam depan rumah. Berperingkat. Sedang aku membaiki kerosakan akibat banjir, air pula kering dek kemarau panjang.

Duit habis buat kerja pembaikan jelah memanjang. Aku jemu. Aku dah meluat. Tengok ikan je aku terus naik angin. Pernah sekali aku tengok National Geographic dekat televisyen, dan-dan tu jelah keluar cerita pasal ikan laut dalam. Apa lagi, aku capai kerusi dan terus menghumban kerusi tersebut tepat pada kaca skrin. Itu belum aku imbas episod-episod kerumahtanggaan yang membuatkan aku menduda hampir 7 tahun ni.

Sendiri mau ingatlah. Aku taknak makan ikan, pergi pasar dia beli juga ikan. Malas aku nak cerita yang lain. Tambahan, aku masih lagi keseorangan. Pada yang berminat akan aku sertakan alamat dan nombor telefon di penghujung entri ini.

Pada satu hari, lepas sebulan aku secara rasmi kehilangan sumber pendapatan utama keluarga dan juga status suami, aku pergi ke pasar malam. Kali terakhir aku ke pasar malam masa umur aku baru menginjak 25, itulah kali pertama dan terakhir ke pasar malam.

Aku ke sana setelah mendapat desas-desus berkenaan kekeramatan pasar malam sebagai tempat bertemu jodoh. Aku jumpa dengan janda aku masa aku tengah belek-belek seluar trek nak buat pergi kebun dan janda aku sedang belek baju tidur. Bila mata bertentang mata, ehem.

Sedih pula. Aku terus lompat kepada cerita kali kedua aku ke pasar malam. Aku sunyi beb. Manalah taukan, rezeki masing-masing. Suasana yang sangat berbeza. Lain, sungguh lain. Dah macam funfair. Zaman dulu-dulu adalah bising sikit dari kawasan perkuburan. Sekarang, amboiiii. Meriahnya.

Aku pun jalan-jalan. Belek-belek apa yang patut. Banyak gerai yang dibuka tapi 1 gerai ni, dia punya pelanggan huisshh, macam orang tengok menantu Perdana Menteri beri ceramahlah ramainya. Aku pun apa lagi, berdesut la menyertai gerombolan manusia yang terpinga-pinga di bahagian belakang dan kekhusyukan di bahagian depan.

Selinap punya selinap sampai juga aku di barisan hadapan.

Loh! Terus aku tutup mata. Dalam 2 saat macam tu, lepas tu buka balik. Di depan aku terhidang himpunan VCD, DVD dan pita magnetik lucah. Dia punya cover sangatlah memberahikan. Patutlah ramai orang berkunjung dari awal.

Aku tak bawa duit masa tu. Bila aku raba-raba poket, aku didatangi epifani. Bisnes.

Ya, perniagaan yang bawa untung pat-pat siku lipat. Eh. Berlipat kali ganda dari apa yang aku usahakan dulu. Sekeping VCD 5 ringgit, sekeping DVD 10 ringgit, sekeping pita magnetik 15 ringgit. Aku dok perhatikan pelanggan, seorang beli dekat sepuluh keping. 'WOW!' Jerit aku dalam hati sambil menggigit bibir tanda riang dengan epifani tersebut.

Orang ramai mula beransur pulang. Para peniaga sudah mula kemas-kemas. Aku yang dari tadi dok fikirkan kereta mewah, rumah besar siap berkolam renang dan seekor pony cepat-cepat kembali ke realiti dan bergegas ke gerai peniaga cerita lucah tersebut.

Aku ingin mempelajari semua benda yang perlu untuk aku memulakan perniagaan cerita lucah. Bagus, semua kelengkapan yang penting untuk proses penghasilan aku catat. Dia bagi syarat. Dia tak mahu aku kacau perniagaannya. Dia tak mahu pesaing. Dia tak mahu nampak muka aku bila mana dia meniaga. Siap ambil gambar pakai telefon bimbit lagi.

Berbekalkan duit yang aku simpan hasil aku bertani, upah kopek lantun dan simpanan hari tua di ASB, aku memulakan perniagaan tersebut. Banyak benda elektronik aku kena beli. Makan puluh-puluh ribu jugalah. Tak mengapa, besok lusa duit tu beranaklah.

Setelah berkecimpung hampir 2 tahun dalam perniagaan ini, aku telah berjaya menstabilkan ekonomi persendirian. Empayar perniagaan aku kini mencakupi bahagian barat daya dan ke selatan tanah air. Budak selekeh yang ajar aku tu pun dah mati sebab overdose kokain. Aku ada rumah banglo 4 tingkat, kereta mewah 3 biji termasuk sebuah MPV senang aku nak angkut stripper bawa balik rumah. Pony? Dah beranak pinak pun. Lengkap. Semua dah ada.

Satu saja yang aku tak dapat nak miliki dan itulah dia satu-satunya benda yang kesali sampailah sekarang. Hasil dari apa yang aku buat selama ini panas. Aku tak boleh nak bekeluarga kembali. Perdagangan by-product kepada industri adulteri tak boleh memberikan aku kebahagiaan muktamad.

Oh, jika kamu tertanya-tanya kenapa LHDN tak serbu rumah aku, aku ada solusi aku sendiri. Aku bijak menyamar. Talam dua belas muka. Cukup penerangan tentang kejayaan aku mengaburi LHDN, mari beralih kepada kesimpulan. Banyak CD dan DVD yang perlu aku burn malam ni.

Disimpulkan di sini seelok-eloknya setiap benda yang melalui esofagus dan bakal menjadi sebahagian dari tubuh biarlah datang dari sumber yang elok. Parah beb kalau datang hasil dari sumber yang meragukan. Aku nak derma dekat anak yatim pun serba salah. Nak beli kalender 1 seringgit tu pun berkerut kening. Serba tak kenalah.

Dah. Oh. Hampir terlupa. Tak payahlah aku sertakan alamat serta nombor telefon. Kamu semua dah tahu kerja yang aku buat. Tak pasal-pasal je karang.

Isnin, Mei 26, 2008

Ya ya ya. Urusan besar!

Burukkan jika translasi literal dibuat?

Tajuk di atas bukanlah sumber inspirasi untuk aku menaip malam ini. Sumber inspirasi aku pada malam ini adalah bau kencing kuda sesat dekat pokok apa entah yang Ibu tanam.

Kebiasaannya jika seseorang itu kembang kuncup dengan kejayaan yang diperoleh, mereka akan menjadi menjengkelkan.

Contoh.

'Beb, wa baru lepas stim dam. Sepuluh dapur beb. Caya tak caya la peparu gua kan.'

'Ya ya ya. Urusan besar!'

Dan disebabkan bunyinya yang sedikit tak kena, ayat balas kebiasaannya berbunyi lebih kasar, lebih kurang sopan dan adakalanya menyentuh isu kekeluargaan, sensiviti keagamaan dan perkauman.

Aku ambil contoh ayat balas yang selalu aku dengar.

'Pergi mampus sama kau!'

Baik lelaki baik perempuan. Tak pedulilah anak sultan ke anak pemandu bas domestik ke, semua mesti menjadikan ayat di atas sebagai esen dalam citra kehidupan. Kulit kamu warna putih, hitam, kuning langsat, jingga(untuk kes mereka yang makan karot dan tomato sahaja), turquoise(untuk kes mereka yang lemas dalam air) dan pelbagai variasi warna kulit yang lain, tetap akan ada 1 persamaan yakni ayat balas kepada penyataan yang menjengkelkan.

Itu kamu, aku pula memilih untuk keluar dari tipikaliti vulgar. Aku kurangkan volume kasar dengan menggunakan ayat ini:

'Eloklah tu.'

Lebih ringkas. Lebih sopan. Lebih memelihara persahabatan, perhubungan tak kiralah seksual mahupun aseksual. Lebih menjamin kepercayaan.

Cara penyebutan 'Eloklah tu' memerlukan intonasi yang betul. Sedikit kocak boleh membawa maksud yang lain. Jangan sebut dengan cepat. Jangan sebut dalam satu nada. Mainkan tona bunyi dan alunkan dengan teratur.

'E' biarkan satu atau dua harkat. Diikuti 'lok' dengat 5 harkat; tak lebih, tak kurang. 'Tu' pula separuh harkat.

Payah betul nak terangkan guna teks. Tapi kamu mesti dapat ideanya betul?

Bagus. Minum Enfagrow ke apa masa kecil dulu? I love boob juice. Word.

Jadi, untuk menjadi warga Malaya yang sopan dan beretika silalah ganti ayat 'pergi mampus sama kau' dengan 'eloklah tu' yang disebut dengan gaya yang betul bagi setiap penyataan menyakitkan hati yang diajukan.

Inilah budaya 'yes man'.

Siapa ek?

Hai. Saya Anonimus, seorang pemandu bas domestik.

Dulu masa kecil, mak aku selalu suruh aku baca buku. Aku pun bacalah. Adalah dalam 5 minit aku mengadap lepas tu aku toleh kiri kanan jenguk dapur kasi riki line dan terus aku berdesut ke mana sahaja arah angin bertiup.

5 minit yang berharga itulah bekalan aku di hari tua. Sekurang-kurangnya aku kenal nombor. Huruf jawi rumi pun dah pass. Membaca, merangkak-rangkak sikit, tergagap-gagap sikit takkan nak berkira kut. Operasi matematik aku telah kuasai dengan jayanya, tambah dan tolak sahaja.

Bagi aku itu sudah memadai. Aku nak pandai-pandai pun nak buat apa? Kuota orang-orang pandai dalam Malaya sudah berlebihan. Aku harus menjaga keseimbangan akademik, satu tugas yang perlukan banyak pengorbanan.

Kamu ingat aku main-main ke?

Aku bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas aku yakni mewujudkan ratio yang saksama sejajar dengan Rancangan Malaya Ke-n.

Siapa yang nak jadi petani jika skrolnya bercatat sarjana muda kejuruteraan? Kamu gila ke apa? Siapa yang nak berjemur tengah panas sambung batu-bata, cat, paku jika dalam tangannya adalah segenggam ijazah seni arkitektur? Siapa yang nak tangkap ikan jika di dinding rumahnya terpaku ijazah Sains Marin?

Mujur aku matang sebelum sampai usia. Dari kecil aku telah memikirkan konsep keseimbangan pekerjaan dalam sosio-masyarakat. Tak ada-ada pun, cuma sedikit pemutaran fakta dari teori-teori filasuf terkemuka. Dan itu yang aku pegang sampailah sekarang.

Jika kamu masih kabur, pergi jumpa optometris dan cek mata. Jika perlu buatlah sebingkai cermin mata. Jika tak, amalkan pemakanan yang seimbang, lebihkan sayur dalam setiap sajian.

Aku ada sekeping sijil. 2 keping. Eh, 3 keping sijil sebenarnya. Satu sijil memandu kenderaan kelas B2, D dan H, satu lagi sijil SPM dan yang terakhir sijil kahwin. Aku belum kahwin, bujang lagi. Saja ambil awal-awal sementara masih murah dan sekejap ni. Dengar cerita tak lama lagi yuran dah naik, kursus pun dari 2 hari jadi seminggu.

Aku menjawat jawatan senior driver syarikat pengangkutan awam Southern. Perjalanan bas aku bermula dari Terminal 1 di Seremban hinggalah ke Pusat Hentian Bas Tampin lepas itu patah balik ke Seremban dan sebegitulah kitarannya. Pandu sampai lebam.

Aku tak pernah merungut dengan kerjaya aku sebagai pemandu bas domestik. Gaji yang diperoleh boleh menampung ansuran bulanan kereta Perodua Viva sebiji dan sebiji Toyota Alphard.

Tak percaya? Aku berani kerat jari la. Kamu ingat pemandu bas ni sengkek ke? Aku tinggal dengan orang tua aku, membawa makna duit sewa rumah, api, air aku tak payah nak fikir. Semua orang tua aku bayar. Tapi aku tak adalah kejam sangat. Sebulan aku adalah hulur sikit buat duit belanja dapur.

OK. Aku nak pergi pam tayar bas aku dan oh, seperkara lagi. Sijil sarjana kamu sila gulung kemas-kemas dan letakkan ia di loteng, kolong mahupun sawah milik keluarga kamu. Jangan gunakan ia untuk tujuan mencari pekerjaan.

Setiap yang remeh dan setiap yang lekeh jika ada kesungguhan dalam melaksanakan ia, pasti sedepuk yang kamu dapat.

Satu lagi, jangan terperdaya dengan jerat Multi Level Marketing. Mereka cakap je bukan MLM tapi samma jugak. Nasib baik aku suku terjebak.

Berdirinya aku disini untuk membawa sumpahan ini ke penghujung

Berjaya juga aku mencium pintu Mommy's Den. 3 hari aku di ibu kota menjayakan beberapa aktiviti kekeluargaan menjadikan aku sedikit rindu kepada kedamaian hutan belantara skala kecil sebelah Mommy's Den.

Seisi keluarga aku sibuk menjayakan watak-watak dalam siri Pengembaraan Ahmad Aqil Anaqi : Hello World!

Ah, aku sudah jadi Paksu. Baru 48 jam.

Cucu pertama kepada kedua orang tua aku selepas 4 tahun penantian. Bukan nak kongsi kegembiraan, cuma berkongsi informasi.

Aku di-tag oleh Magenta. Dan baru sekarang aku rasa rajin nak turut serta dalam permainan Polis Sentri One Two Jaga versi maya ini.

Dan seperti biasa aku menjadi spoil of the moment. Seperti mana aku taip pada ruangan tajuk di atas, aku adalah pemusnah keseronokan, pemotong stim, Papa Bosan dan segala apa yang berkaitan dengan terma spoil of the moment.

Tulis panjang-panjang pun tak guna. Lets cut this crap and proceed with... What you called it... Aha, The Curse of Number Eight.

8 fakta

1. Aku sudah jadi bapa saudara. Saja ulang, ini juga fakta bukan?

2. Segala jenis rabun yang dikaji oleh optometrist ada pada aku. Apa boleh buat, tapi ramai juga yang cakap orang berkaca mata nampak seksi dan misterius. Entah apa-apa entah.

3. Obses dengan Blue Man Group. Dengar dulu, tengok dulu dan seterusnya mari berbahas dengan segala instrumen yang mereka gunakan semasa sesi persembahan secara langsung mahupun ketika sesi rakaman album mereka.

4. Obses dengan siri medikal walaupun satu hapah aku tak faham benda yang mereka cakap. Magenta mungkin manusia paling bertimbang rasa jika dia mahu berkongsi akaun Rapid Share yang juga beliau kongsi bersama kakaknya.

5. Aku ada seekor mengkarung yang dijadikan pet. Tak ada duit nak beli haiwan eksotik yang lain. Mengkarung yang diberi nama Arthur itu diperoleh dari jerat tupai yang aku pasang di pokok kelapa belakang rumah.

6. Aku akan dan telah beri nama kepada semua hak milik aku. Lampu meja, lampu tidur, kipas, router, botol champagne yang berisi segala jenis skru, stokin, tilam, ashtray, pencukur elektrik, you get the idea.

7. Aku ada sebilah lembing yang diwarisi dari Arwah Atok. Kini disimpan elok di atas peran rumah Nenek. Lembing itu digunakan untuk tujuan perhiasan buat tatapan kelawar-kelawar yang mendiami loteng tersebut. Lembing itu pernah mendiami bilik aku selama 3 hari dan setelah beberapa peristiwa berlaku, ada baiknya aku pulangkan ia semula di tempat asal.

8. Entah.

Cucuk punggung dia.

1. Kamu.

2. Kamu.

3. Kamu.

4. Kamu.

5. Kamu.

6. Kamu.

7. Kamu.

8. Entah. Kamu jelah.

Sumpahan sudah berakhir. Sejurus selepas ini, menyusul apokalips yang entah bila mahu kunjung tiba.

Rabu, Mei 21, 2008

Hai. Saya Anonimus, seorang parasit : Sequel

Malam.

Aku benci malam. Seperkara tentang malam buat darah aku macam air yang dimasak dalam cerek karan cap Panasonic yang aku tukar dengan mata ganjaran Real Rewards adalah aku tak pernah dapat meluangkan masa berseorangan.

Aku perlukan solitude. Banyak nista aku buat selama ini memerlukan aku duduk di celah-celah sudut bilik berkeluasan 30x30 kaki siap berjacuzi di bahagian balkoni, memikirkan buruk dan baik aku terus digelimpangi sekulariti yang saban hari menjauhkan aku 'itu'.

'Itu' sikit hari lagi aku cerita. Mungkin tak sempat cerita ekoran malam ni malam terakhir aku dapat menikmati kemudahan internet, besok Ananimus nak potong. Aku selalu tengok filem porno Asian atas talian.

Balik-balik ini je yang dia teriak 24 jam jika tengok tangan kanan aku dalam seluar dan kepala aku seinci pun tak bergancak memandang skrin komputer yang berukuran 32 inci. Oh, aku terus cucuk dekat tv plasma milik Ananimus; lebih keluasan maka lebihlah kepuasan.

2 bulan aku jadi pandai macam-macam. Serba-serbi aku tahu. Dulu bawa basikal pun asyik jatuh, sekarang aku berdesut pergi sana-sini naik kereta mewah dua pintu lagi. Dulu nak buka TV pun tak reti sekarang dengan senang lenang aku menggodam komputer orang dengan mereka Trojan Backdoor versi aku sendiri. Persiapan awal sebelum segala apa yang ditanggung Ananimus dipotong begitu sahaja. Dulu aku kampung sekarang aku urban.

Dan rambut aku calit dengan karat. Entah, aku main rembat krim pewarna rambut dalam bilik air Ananimus yang di mana bathtub-nya diperbuat dari emas. Tipu je, seramik jelah. Kau ingat minah sorang tu cop duit?

Persiapan awal. Jika kamu tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku antara aku dan Ananimus, jawapannya adalah 'itu'.

Tidak sekali pun aku rasa bangga dengan apa yang aku ada. Gembira adalah dalam sekelumit macam tu. Syukur? Silap hari bulan aku kena panah petir.

'Itu' yang aku cari, tujuan aku ke kota kerana 'itu'. Jangan salah faham, ia bukannya vagina ataupun payudara apatah lagi fetish terhadap pakaian dalam wanita.

'Itu' itu tidak dapat dicapai, tak boleh dibeli dengan duit, tak boleh di-swap dengan kad kredit, tak boleh di-barter dengan sebiji Brabus. 'Itu' datang secara semulajadi melalui beberapa proses kemanusiaan.

Baik. Aku permudahkan cerita. Aku tak bahagia. 'Itu' adalah kebahagiaan. Mesti kamu ingat aku orang yang tak tau dibawa dek untung.

Silap.

Betul setiap malam aku akan mengenakan pakaian-pakaian pelik nan eksotik untuk foreplay. Benar aku ke kedai runcit jauhnya 1 blok dengan menaiki Mata Belalang siap ada driver. Itu hanya kemewahan yang cuba menutupkan mata aku dengan fizikal Ananimus.

Dia tua 2.5 kali ganda dari aku. Setiap kali di ranjang walaupun aku umpama kancil dihimpit keliaran gajah naik minyak.

Bahagiakah aku jika semua yang aku dapat adalah dari hasil aku berjima' dengan Princess Fiona versi Ogre?

Herm... Jika diikutkan, kisah aku sama dengan Shrek, makhluk hodoh berwarna hijau yang bepekerti mulia. Sedikit kecelaruan konsep antara Princess Fiona dengan Ananimus namun takkan kamu tak faham konsep kut? Anak raja. Harta rakyat harta dia, harta dia harta dia. Begitulah lebih kurang.

Aku tak bahagia. Aku kacak dan kini aku lebih bergaya dari Naib Ketua Pemuda Persatuan Keris Malaya. Aku patut menerima Princess Fiona versi asal. Itu kalau dunia animasi, jika realiti aku mahukan orang yang cocok dengan paras rupa aku yang menawan ni.

Siapa yang nak pikul tugas tersebut? Jangan risau, jangan cemas ingin minta nombor telefon atau e-mel aku. Dah ada yang berkenan di hati. Dan bukan seorang tetapi adalah dalam 743 orang macam tu yang tergoda dengan raut wajah aku. Ingin aku berterima kasih kepada 2 aplikasi ini yakni Yahoo! Messenger dan juga Facebook.

Mengikut statistik, 85% daripada mereka berharta. Ini memperkuatkan lagi hasrat aku untuk pergi jauh dari cengkaman nafsu Ananimus. Tak larat aku.

Dan ini merupakan catatan terakhir untuk kamu semua. Mungkin besok mungkin lusa mungkin tulat mungkin lagi 10 bulan aku berkongsi cerita dengan kamu. Internet kena potong, bukan sebab tak bayar bil tetapi sebab cemburu.

Nasihat aku kepada wanita-wanita semua, jangan pandang daripada rupa. Rupa yang baik tak semesti hatinya baik. Tengok aku, dalam diam aku menorobos banyak vagina secara virtual sedang Ananimus yakin bahawa aku setia berkhidmat untuk dia.

Jagalah kau Ananimus, malam ni aku curi-curi keluar dan lepas tu aku keluarkan kesemua wang kau dari 17 akaun bank yang kau ada. Lepas la duit rokok dengan wain aku 3 bulan.

Jangan bagitahu dia ek. Mampus aku kalau kantoi.

Dah, aku nak pergi spa. Tak jauh, dekat laman belakang rumah Ananimus je.

Selasa, Mei 20, 2008

Hai. Saya Anonimus, seorang parasit.

Mudah untuk aku peroleh kesenangan dan kepuasan. Semuanya boleh dikecap hanya dengan memetik jari.

Aku lahir dari keluarga yang kesempitan ekonomi. Mujur bapa aku berdarah kacuk Melayu dan Cina manakal ibu aku Melayu Arab. Walaupun miskin tapi keluarga aku terdiri dari mereka yang punya rupa semata-mata.

Aku tidak berpeluang belajar tinggi. Sampai Tingkatan 1, aku terpaksa berhenti ekoran bapa aku dibuang kerja. Sedikit kecelaruan politik di pejabatnya. Cuba menegakkan benang basah, belum sempat nak tegak benang dah rentung dibakar flame thrower. Ibu aku pula tak boleh bekerja kerana 3 orang adik aku yang lain masih lagi kecil.

Berbekalkan wang yang disimpan, tak adalah banyak mana pun, bapa memulakan perniagaan runcit. Modal banyak datang dari duit orang. Along, Angah, Alang, semua. Ingin bersaing dengan supermarket yang gagah terpacak di tengah pekan, nyata ramai memilih supermarket kerana harga barang yang ditawarkan murah 10 sen dari apa yang bapa jual.

Apa punya pemikiranlah orang-orang kampung aku.

Ibu aku pula sering mengusung adik-adik aku ke kedai. Kedai kecil lagi sempit. Bunyi bayi melalak bukannya azimat pemanis kedai. Walaupun kami semua dari segi rupa manis jika dipandang tak kira dari jauh atau dekat, orang tetap meletakkan papan tanda imaginari 'Jangan Berhenti' di hadapan kedai kami.

Tak mengapa. Aku sudah 15 tahun, dari aku duduk menambah beban yang sedia ada, baik aku merantau. Kerja kilang, cuci pinggan, jaga parking apa yang patut. Persetan Magic 8-Ball, aku tengok cermin. Aku nampak seorang remaja yang tampan, manis dan segak.

'Jadi receptionist pun OK gak ni, takpun doorman.' Bisik aku.

Maka merantaulah aku ke kota. Dengan 2 persalinan beserta 50 ringgit dalam poket, aku gagahkan kaki mengetuk setiap pintu pekerjaan yang tak memerlukan kelayakan akademik.

'Cuci pinggan mau ka tambi?' Kata seorang pemilik kedai mamak terkemuka di kota.

'Hello. Saya hensem tau. Kasi la kerja kelas sikit.'

'Bikin air mau? Tau tarik? Tek tarik, kopi tarik, milo tarik ada pandai bikin?'

'Aku lesing jugak kau ni karang. Dah la. Aku nak pegi kelab malam lagi bagus. Hari pun dah malam.'

Di depan aku adalah pintu gerbang milik salah satu kelab bertaraf 5 bintang. Aku sembur minyak wangi Follow Me yang aku curi di supermarket pekan aku simbolik kepada pemberontakan aku terhadap sistem harganya. Murah 10 sen? Haram jadah!

Wangi, bau bedak. Aku melangkah ke pintu masuk. Baru nak ketuk bagi salam, penjaga pintu tahan aku.

'Lu kepam la mat. Budak lak tu. Cari makan ke?'

'Saya nak cari sesuap nasi. Saya hensem, boleh aje jadi doorman macam brader kan?'

'Lu badan sekeping ada hati nak jadi perajurit kelab ni. Pegi balik makan protein!'

Aku kecewa. Tak pernah seumur hidup orang kutuk aku sebegitu rupa. Baju aku kepam, aku faham tapi aku wangi apa, dari doorman itu harap pakai je kemas tapi ketiak bau tempoyak basi.

Oh, sekejap. Aku calitkan sedikit deodoran yang juga dirembat dari tempat yang sama di ketiak. Lady Speedstick. Aku tak faham maksud dia apa, dah itu je orang ramai beli. Kalau aku pakai maksudnya aku ikuti perkembangan terkini. Begitulah seadanya.

Perlahan aku meredah gelap malam mencari tempat aku memulihara tenaga. Esok mahu berjudi. Judi nasib macam hari ini.

Lokasi menarik untuk melakar peta kampung aku memang payah nak cari walaupun di kampung biasanya aku tidur atas lantai beralas kain pelekat bapa, berselimutkan bintang, berbantalkan rembulan...Lengan maksud aku.

Aku patah semula ke kelab tersebut. Kali ini aku berdiri agak jauh dari pandangan doorman tersebut. Manalah tau, untung sambut timbul ada janda cantik lagi kaya yang terpesona dengan wajah kecukan antara benua aku ni. Maunya aku tidur atas tilam air malam ni.

Betul, ada janda kaya tegur aku. 'You nak masuk dalam ke?'

'Taklah. Saya doorman pintu gerbang. Berdiri saya di sini untuk menjalankan tugas yang diberi.'

'Jangan temberang la. You hensemla. Muka ada iras-iras sapa tu.. Ala.. tak ingat dah. Tapi hensem la.'

'Ramai orang cakap macam tu. Apa boleh buat. Mak bapak saya banyak sangat kacuknya.'

'Kelakar pula tu. You ni charming la, walaupun nampak macam sekolah pun tak habis lagi.'

'Charming? Pelat ke? Kambing tak tau nak sebut?'

'Dear Lord. Despite your juicy face, you are nothing but a piece of crap.'

'Hah?'

'Tak ada apa-apa. Jom ikut I. I dah boring buang duit kat sini.'

Dalam kepala aku dah bermain-main keempukan kamar tidur orang-orang kaya yang aku tengok secara curi-curi dalam TV di rumah jiran aku.

Tidur jelah yang aku tau. Lain-lain aku masih terlalu naif dan kekampungan untuk menerokai urbanisasi. Sampai di pintu rumah aku dihambat ke tingkat 3 rumah janda tersebut. Oh, dan namanya Ananimus.

Bermulanya episod hitam dalam hidup aku. Kedaraan aku dirobek janda kaya yang wajahnya persis sang rembulan. Maksud aku bulan. Berkawah.

Jijk tak jijik sangatlah, dalam aku menolak lama kelamaan aku pula yang meminta sampai naik mual minah sorang tu. Semua aku nak aku dapat. 2 bulan aku dengan Ananimus, aku sudah empunya sebuah kereta mewah, 2 pintu lagi. Sealmari pakaian berjenama, setempayan minyak wangi yang aku tak pernah jumpa dekat supermarket kampung aku, sepatu yang nampak keras dari luar tapi empuk macam tilam berharga 15,000 ringgit yang aku tidur tiap-tiap malam.

Itu baru sikit. Duit jangan cerita. Aku sudah ada akaun simpanan tetap. Tiap-tiap bulan 10,000 mesti didebitkan dalam akaun tersebut. Wang tunai? Dompet pun aku tak pakai lagi dah. Barisan kad kredit platinum aku main letak sahaja di mana-mana poket yang ada. Kalau hilang satu, ada lagi lapan belas.

Mengenangkan kesenangan yang aku ada sekarang, aku teringat keluarga aku di kampung. Ini semua minyak wangi mahal punya pasal la ni. Dah aku teringat kat supermarket, dan-dan aku ingat orang tua dan adik-adik aku.

Sedikit khabar berita pun aku tak bagi. Hajat untuk pulang ke kampung memang ada tapi setiap kali aku hidupkan enjin kereta, Ananimus pasti menarik aku ke ranjang.

'I dah bagi you macam-macam, jangan degil cakap I. Tanpa I, you sampah.'

'Yelah.' Balas aku sambil membetulkan posisi yang dipaksa belajar dalam kitab Kamasutra.

Dan nampak gayanya, sepanjang hayat aku akan terus begini. Tak boleh ke mana-mana. Nak beli gudang garam sebatang pun kena berteman. Lemak betul.

Dah lah. Penat aku menaip kisah hidup aku ni. Besok aku sambunglah. Jari aku ni kejap lagi nak kena buat kerja lain.

Mengurut dan seterusnya... apa ek? Aku dah lupa. Nak kena buka kitab balik ni.

Selamat malam.

Terima kasih dan jangan datang lagi

Semasa aku terpele'ot tempoh hari, luka-luka superfisial meliputi hampir keseluruhan bahagian lutut kiri dan ke bawah.

Dan dari superfisial maksud aku tak ada apa-apalah. Jentera bermotor Abah jika seimbas pandang penunggangnya jika tak ditahan Unit Rawatan Kecemasan pasti sedang ditalkin dan disoal dalam liang lahad.

Mujur aku selamat. Dan yang penting jari-jemari ini selamat dan muka aku pun selamat. Susah nak cari makan jika ianya rompong dan bersalut kuping.

Itu Khamis lepas.

Semalam, sekitar jam 8 malam, sekali lagi aku ke hospital kerana masalah kesesakan nafas. Dalam kepala aku bermain-main montaj yang menggabungkan siri-siri medikal lantas menjadikan ia medley. Dada kanan aku sakit.

Bersama-sama aku berbaringan di atas katil dalam wad kecemasan adalah seorang bayi berusia 9 bulan, seorang budak lelaki berusia 6 tahun dan staf-staf syif malam beserta seorang doktor on-call.

Di kaunter pendaftaran...Aku tak ingat siapa tapi semuanya kelihatan risau. Ada yang berteleku, ada yang mengesat air mata dan tidak kurang juga mereka yang berdoa.

Terima kasih jika dalam doa kamu itu terselit klausa 'budak jaket hijau berseluar pendek selingsing atas lutut sebelah kiri dan rambut macam semak belakang rumah'.

Seketika aku dalam wad aku pelajari banyak benda. Dan dalam banyak-banyak benda, hanya 1 yang betul-betul signifikan untuk kita semua.

Jangan dipersoal klise berkenaan jabatan gomen.

Doktor mengambil masa sejam untuk membuat keputusan samada patut atau tidak menghantar bayi tersebut ke Hospital Besar. Bayi itu dah kebiru-biruan. Diagnosis aku, budak itu ada masalah jantung. Kata doktor, 'We leave this case to the specialist. I'm not the baby type. Hok tuih!'

*2 ayat terakhir ditambah untuk menyedapkan cerita.

Tiba giliran aku untuk diperiksa, budak 6 tahun tersebut mula melalak tak tentu pasal. 'SAKIT! SAKIT! SAKIT!'

Aku pun sakit juga. Dan jika diizinkan dari segi umur, aku juga ingin melalak sedemikian rupa namun ego aku sebagai lelaki dan pra-dewasa menghindarkan aku dari dicemuh kakitangan hospital. Budak tu perut dia keras. Diagnosis aku, perut kembung. Angin banyak. Terlalu banyak aiskrim, terlalu banyak masak lemak cili api, terlalu banyak minuman berkarbonat dan terlalu minimum pengambilan air masak.

Doktor cakap, 'Bagi dia makan pil ni.'

Pil tersebut warna hitam. Seperti yang aku jangkakan, pil tersebut berasaskan arang. Alkali. Meneutralkan asid dalam perut. Tindak balas kimia untuk meleraikan gas dalam perut memerlukan benda yang lain, benda yang aku tak tahu. Benda yang doktor itu pun tak tahu. Aku selalu ambil pil hitam tersebut jika aku cirit birit dan nyata ia mustajab untuk menyembuhkan gelodak makanan yang terurai dalam kelajuan Mach.

Setengah jam berlalu. Aku masih lagi mengurut dada. Budak itu masih lagi minta ibu dia sate dalam nada yang sayu dan menjengkelkan. Kaedahnya suntik ubat penahan sakit, terus diam.

Tiba giliran aku.

Oh. 5 minit sebelum budak itu balik, aku sudah pun menyarung selipar buat kali yang keenam namun ditahan oleh atendan setiap kali aku menghampiri pintu keluar.

'Sabar nak. Doktor sorang je malam ni.'

Jika dalam genggaman aku ada pasir, dah lama aku tabur pada muka dia dan lari ke kereta. Malangnya dalam tangan aku ada sebatang Sampoerna hijau dan itu rokok yang terakhir aku ada.

Tekanan darah diambil. Ritma normal. Ujian tarik dan lepas nafas sambil stetoskop dilekap pada bahagian tertentu dada aku juga normal. EKG, juga normal.

'What is going on?'

'My right chest, damn it hurt like hell. I think it's a side effect from my accident recently.'

'Emm..Pakcik Ghani, give him shot, stab on his right bottom cheek.'

Katanya otot dada aku terlalu tegang. Aku tidur tanpa seurat benang. Aku punya sebab kenapa begitu harmoni keadaan aku ketika tidur. Aku mahu luka aku kering cepat tanpa perlu letak sebarang bahan kimia. Angin memainkan peranan penting.

'Tak sakit ke?' Tanya Pakcik Ghani sesudah dia mengeluarkan jarum dari punggung kanan aku.

'Tak. Dah biasa kena suntik...' Belum sempat aku habiskan ayat, Pakcik Ghani terus menyampuk.

'Astaghfirullahalazim....' Dan aku pantas mencantas sebelum orang tua itu bacakan aku Yasin.

'Chill. Saya ada cosmetic surgery. Tengok lengan kiri.' Kata aku sambil menayangkan tatu yang dihina masyarakat.

Pakcik Ghani orangnya penyabar. Berketayap, bibirnya sentiasa basah dengan zikir dan semua sifat stereotaip orang-orang berketayap.

Tidak sekalipun aku cakap dengan dia dengan rasa hormat. Aku cuba hormat sedaya yang boleh, tapi kesakitan aku menukarkan nada normal (hormat) kepada nota tinggi dan sedikit kasar. Terpacul sial, babi dan celaka acap kali.

Seperti yang aku cakap, stereotaip orang berketayap. Disambut semuanya dengan senyuman walaupun dalam hati berkepul-kepul kebencian.

Doktor dah lama pergi rawat orang lain atau dalam erti kata lain berbual dengan makcik-makcik yang dari awal sibuk mengesat hingus dan air mata. Dia hanya bagi arahan kepada jururawat dan pegawai perubatan. Habis mengarah, sambung berceloteh.

'Ni painkiller. Ambil 2 biji 3 kali sehari. Krim ni sapu kalau sakit.'

'Vicodin ada?' Jolok aku sambil terbayangkan House yang OD ubat tersebut.

'Takdak. Itu kalau nak kena ada surat doktor then pergi farmasi.'

'Damn.' Bisik aku lantas kembali kepada nada biasa. 'Takpelah. Ok, saya balik dulu.'

Terkebil-kebil Pakcik Ghani, doktor dan kakitangan hospital. Mereka tunggu 2 perkataan azimat yang menjadi permata berharga setiap kali tugas mereka dilaksanakan.

'What did they want? A kiss?'

'Terima kasih la mangkuk!'

5 minit selepas aku keluar dari hospital, aku membuang masa dengan menyalin dan menonton porno secara beregu di rumah kawan aku. Mujur aku bawa bersama cakera keras mudah-alih.

Pakcik Ghani itu pseudonym. Nama betul dia Cico Harahap Sarip juga aku tipu untuk melindungi privasi dia sebagai petugas gomen.

Sabtu, Mei 17, 2008

Racism sebagai polisi

Tak banyak aktiviti yang aku boleh buat dalam masa 3 hari ini melainkan stone painkiller dan menonton filem yang aku muat-turun.

Secara kasar, aku memiliki hampir 400 filem yang memakan masa 3 tahun untuk aktiviti pengumpulan. Aku bukan kaki wayang, satu hal aku tak suka berhimpit dan satu hal lagi aku jemu tengok lelaki sekeliling aku main gentel-gentel puting payudara dan vagina teman wanita mereka.

Dapatkan bilik, boleh?

3 hari ini aku menghabiskan banyak masa berbaringan di hadapan skrin dan mengekod mesej-mesej tersirat dalam setiap tayangan.

Satu cerita yang membuatkan aku tak lekang dari pen dan kertas adalah Harold and Kumar: Go to White Castle.

Harold adalah Junior Analisis Pelaburan di sebuah syarikat perbankan manakala Kumar merupakan seorang bakal pelajar Sekolah Perubatan. Mereka berdua merupakan hiper-genius dalam bidang masing-masing, dan jika berpandangan secara stereotaip mereka berdua adalah ulat buku yang tidak ada kehidupan sosial, sentiasa berkemeja dan berseluar slack, skema dan segala sifat yang berorientasikan kebaikan.

Separuh betul.

Abaikan benda-benda yang berkisar tentang fizikal dan rohaniah mereka.

Dalam salah satu bahagian dalam filem tersebut, Harold baru kehilangan kereta kerana dicuri seorang bintang drama tv kerana Kumar meninggalkan kunci di iginition tanpa sebarang curiga. Harold ingin membuat panggilan ke balai polis dan telefon awam yang paling dekat berada di seberang jalan.

Tak aku pasti samada undang-undang begitu ketat di Amerika bagi mereka yang jaywalk, tetapi dalam filem tersebut nyata penguat kuasa undang-undang a.k.a polis sangat bersifat perkauman atau dalam aspek lebih besar, bersifat kebenuaan.

Harold dikompaun sebanyak USD 220, satu nilai yang tak masuk akal bagi mereka yang jaywalk pada jam 2.30 pagi. Dan kata kuncinya di sini adalah racism atau kontinentism(?).

Kumar cuba menegakkan keadilan dengan hujah bernasnya. Sedutan sarikata dari bahagian tersebut:

Kumar: Excuse me, officer, let me take a couple of guesses.

Polis : I'm really sorry... Get your hands down!
Okay, alright. No sudden moves. Back it up!

Kumar: You were probably the big asshole in your high school, right?

Polis : Absolutely right.

Kumar: Used to pick on guys like us every day, right?

Polis : With pleasure.

Kumar: Then graduation day came, and we went to college, and you went nowhere, and you thought,"Hey, how can I still give them shit?

Kumar: I know, I'll become a cop." Well, congratu-fuckin'-lations. Your dream has come true. Now, why don't you just take this quiet little Asian guy with the Anglicized name that treats you so well
and give him a couple of other tickets? Better yet, just take him to jail.

Seorang stoner, super genius dalam bidang perubatan, berani atas nama keadilan.

Dan ia membuatkan aku berfikir. Penguatkuasa undang-undang semuanya begitukah? Apalah nasib mereka yang bukan sekaum, berlainan warna kulit, berbeza agama bertentang kepercayaan dengan autoriti?

Jika benar, sakit. Toleransi hanya wujud jika sewarna, sebangsa, seagama. Jika tiada persamaan dari kriteria tersebut, wang menjadikan ia selaras.

Minta-minta Malaya bebas dari pemikiran autoriti yang dijana dalam filem tersebut.

Khamis, Mei 15, 2008

Un-Jawi 2

Kebetulan ketika mendapatkan rawatan di hospital, aku bertembung dengan Un-Jawi 2. Impresi pertama, aku gelak.

'Muka kau macam sial.'

'Kenapa? Kau pun sama mehh.'

Un-Jawi 2 membela misai manakala aku pula berambut umpama rumpunan serai(occasionally).

Un-Jawi 2 mengusung ibunya. Juga benda yang pelik kerana seingat aku dia paling benci dengan ibunya. Pernah 2 bulan tinggal di pusat snuker kerana berselisih faham.

'Kau dah nak mampus ke? Kau punya dying wish ke?'

'Mulut jaga la cibai. Aku orang baru la. Sudah bikin teladan simpadan apa lanciau.'

Hajat aku mahu pulang terbantut. Duduk bersama Un-Jawi 2 menemani beliau menunggu ibunya diperiksa dan diberi rawatan.

'Apa sakit you panya ma?'

'Biasa la orang tua meh. Itu saja boring duduk rumah, mau pigi shopping badan tada kuat. Sini jugala kasi itu jalan-jalan.'

Betul juga apa Un-Jawi 2 cakap. Tapi kontradiktif dengan prinsip yang dia pegang 6 tahun lepas.

Dulu, 'Wa punya ma slalu bikin wa panas. Itu luma suda slupa oven. Kasi keluar itu luma tinggal sini lagi baik!'

Sejurus selepas aku menziarahi dia yang sedang mabuk bersama tahi judi lucky ball yang lain. Benar dia punya skil dalam perjudian, tapi sampai bila dia mahu hidup dalam lingkaran tak sihat. Ibunya di rumah, walaupun serba serbi lengkap tidak pasti senang duduk dengan kehilangan anak lelaki terakhirnya.

2 bulan, masa pergi sekolah dia pergi. Masa belajar dia belajar. Masa nak balik dia ada lagi belajar. Petang sikit lesap, tempat biasa, buat benda biasa. Berjudi sampai pagi. Boleh dia hidup 2 bulan dengan hasil judi. Hebat.

Ibunya bukan tidak prihatin. Hari-hari dia datang ke sekolah mahu memujuk Un-Jawi 2 pulang. Namun egonya sebagai lelaki susah nak dijinakkan. Dia memilih untuk diam seribu bahasa dan mengharapkan ibunya pulang tanpa diherdik.

Punca perkelahian adalah ibu Un-Jawi 2 enggan menerima teman wanita beliau. Teman wanitanya tua 5 tahun, sekolah tak habis dan bekerja di pub murah. Macam mana dia kenal dengan perempuan tu, biarlah aku, Un-Jawi 1 dan 2, dan Maha Mengetahui sahaja tahu.

Keluarga Un-Jawi 2 bukan calang-calang. Bapanya ahli perniagaan yang disegani ramai. Ibunya pula aktivis sosial yang giat dalam usaha meningkatkan taraf hidup borjuis kelas bawah dan pertengahan. Keluarga ada nama, kenalah dijaga baik.

'You're a fucking nila back in time.'

'Nila?'

'Nila dengan susu punya ceritalah.'

'Uncanny.'

2 bulan. Epifani major adalah dia hilang tuah. Segala wang kemenangannya menyusut perlahan hingga kontang pada minggu yang terakhir. Hari terakhir sebelum dia buat keputusan untuk pulang ke rumah, aku bawa dia pergi makan kueh udang. Murah.

'Masuk ni dah dekat 20 kali aku bayar kau punya makan.'

'Aku taulah. Nanti aku bayar kau punya makan dekat sekolah.'

Tak habis pun makanan, Un-Jawi 2 bergegas lesap entah ke mana. Aku lukakan perasaan dia ke? Entah. Dia lelaki, emosi tidak patut bergolak dengan sindiran sinis. Kerat telur kasi anjing makan la itu macam.

Aku pulang dengan bermacam persoalan.

Keesokan harinya. Di sekolah.

'Mari. Kita panjat pagar makan ayam goreng orang tua bulu putih.'

'KFC? Kau pecah rumah siapa semalam?'

'Kasi panjat dulu, nanti cerita.'

Menyusuri belakang sekolah yang menjadi sarang kepada segala jenis parasit yang ada di muka bumi.

'Jangan cakap kau dah balik rumah.'

'Kau dah cakap, aku tak payah cakap.'

Aku dibelakang menguntum senyuman. Singgah di rumah teman wanitanya, naik kereta pergi ke pekan. Persalinan street wear sentiasa ada, walau di mana jua kami berada. Mangsa kali ini adalah adik teman wanita Un-Jawi 2.

'Mak kau tak cakap apa-apa ke?'

'Aku balik rumah sudah cukup. Dia mau cakap apa, lantaklah. Aku sama aku punya girlfriend sampai mati mau join.'

6 tahun yang lepas.

Beberapa jam yang lepas.

'Mana Yin Yin?'

'Dia sudah lari sama itu bapak ayam.'

'Loh. Kau ok tak?

'Sudah 3 tahun la. Aku sudah ada girlfriend baru. Mak aku yang pilih.'

'Kasi tengok satuuu.'

Un-Jawi mengeluarkan i-Phonenya. Aku telan air liur. 2 sebab. Telefon dia dan teman wanitanya.

'Kasi aku lapaaannn!'

'Cibai. Lu suruh lu punya ama cari la.'

'Tak kuasa aku.'

Ibu Un-Jawi keluar dari bilik rawatan. Perbualan terhenti setakat itu. Masing-masing menuju ke kenderaan.

'Lagi 6 tahun,' bisik aku. 'Aku nak tengok anak dia ada 2 bas.'

Terma S&M tak wujud, M sahaja dalam kes ini.


S di atas merujuk kepada Sadism. Sadism adalah kepuasan seksual dan aseksual yang menyebabkan humilisasi atau kesakitan atau kedua-duanya sekali terhadap atau oleh orang lain.

Kata kuncinya adalah orang lain. Jika ada orang lain terlibat dengan benda yang berlaku kepada aku, maka tanpa rasa gusar dan serba salah, panggillah aku sadistik.

M pula merujuk kepada masochism, sama sahaja maksud seperti Sadism di atas cuma tukarkan orang lain kepada diri sendiri.

Dan jika kamu beranggapan aku seorang masochist, sila ketuk dahi kamu dengan penukul besi hingga terejakulasi. Itu baru masochist.

Cerita panjang dipendekkan. Aku tergelincir pagi tadi semasa keluar mencari bahan pengenap tar dalam sistem pernafasan.

Padan muka aku kerana semua jari kaki sebelah kiri, lutut(rujuk gambarajah), pinggang sebelah kanan belakang, bahu kanan dan siku kanan hancur kulitnya. Kulit je hancur. Masih hidup dan menendang ia keras (still alive and kickin' it hard).

Seberapa hemahnya kamu di atas jalan raya, pasti akan ada benda-benda seperti orang langgar daripada belakang (check!), orang tendang dari atas motor semasa berhenti di simpang (check!), jalan yang bersalut minyak (check! Adui!) dan perkara-perkara lain yang tak akan terlintas dalam kepala akan berlaku.

Nasihat dari aku; sebelum memulakan destinasi, baca doa apa yang patut minta lindungi dari bala (my bad) dan mengucap sebelum kunci dipulas di ignition.

Pisau itu hanyalah eufemisme untuk mengelakkan orang bersepsi aku mat rempit.

Aku bukan.


Selasa, Mei 13, 2008

Dilema profesi berkenaan nombor 1, congak, hitung, hisab. Nostradamus sudah mampus.

Nombor 1. Puncak. Aksiom. Altimet. Atas kepada yang atas.

Takut juga mengenangkan nasib di kemudian hari. Orang yang bakal menerajui tampuk pemerintahan datang dari golongan yang bermasalah.

Masalahnya jika hendak diceritakan di sini maka hingarlah persekitaran Pekan Kacau yang kini telah pun diharmonikan oleh juara pentas realiti kepimpinan baru-baru ini.

Aku telah berada di sana. Sama, 2 hari tapi atas kesalahan yang lain dan jika nak dibandingkan kesalahan aku hanya sekelumit. Masih lagi juvenile. Kesalahan kerana menjadi naif. Dan dia, berada di sana atas nama rakyat. Cukup matang dan dewasa. Wow.

Bahaya juga jika salah jolok. Dijoloknya sarang lebah, madu diperoleh. Tiada sakit, tiada konsekuensi. Jika disangka yang dijolok itu nangka lebam walhal ianya sarang tebuan, duduklah di hospital buat sekian waktu atau lebih teruk lagi, sebelum sampai ke hospital kamu sudahpun flat line.

Tak mengapa kalau tak faham benda di atas.

Lebah itu menggambarkan sesuatu yang kita dapat jangkakan manakala tebuan adalah worst case scenario. Jika ia lebah, maka kita semestinya sudah bersedia terlebih dahulu. Sarang tebuan pula disangka nangka lebam, sesuka hati jolok tanpa memikirkan kemungkinan yang lain.

Masih tak faham?

Penulisan politikal. Satu cabang penulisan yang kritikal. Sentiasa ada kemas kini. Sentiasa sejajar dengan perkembangan semasa.

Disebabkan berita politik bergerak dengan kelajuan wap, sudah tentu ada fatal sepanjang penulisan. Typos tolak tepi, kecik punya hal la itu kichi. Maksudnya di sini fatal dalam fakta. Samada terpesongnya fakta atau terlebih ekspos fakta.

Fakta terpesong datang dari khabar angin dan mungkin juga salah taksir informasi dan tidak mustahil tersalah translasi. Itu yang aku nampaklah.

Fakta yang terlebih ekspos, lebih-lebih lagi melibatkan mereka yang berprofail tinggi, lebih berbahaya daripada fakta terpesong. Ini kerana dalam sibuk menafikan, orang ramai dapat menghidu apa yang sebenarnya bergolak. Kau sibuk dengan 'Eh, taklah.' dan 'Bukan aku la tu.' waima 'Pandai-pandai je depa bikin cerita. Dah tak laku sangat ka paper depa?'.

Ambil bidalan sang Tupai. Sungguhpun raja rimba boleh diperkotak-katik serta makan tidur berak kencing di atas pokok, lambat laun samada pokok itu sudah tua dan rapuh atau hujan lebat menyebabkan kegelinciran mudah berlaku atau raja rimba sendiri panjat pokok tersebut. Lambat laun, jika tak tersembam ke tanah, ke tembolok raja rimba jugalah penamatnya.

Tupai itu dialah. Tak perlu didefinisikan siapa kerana kamu lebih bagus daripada itu. Tak perlu diberi pentunjuk untuk memecahkan cipher, itupun jika ia maha rumitlah.

Penulisan politik yang agak kabur kesahihannya itulah dia menjolok sarang lebah. Mereka selamat kerana mereka sedar outcome yang menanti. Kenapa? Kerana mereka inilah yang sering mengangkat sesetengah individu, walaupun ramai sudah tahu dia korup, melangit tingginya. Jalan selamat, poket jadi berat.

Kebiasaanya yang agak kabur itu ditempel dengan fakta yang dibuat-buat dan diiakan oleh semua kerana penempelan itu semuanya baik-baik belaka. Tiada calit, tiada burit. Dan itulah dia media arus perdana, apa benar istilah tersebut ujud tak tahu pula aku. Oh, wujud. Aku baru semak.

Syabas kerana usaha kamu menyelindung selama ini membuahkan hasil. Aku ditohmah keluarga aku sendiri kerana kamu, bajingan!

Dicerca orang lain bagi aku itu tak mengapa tapi jika famili sendiri berpandangan serong, itu satu benda yang berat. Tempat terakhir untuk bergantung kini berpaling tadah, mana aku nak berteduh?
Menjadi radikal pada usia yang muda tanpa sokongan keluarga atau pemahaman konsep radikal oleh keluarga itu sendiri adalah benda sial. Cuci otak mereka dengan apa? Tepu sudah disaji lembaran enak berita palsu.

Berkira-kira aku nak makan apa esok dan kemudian hari.