Isnin, Disember 28, 2009

Sensasi Ketuhar Gelombang Mikro

I took several medications, the strong ones, nak melawan demam yang hinggap sejak 3 hari lepas.

Bermula dengan bersin tanpa henti, ia terus merebak hinggalah panas satu badan. I went to the doctor dan beritahu dia aku dah ambil vaksin flu A dan B beberapa bulan yang lepas. Untuk aku, ambil 1o biji pil sudah cukup untuk meletakkan tahap imunisasi aku di paras yang sama dengan sebatang besi tahan karat seberat 70KG. You see, they don't get sick nor rusty.

Doktor cakap vaksin tu mungkin dah habis terlarut(aku tak ingat terma) dan mana yang tak habis pakai telah dikumuhkan. That's like saying I'm a bitch who can't stand a fever, or radical weather changes. I proved her wrong by pumping both my guns dan dia sepantas kilat memohon maaf dan mempelawa aku untuk makan malam yang dimana aku tolak. Malam adalah masa untuk aku membuang lemak, bukan menambah lemak.

Aku habiskan masa 20 minit bertengkar pasal kelakian dengan doktor.

Dan dia terdiam akhirnya. I think she'd been spooked oleh sebilangan semangat yang asyik mengekori aku dewasa ini. I don't know, I was too busy basking in the glory of winning until she gave me a green form.

Aku ingat dia tunduk diam sebab takut. Rupanya dia isi borang ambil darah.

I'm not afraid of needle.

I don't.

So, aku pergi ke tempat ujian darah. Barisan yang panjang. Aku dah habiskan masa sejam menunggu nombor giliran dipanggil dan aku perlu tunggu lagi sejam untuk ambil darah?

To hell with it.

Aku cuba memotong barisan dengan terus bagi borang hijau dekat nurse yang ambil darah. Siap dah selinsing lengan baju lagi.

"Dik, ambil nombor."

"Damn."

You see, I'm not afraid of many things. And needle is one of them.

Aku punyalah cemas nak cepat siap sebab aku ingat ujian darah tersebut seperti yang aku bayangkan masa aku kecik-kecik dulu. Toreh hujung jari telunjuk, keluar darah setitik, balut dan kunyah lolipop yang doktor bagi. I was quite sure it's gonna be something like that sebab dek bosan menunggu, aku melilau-lilau ke tempat ambil darah. It's like psychological attack, asyik-asyik kena jenguk then it'll force people to work faster.

In this case, this people can't.

Tak ada scalpel. Tak ada mata pisau cukur. And worse of all, no lollipop! What the fuck?

You see, I'm not afraid of needle.

Yang digunakan bersama dengan benang untuk tampal jeans aku yang koyak.

Aku ketuk pintu bilik doktor.

"I think I'm gonna reschedule this tomorrow. Got an important business meeting that I need to attend to. Pronto."

Kalau sikit tak apa darah dia ambil. Dekat segelas.

That important business meeting I told you about, turned out it was gas.