Datang stim aku nak makan nasi ayam dan air berkarbonat yang kali terakhir aku makan entah bila. Aku nak makan dengan harmoni dan dalam masa yang sama aku nak terhibur.
So I figured the bus station why not.
Ada pelancong, perempuan, lelaki separuh perempuan, perempuan yang sedaya upaya untuk tampil kejantanan dan well, that's it. Apa lagi aku mahu?
Dengan seorang teman, jari telunjuk aku pantas menunjuk sebuah kedai makan yang di dalam stesen bas. Semua makanan berorientasikan ayam. Perfect kata aku.
I looked at the menu. Aku cari ayam stim. Takdak. Sedikit hancur hati aku tapi luka tersebut berjaya diubati dengan telatah kanak-kanak menendang maskot A&W yang berbau tungkik. Maka aku memilih makanan kurang berminyak yang seterusnya, nasi ayam panggang cili.
I was confused and my head's filled with so many questions regarding the food but I got a hell of distractions by the passerby so I put my questions on hold. Aku bersangka baik dan beranggapan nasi ayam panggang cili tersebut adalah nasi + ayam panggang yang dilumurkan cili.
5 minit seterusnya, BAM!
Air sampai. Nasi ayam pun sampai. Terus aku hentak meja dan kawan aku tersedak air.
"Dik sini jap."
"Apsal bang?" kata pelayan kedai tersebut yang aku syaki was soiling his pants.
"OK. Ni apa benda ni?"
"Nasi ayam panggang cili."
"Ni ayam apa ni?"
"Ayam goreng bang."
"Habis tu apa yang dipanggang?"
"Cili."
Aku campak not 100 dan pergi bersama angin meninggalkan rakan aku yang terpinga-pinga.