Sabtu, September 04, 2010

"Siapa perempuan tu?"

Sepupu aku ada pos satu video kejadian di dalam LRT di mana seorang perempuan terpekik terlolong dekat pintu mempersoalkan kenapa cintanya selama ini kepada lelaki tersebut punah disebabkan kehadiran orang ketiga.

Aku sendiri nak muntah bila nak habiskan menaip perenggan kat atas.

Aku tak boleh nak cakap mempersoalkan sebab hampir kesemua ayat yang dikeluarkan dari mulut perempuan tu tak ada tanda soal dekat hujungnya. Semuanya tanda seteru dan banyak juga asterisk digunakan.

Aku tengok untuk kali pertama menggunakan speaker 5.1 aku. Uih aih, bingit. Aku pause sekejap. Aku cucuk earbuds dengan sistem pembatalan hingar. Aku tekan butang F5. Mak aih.

Perempuan tersebut benar-benar menyayangi teman lelakinya.

Aku petik sikit apa perempuan tu cakap,

"PUKIMAK!!!"

Dan juga,

"SIAL!!!"

Itu pada aku adalah lambang cinta suci. Kamu takkan dapat melontarkan kata-kata sebegitu kasar kepada jantina yang berlainan tanpa ikatan yang cukup kukuh. Pernah kamu dengar orang baru mula-mula bercinta cakap macam ni:

Teman Lelaki : Fuck you bitch!
Teman Wanita : O yeah? Say one more word and I'll chop your dick off and feed it to the bloodhound.

Tak kan?

Orang baru nak bercinta mestilah semuanya nak nampak elok. Di peringkat awal perhubungan semuanya manis, uih aih. SMS semua mesti ada nota kaki "I love you" atau "missing you" atau lain-lain. Lain pula keadaannya bila sebuah perhubungan itu telah berusia 6 bulan. Bila dah sampai 6 bulan, perbualan di atas mungkin jadi kata memanjat cinta harian kepada yang dirindui.

Aku tak dapat nak stomach kesemua perbualan perempuan tersebut sebab semuanya 8 desibel ke atas. Menitik darah keluar setitis demi setitis melalui celah rongga telinga. Aku pun naik seram sejuk tengok perihal sedemikian lantas menanggalkan earbuds dan terus cuci muka mandi hadas besar pelbagai. Aku rasa sungguh kotor zahir dan jiwa bila menonton dan mendengar secara terperinci video tersebut.

OK aku nak sambung buat kerja. Aku nak beli spek 3D nak pakai raya ni. Orang heboh sunglass Ray Ban-lah, Oakley-lah, CK-lah, apa cirit? Spek 3D la woi! Baru ada rupa orang tak siuman. Bukan apa yang orang zaman sekarang pakai ni tak macam orang kurang siuman?

Fikirkan tu.