Selasa, September 07, 2010

Semoga Tuhan Memberi Rahmat.

Ahad pagi.

Badan memang dah rasa lembik. Aku tahu aku tak patut keluar hari Ahad lepas tapi aku dah janji nak tengok PCK the movie. Aku hanya memakai sehelai t-shirt nipis dan seluar pendek. Selepas habis tonton aku pulang dengan hampa sebab cerita macam sial dan badan aku terus jadi tak bertenaga. Sikit lagi aku nak langgar divider sebab nak putar stereng pun tak larat.

Ahad petang.

Di rumah aku dah mula cakap sorang-sorang sebab kepala aku dah panas dan badan aku kejap-kejap menggigil, kejap-kejap berpeluh.

Ahad malam.

Orang lain berbuka, aku berbuta. Membuta. Tidur maksud aku. Dari pakai baju lima lapis sampai tak ada benda pun aku pakai.

Isnin pagi

Waktu bersahur aku haram tak bangun. Bangun pun sebab nak hisap rokok tapi tak sampai suku aku dah kembali terlelap. Mujur tak terbakar bilik aku. Jam dah pukul 7 pagi. Aku cek wallet. Fuck! Tinggal 50 ringgit dan sekeping nota seringgit. Aku gagahkan diri start enjin kereta untuk pergi ke klinik berhampiran. Dalam perjalanan aku terlanggar kon, dahan pokok, papan tanda AWAS, tergesel sikit dengan lori. Tunggu dekat 2 jam barulah dapat ambil darah siap jumpa doktor dan panadol sepapan. Bapak kedekut sial hospital tapi bila fikir-fikir balik, masuk akal juga. Dengan bayaran sebanyak RM1, aku dapat nasihat doktor, ambil darah, ubat dan juga nombor telefon nurse yang tolong lap muntah aku.

Isnin tengahari.

Aku tidur sampailah ke senja.

Isnin malam.

Memikirkan high fever aku mungkin berpunca daripada kurangnya aktiviti berpeluh, aku pergi ke gym untuk berpeluh. Aku bantai bench press 140, incline press 120, incline dumbell press 60, seated lever fly entah berapa berat aku bubuh aku pun tak ingat, dumbell curl 40. Semua nombor yang ditulis adalah dalam unit paun. Still, aku hanya berpeluh dalam purata 5 titik dalam setiap jam. "This is bad," aku bilang. Aku balik dan mandi pada jam 10 malam. Aku tahu ia tak baik untuk kesihatan lebih-lebih lagi aku sedang dilanda demam panas tapi siapa boleh tidur tanpa mandi? Dengan badan melekit macam kena sapu gam kanji. Dengan bau lagi, eughhh, fuck no. 5 lapis baju dan sehelai sweater di bahagian luar. Sleeping bed dan gebar 3 helai.

Selasa pagi.

Sedar-sedar je jam dah pukul 6. Sedar-sedar je satu hapah pun tak ada kat atas badan aku. Minda bawah sedar aku berfungsi dengan baik rasanya. Aku kena pergi ambil darah lagi hari ni. Kandungan platlet dalam darah berkurangan daripada 300 something semalam kepada 200 something pagi tadi. Setelah doktor bagi lesen besar untuk aku minum dan makan sampai aku sihat, aku balik tapi aku singgah Giant dulu sebab aku teringat this old rumor about this unproven clinically but somehow work remedy. 100 Plus. Aku beli ayam panggang seekor, capai dua botol besar 100 Plus dan pergi ke kaunter. Orang tengok aku atas bawah. Aku pakai: Topi, jaket, seluar pendek, stokin dan selipar. Mereka anggap aku orang kurang siuman yang berduit and let me through tanpa banyak soal.

Aku tak ada nak tunggu lama-lama, dekat dalam kereta aku bedal. Ubat, air, semua ada. Aku ratah dengan penuh lahap ayam tersebut tanpa menghiraukan makcik-makcik yang lalu-lalang. Kot ada yang ketuk tingkap, tanpa memandang, aku tunjukkan salinan bacaan darah dekat tingkap dan sambung makan.Bagi aku it ain't public, aku dalam kereta aku, my own personal space.

Besok aku kena pergi hospital lagi untuk cek darah. If my blood count drop to 150, soheh aku kena tahan wad raya ni which is awesome!