Lori
Lubang
Pihak yang membetulkan kabel letrik bawah tanah yang merentasi jalan raya biasanya meninggalkan satu garisan panjang berlekuk sedalam 2-3 inci dan selebar paling kurang 1 kaki setengah. Flaw seperti ini sangat merbahaya terutama bagi mereka yang gemar memandu laju dan mereka yang punch card-nya asyik merah hingga notis sudah keluar. Mujur lubang ini berhampiran dengan lampu isyarat maka dengan secara otomatik pemandu terdidik untuk memperlahankan kenderaan--pada waktu siang.
Bagaimana pula bila malam? Apa gila kau nak tunggu lampu isyarat tukar hijau? Kena sampuk hantu raya taulah. Di sini kepercayaan mistik masih lagi berleluasa, aku baru bertembung, from what I believe, seekor puntianak. Either that or a really faded flag. Jika kereta atau motor, mungkin tahap kesedaran sivik mereka masih tinggi dan akan berhenti seketika untuk memastikan tiada kenderaan lalu lalang dari arah berlainan dan bila didapati lengang, berdesut macam pelesit meredah dinihari.
Lori. Pemandunya dapat melihat dengan baik disebabkan faktor ketinggian kenderaan. Mereka tahu jalan lengang dari jarak 500 meter sebelum sampai lampu isyarat. Nampak macam tak ada apa, mereka drop gear dan tekan minyak sehabis yang boleh. Kot ada motor tiba-tiba melintas nasib kau lah jang oi.
Lubang ini tidak menjadi masalah jika ia dilanggar oleh kenderaan ringan sebab bunyi yang terhasil masih lagi tak dapat mengatasi hilai tawa pelanggan kedai makan berdekatan.
Orang tak hapik.
Aku orang yang kuat melatah. Berat verbal jarang melibatkan reaksi tubuh badan. Jika terkejut amat and this rarely happen like lake monster sighting, akan disertai dengan kungfu dan jika ada orang berhampiran akan ada ambulans sampai dalam masa 15 minit.
Bila lori langgar lubang yang sedalam 2 inci dan selebar sekaki, fuh dia punya bunyi.
Disebabkan ambulans habis minyak, aku terpaksa hantar seorang rakan semeja ke hospital 5 minit selepas pelanggaran tersebut berlaku. Selepas kembali dari hospital, aku pergi ke tempat kejadian dan mula menyiasat.
Lubang ini pada mulanya tak menjadi masalah sebab selepas kerja-kerja pengorekan dibuat, pihak bertanggungjawab telah menutupi lubang tersebut. Dengan pasir.
Aku pernah buat rumah, jalan tak pernahlah. Dan dari pengalaman, tak payah pengalamanlah, kot ditanya budak darjah 1 mereka akan jawab pasir adalah substance yang lemah, rapuh dan hanya sesuai digunakan untuk dibuat istana pasir. Sahaja.
I couldn't agree more.
Pasir nak tutup lubang? Lubang yang merentasi jalan. Sekali hujan dah bersih dibawa air. Aku tanya balik kat budak darjah 1 tu. Kalau pasir tak sesuai nak bubuh apa? Tar?
"Terlalu banyak kerja. Terlalu banyak kos" dia jawab. "Letak batu kerikil dan bubuh pasir untuk tutup rongga antara batu" dia tambah.
I was like, "Fuck! Why aren't we giving this kid scholarship instead of that guy?"
Lari
Aku pergi tanya orang yang bekerja dengan syarikat buat jalan. Aku bawak budak tu sekali. "Kau ulang balik apa kau cakap tadi."
"Bang nak balik. Dah pukul satu ni."
Aku cakap dekat orang tu berkenaan dengan lubang yang menunggu hari nak ragut nyawa orang. Aku ceritakan masalah, aku bagi usul, aku pau rokok dia sebatang.
"Ada benar apa pak cakap. Nanti saya bilang sama itu kontraktor."
Cerita ada benar ada tipu di atas berlaku minggu lepas.
Hari ni aku pergi balik tempat tu.
KELENGKUNG!!
Macam tulah bunyi dia lebih kurang. Melecur kulit dada aku dek tersiram air kopi O panas.
Next time, I'll be more alert to colorful light from afar. It could be the ferris wheel's back in town or it could be fatal.
Besok aku nak pergi jumpa D.O.