Seperti petang hujung minggu yang lain, aku akan berjoging di tempat aku selalu joging. Cerah kelam petang yang sama, kicau burung yang sama, sorak-sorai pukimak besar sial pemain MyTeam yang sama, penari kebudayaan yang buat latihan tarian yang sama, orang yang sama.
Orang yang sama aku maksudkan adalah mereka yang sama berjoging dengan aku. 80% adalah golongan berumur 50 tahun ke atas. Skala ini berubah jika hujung minggu tiba. Kenaikan bilangan lelaki juga substansial.
Aku sudah menamatkan larian aku berpuluh minit yang lepas. Jam pada kala itu menunjukkan 6 petang. Aku ke sudut lain padang untuk senaman intensif seperti pumping, push-up, chin-up, pretty much all the things you could do with parallel bars.
Aku kembali ke kereta untuk minum dan hisap rokok. Baru buka pintu, BAM!
Seorang lelaki India berusia lingkungan 50-an jatuh secara tiba-tiba dan kepalanya terhantuk dekat batu. Tiada jeritan menanggung perit sebab dia betul-betul knocked out. Laksana langau dan lalat menari kegembiraan di tempat pembuangan sampah selepas hujan, semua yang berada di padang tersebut mengerumuni tempat kejadian.
Aku masih lagi di kereta memikirkan mereka semua ada otak atau tidak.
Jika seseorang itu jatuh secara tiba-tiba dan kepala terhantuk dan ada luka dan dia tak ada keluarkan sebarang bunyi, best bet would be he needs a buttload of oxygen which is most of it was inhaled by the crowd.
Aku beranggapan mereka yang di dalam MyTeam adalah yang cerdik tahu CPR, tahu baca nadi, trivial emergency shit. I was wrong.
Dari jauh aku jerit, "check his pulse! He's still there or not?"
Seorang ahli MyTeam yang sudah lama memeriksa nadi, or so I think, dia letak saja dua batang jari dekat pergelangan tangan uncle tersebut. Dia tak tahu apa yang patut dicakapkan. Dia panik dan terus lari ke tandas berdekatan dan menangis like a bitch.
Aku menawarkan khidmat menghantar uncle tersebut ke hospital daerah yang berdekatan. Sangat dekat, jalan kaki dari padang tersebut hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Ambulans sunngguhpun telah dipanggil, masih belum sampai lagi sedang aku menghidupkan enij kereta.
Kereta aku kecil, uncle tersebut mak datuk besar gedabak. Sumbat. 10 orang angkat dia masuk ke bahagian tempat duduk belakang. Itu pun mencangut, so by now you get the idea how huge he is.
Signal kecemasan dipasang dan dengan kelajuan 80 km/j, aku tiba di perkarangan hospital 2 seminit kemudian. Ambulans tak bergerak lagi. Orang yang bertugas pun masih terpinga-pinga. Aku pekik "WE NEED A GURNEY, STATTTT!!!".
Bertambahlah kepingaan mereka yang deia terpinga. Untuk mengeluarkan uncle tersebut, bilangan tenaga kasar telah dikurangkan kepada 60%. Aku, adik uncle tersebut dan 2 atendan hospital berhempas pulas '1-2-3-PUSH!' selama hampir 5 minit. I thought by then he's gone already. Aku tak tahu, malas nak ambil tahu. Tugas aku sebagai seorang rakyat yang prihatin telah sampai ke penghujung apabila pundi kencing aku secara tiba-tiba dipenuhi air.
Keluar dari tandas, adik uncle tersebut sibuk membuat panggilan telefon which was a great moment to walk away like nothing happened. Aku power walk menuju ke kereta dan cruised my way home.
Aku harap dia masih hidup. Kalau dia meninggal semasa dia mula-mula jatuh atau dalam perjalanan ke hospital, dikhuatiri aku sedikit gentar untuk memandu lewat malam.
You know, sedang sedap memandu terdengar suara dari belakang.
"Adikkk, banyak trima kasih aaa..."