Rabu, Disember 24, 2008

Pwned!


Fear of sea serpents? 
Aku perlu menaiki bot sejauh berpuluh-puluh batu merentasi sarang makhluk-makhluk gigantum barulah aku dapat bertapa di situ.
___

Ketinggian ekstrim?
Check out the amount above sea level right there. 
___

Anak-anak kecil yang tiada pertalian dan tak pernah aku jumpa? 
Ingat senang aku nak pujuk Mya supaya dia boleh memberi pose istimewa untuk tatapan kamu semua? Siri percubaan untuk tangkap gambar dia mengambil masa yang panjang dari dia asyik mencebik bibir dan menjelir lidah hinggalah terpapar kecomelan luar biasa yang takkan ada pada orang yang dah seusia aku. Baik lelaki mahupun perempuan. Kot ada pun, itu kecomelan paksa, bukan yang lahir secara semulajadi.
___

Aku gemuk?
Not anymore. Gambar dirakam kala aku lift badan aku buat kali ke-20. Siap kaki dalam posisi bersila lagi. Kau ingat senang?
___

Batu meloncat-loncat atas permukaan air maksimum 5 kali?
Try min 15. Laksana pelontar bola lisut MLB. Ada pakcik nelayan ajar aku cara yang betul sebab dia datang dekat aku selepas lontaran gagal ke-10 yang mengakibatkan gadis-gadis melarikan diri sebab aku jerit penuh dramatik 'WHYYYYY!!!' dengan kedua-dua belah tangan diacungkan ke langit, the usual dramatic stuff.
___

Duit mengawal aku?

Aku bawa 200 ringgit dan aku pulang dengan 110 ringgit. 90 ringgit dalam masa 4 hari dengan macam-macam benda aku bawa balik. Makan macam esok tiada lagi, tidur mandi macam raja, segala expenses yang tak mungkin boleh dilangsaikan dengan hanya 90 ringgit. Maaf tiada sokongan visual kerana kamera bateri dah habis masa hari akhir aku di sana.

Di mana?

Entah.


Selasa, Disember 23, 2008

Berikan aku 5 bungkus mekanisme anti ketakutan.

Dalam poket aku ada ngam-ngam 200 ringgit tempoh hari. Khamis to be exact.

I go: what the hell am I supposed to do with this amount of money? Savings? Nahh..I'm too young for retirement plan.

Maka terlintas dalam benak kebenaran tentang duit boleh beli segalanya. Lalu aku cari apa kesesalan yang belum aku dapat tebus sepanjang 22 tahun aku berdiri atas muka bumi ni. Holy crap, banyak betul penyesalan yang tak bertebus. Gotta narrow it down.

Aku nak habiskan rezeki terpijak itu pada benda yang sampai mati akan memberi kesan dan sikit sebanyak boleh mengubah masa depan yang sedia terlakar. I know how does it ends for me, details by details. It's boring, I prophesied it.

One night, a dream came to me...Yawn! See? Boring as hell.

Aku penakut. That's a start. Aku tak takut pada benda-benda yang tak nampak. Entiti ghaib my ass. Rumah aku adjacent dengan kubur usang, beberapa pacak nisan milik mangsa zaman perang dan sebuah nisan sebesar van milik seekor gajah yang mati ditembak. Apa yang dah aku nampak dan rasai? Well, let's say aku ada makan asam keping dan garam banyak sikit dari kru-kru paranormal kaki penipu stesyen TV apa entah.

Takut kepada kegelapan dan segala isi di dalamnya baik yang boleh nampak mahupun tak boleh nampak yang dimana kehadiran mereka hanya boleh dikesan dengan deria keenam dan deria hidu yang tajam nak mampus keluar dari senarai ketakutan yang boleh dibeli.

Aku takut raksasa air. Sea serpent, lake monsters cos' they're real with big ass fangs and slimy exterior. Lagenda menyatakan banyak benda-benda bersaiz besar yang mendiami kawasan laut/tasik dalam di 1 kawasan peranginan di Malaysia.

Aku takut pada ketinggian. Gayat. Ketinggian ekstrim maksud aku. Paras ketinggian di mana the only way I could get there is that I pass out at the beginning of the journey dan sedar-sedar saja dah ada dekat puncak ketinggian ekstrim tersebut.

Ketakutan seterusnya: penerimaan anak-anak kecil asing terhadap aku. Guys that do well with kids, young strangers adalah permata dalam setiap mata wanita di luar sana. That and numerous wing-wangs in the bank account. Can't buy love without money these days, am I right? Dengan anak buah sendiri pun aku gagal apatah lagi dengan anak entah siapa.

Next will be ketakutan aku terhadap berat badan aku sendiri. Aku tak pernah cuba buat chin-up, satu bentuk senaman di mana kamu perlu grab a horizontal pole by both hands and try to uplift your body. I can't describe precisely using words, go Google it.

Apa lagi ya... Oh, ketakutan terhadap kegagalan melontar batu leper di permukaan air. Alah..yang meloncat-loncat tu. Banyak kali aku cuba, tak pernah jadi.

Dan akhir sekali, ketakutan terhadap benda tak bernyawa yang mempunyai some sort of control over me. Duit maksud aku. 

Dengan 200 ringgit dalam tangan, aku dapat beli semua tu. Tunggu datang stim aku nak taip kesinambungan kepada entri ini dan you'll get the idea. For now, I'm gonna lie down.

Selasa, Disember 16, 2008

Tolong berhenti.

Sejak jam 7 petang tadi, aku asyik buang air kecil. I was not counting but if someone told you this: 'is that toilet got some sort of nude wallpaper which you keep coming back once in every 5 minutes', itu bermakna aku kencing dalam amaun yang banyak.

Aku tak minum banyak air untuk hari ini sebab hari ini lembab dan sejuk membawa makna minum air dalam amaun yang banyak bukan punca kepada masalah kerap ke tandas aku. Itu saja yang aku dapat fikirkan. 

I went home. Tak selesa asyik ke tandas kedai makan. Bukan sebab kebersihan kerana aku adalah orang yang asalkan ada air, situlah aku pancut tapi aku naik rimas dengan populariti yang terhasil daripada kekerapan ke tandas. I got many nicknames and some of them are nasty ones dan aku taknak ada lagi yang menambah sebab aku nak orang kenal aku sebagai aku. Bukan sejenis watak yang diukir masyarakat.

Mak aku pula bising. Sebab aku kencing dalam sinki. Leceh pakai mangkuk tandas sebab nak acu dah 1 hal, nak cuci lagi 1 hal. Sinki adalah epitome kepada tempat kencing. If you haven't tried it, try it. It's fun to discover new thing. And once you get around it, there's no turning back. Sampai ke tualah kamu kencing dekat sinki. 

Feel disgusted? Get the fuck outta here or you can stay.

Aku perasan sesuatu yang pelik pada urin aku. Urin yang normal berwarna kuning tapi kali ini ianya sejernih air yang mengalir dari Banjaran Alps. No shit. Kenapa aku tak perasan masa awal-awal tadi, masa aku dekat luar tadi? Senang saja aku nak ke hospital sebab dalam kepala aku hanya bermain 1 benda sahaja.

Ya, itu. 

Badan aku juga sering keletihan kebelakangan ini. That's a sign, you think?

Dan mujur sebelum aku buat diagnosis aku sendiri dengan kelar kulit aku dengan pisau cukur, 1 panggilan telefon dari seorang teman masuk.

'How's them penis?'

'He'eh kau dah kenapa tanya pasal intan permata aku?'

'Ingat tak tadi masa kau minum kopi O kau tu?'

'Fo shizzle.'

'Pahit kan? Kau taknak letak gula kan?'

'Yah, fuck sugar by the way.'

'Itu barulah musuh dalam selimut.'

'Huh?'

Musuh dalam selimut. Satu keadaan di mana kamu rasa bebas dari sebarang ancaman sebab kamu berada dalam zon selesa dan kamu tak tahu keselesaan dan sense of belonging itu sebenarnya musuh nombor 1. Pepatah tersebut tepat digunakan malauan besar sial itu sebab he's the one who drugged me dan air kopi yang pahit yang aku paling suka itu juga menutup segala cela bendasing yang lain. 

Bukan dadah apa, benda boleh beli dekat farmasi. Dengan harga 10 sen sebiji, kamu akan dehidrasi dan seterusnya menurunkan berat badan dalam 3 ke 4 kg macam tu jika pil tersebut dikombokan dengan sedikit senaman. Pil itu dipanggil pil kencing. 

OK, gotta go.