Jumaat, Mei 21, 2010

Versus

Today I found a worthy adversary.

Masa kecil aku ada menunjukkan simtom awal seorang pembunuh bersiri. Mudah dikenal pasti sebab aku suka membunuh. Binatang. Aku ikut arwah Tok Ngah pergi memburu kadang-kadang jumpa binatang yang kita tak nak jumpa so menggunakan peluru pelali dos kasi tumbang gajah, arwah Tok Ngah tembak binatang tersebut dan beredar.

Dia dan teman memburu yang lain beredar. Aku maintain situ je. Kejung. Kelu. Keras sebab binatang tersebut berpotensi tinggi untuk meragut nyawa manusia. Dan jika mengikut dogma, binatang tersebut lebih gemar daging muda yang kekenyalannya tiada tandingan.

Aku selaku perajurit muda pada kala itu hanya dibekalkan sebilah parang panjang. Fungsi utama aku adalah buka laluan untuk memudahkan perjalanan atau lebih mudah, tukang tebas lalang.

Dan pada masa itu juga aku teringat tujuan kami berburu. Kami pergi memburu kancil. Logik aku sebagai seorang budak adalah, kenapa perlu pakai dos pelali gajah untuk buru kancil? Kemunasabahannya debatable. Melainkan arwah Tok Ngah akal-akalkan aku supaya aku tidak takut. Dalam aku heboh menghitung kebarangkalaian, aku dengar rengusan dari pada belakang.

"FUCK!!!"

Mencicit aku berlari. I was told a trick to immobilize that creature. Lari tegak menghala ke pokok. Kalau dahannya besar dan rendang, capai dahan dan panjat pokok. Itu paling selamat. Satu lagi cara memerlukan kepakaran bermain dengan faktor masa. By now, I think you've learnt the identity of that said creature. Kalau masih tertanya-tanya, ia adalah seekor babi hutan. Siapa cakap babi makan lumpur dan najis sendiri sebagai diet seimbangnya?

I chose the latter.

Kejar punya kejar punya kejar. SLAM!!! Dia dah keningau. Datang berani aku. Parang panjang aku sorong pergi dekat babi tu dan...

Aku jadi ketagih untuk membunuh sampai orang tua aku terpaksa melabur beli GameBoy untuk aku main King of Fighters 95. GameBoy yang besar batu tela tu. Aku tidak lagi ikut arwah Tok Ngah memburu setelah dia dapat tahu apa yang aku buat. Dengan skrin beresolusi rendah dan hitam putih, GameBoy tidak dapat memberikan kepuasan yang sama.

Orang tua aku bawak pergi masjid. Aku jadi kawan baik dengan orang-orang tua dekat sana. Aku paling suka pergi masjid bila Khamis malam Jumaat. That's where I got to fulfill my destiny; as a cold blooded killer.

Don't get alarmed, aku hanya membunuh cicak. Dengan habuan berjumlah 5 kupang seekor, kebiasaannya aku membawa pulang booty sekitar RM8 ke RM10. Duit tu berjaya memenuhkan almari aku dengan koleksi Dash Yankuro dan Gundam.

Back then I've got everything that is needed to hunt lizards. Speed, flexibility, agility, small hands, trained eyes, what have you. Dan aku memburu with bare hands. Kenal pasti lokasi berpotensi, lock target, kejar dan grab. Masuk dalam plastik. Ikat, tunjuk dekat AJK masjid untuk tujuan mengutip habuan. Apa diorang buat dengan cicak tu? Dia bagi aku balik untuk proses execution which is the part that I loved most.

And then I turned 12.

Tinggal semua tabiat tak semenggah. Jadi insan baru. Dari rambut ikal mengurai kepada botak tapak 2. Dari kurus kecacingan kepada gemuk sebab cacing kena obesiti maka segala nutrien aku yang serap.

Petang tadi lepas aku balik joging aku pergi jalankan ritual menjelang senja aku yakni pergi jamban dekat front porch untuk proses penyahtinjaan. Sedang aku syok hembus asap, aku nampak kelibat ekor yang panjang, about 7 inches long, terjuntai dari para tempat aku letak perkakas cuci kereta.

"Ekor 7 inci. Campur badan kepala mau dekat satu kaki," getus aku sendirian.

Aku sambung lagi hisap rokok sambil cuba solving the puzzle. Masih kabur lagi dengan realiti situasi.

"Nnnnn!!!"

Disusuli dengan batuk kencang dek tertelan asap.

"Sssatu kaki? That's a big ass lizard!"

Sekarang aku dah makin dewasa. Jika aku mampu jelajahi masa dan kembali ke 13 tahun yang lepas dan capai aku yang dulu dan time warp ke present then suruh aku yang 11 tahun tu tangkap mungkin segala masalah akan selesai. But then, aku tiada kuasa untuk time travel dan aku hanya ada satu alat saja kalau mengikut teori Matt Groening berkisar time travel yang di mana aku kerkurangan radiasi letupan supernova. And I might have gradually rotting spine cos every now and then my right leg fell asleep ikut sesuka hati dia.

But one thing for sure, now I have much bigger brain. I'm not saying I'm a genius but this old noggin' of mine comes in handy when it's crunch time. Aku perlu bagi cicak jurasik tersebut pening, that might slow it down. Aku cari-cari Ridsect.

Got it. Aku pakai topeng H1N1 dan memulakan proses penyemburan. Aku mula dengan kawasan yang disyaki tempat cicak Jurasik tersebut berada. Setengah tin aku sembur. Lantaklah dekat dalam rumah adal lagi 17. Ke dah habis? Note to self, pergi supermarket after this. Baki lagi setenga aku sembur satu bilik air yang berkeluasan 6x6. Cicak 2 bas meulru keluar. Man, I wished I was 10 years younger and 5 times less attractive.

Tiada sebarang pergerakan dari cicak Jurasik. Stoned 12 dapur barangkali. Cicak-cicak minions aku salai hidup-hidup. yang dok bertemperian aku gunakan teknik flame-thrower. That's Ridesct + lighter. I have to tell you, it was AWESOME!!!

The flame throwing, not the salai part. That was grim.

Mungkin cicak Jurasik tersebut resistant dengan Ridsect pada kadar setengah tin. Aku selongkar stor. Aku bawa fresh stock of killing apparatus. Pakai Zippo. Senang, api payah nak padam. Tak ada lah melocot ibu jari aku lagi lepas ni.

Aku ambil kerusi. Panjat kerusi, selongkar rak. Satu persatu barang aku turunkan. And there it is.

"Besar sial. Eghhh."

Aku boleh nak ambil dia with bare hands tapi tengok that scaly piece of shit triggered my gag reflex. Dengan berkilat-kilat dek Ridsect, siapa nak pegang?

Aku capai kain lap. Dengan perlahan aku mendekati mangsa. Para yang aku buat tu unfortunately mudah untuk dijadikan escape route. Jarak antara kayu 5 inci. So aku dah jimat banyak duit beli kayu.

Dah nak capai dah ni, PAP! Menyembah lantai. Aku atas kerusi. Tak stabil. Hampir jatuh. Jurasik kekal idle dalam 10 saat. Aku ingat dia stone lagi maka aku selongkar poket cari Zippo.

"Aiseh. Poket mano aku campak 'an lighter tadi?"

"Found it!"

Aku tengok lantai. Hilang. Mencecet-cecet dia lari cari perlindungan di bawah bayang kereta. Aku paksa belakang aku kerja keras sikit dengan membongkok cara bahaya. Tak nampak apa pun. Aku meniarap atas lantai. Military style. Gelap.

Hampa. Berpeluh macam sial. Aku pergi timbang berat badan.

Segala caci merca bertukar kata-kata pujian kepada Jurasik. I've lost 1.5 pounds worth of calories.

Dah. Aku nak pergi supermarket.

We'll meet again, Jurasik. And next time, I won't be gentle. It's gonna be Armageddon.