Selasa, Mac 16, 2010

'Bout Time, Motherfucker.

Senin sampai Jumaat aku memperhambakan diri dengan besi for 2 years straight. Never missed even one night, so it's high time to get some recognition from the guy.

Uncle Bryan yang taik idung masin bab berkongsi ilmu, mata duitan, bini muda, cun pulak tu, tak tau bawak dek untung, in short, a big time motherfucker akhirnya menulis nama aku dan 2 orang lagi untuk di bawa masuk pertandingan.

Wakil tempat aku sebelum ini telah berpindah ke Perak. Pahang. Ontah. Itupun setelah beribu dia labur dekat orang tua tu yang dok kirap duit supplement. 6 tahun dia buncitkan perut Uncle Bryan barulah dapat peluang nak ke masuk pertandingan.

3 orang yang bakal dihantar termasuk aku juga punya sejarah pelaburan merugikan dekat orang tua tersebut. Antonio, pseudonym, telah buat pelaburan selama 2 tahun sebelum dia jumpa aku yang punya kenalan yang boleh dapat bekalan supplement 17 kali ganda lebih murah. I lied, hanya separuh harga but 2 times the quantity.

Seorang lagi, Gustav, juga pseudonym, telah buat pelaburan selama 3 bulan sebelum menyedari saban hari dia menjilat palit-palit kemasinan haring di raut wajahnya. Setelah diyakini tanpa sedikit ragu kesucian wajahnya, Gustav mula jadi pembekal ulung menyaingi farmasi dalam membekalkan barangan kesihatan. Well mostly proteins and some vitamins and pills. Illegal pills. The kind of pills that won't make you spend the night in the cell. The kind of pills that keep you going.

Aku. Pelaburan aku hanyalah masa. Pada awalnya aku gemar datang pagi sebab orang tak ada. Yang teman aku hanyalah Uncle Bryan. Kami berbual, pembetulan, dia berbual dengan dinding manakala aku fokus dengan kerja aku. Bila aku tanya sikit dia cakap, "Look at the chart."

Ok fine. Aku tengok jelah carta bergambar yang dia tampal sekeliling tempat tu. I felt somewhat bigger by the second just looking at em'. Impressive.

Masih belum ada pelaburan masa di situ. Aku akan melaburkan masa setelah aku turun tangga dan mengadap muka orang tua tu yang tercatuk kat bawah baca newspaper. Aku set jam 10 minit. Aku capai bahagian yang dia tak baca. Kumpul topik dalam kepala and spit.

Tak kiralah apa topik sekalipun, even at one time aku buka topik paling hangat yang ada dalam suratkhabar siap bantuan visual, there's a girl wearing gear that really showed the goods, dia entah macam mana putar-putar ianya akan berakhir dengan politik. Dari 10 minit beranjak 20 minit. Tak cukup. Aku tambah lagi 10 minit. Belarut-larut sampai ke kedai kopi sembang bagai nak rak tepuk meja pelbagai.

Maka dari 3 jam aku patut habiskan hentam besi aku terpaksa kurangkan sampai setengah jam je. He left me no choice. Kalau dia nampak aku turun laju semacam dia akan tegur, "Eh kau nak poie mano? Meh dok ngan Uncle dulu sembang pasal Anwar."

"No Uncle, I don't wanna talk about him and I don't wanna talk to you."

Dalam hati.

Aku tak tahan. Ok screw it, aku tukar masa. Aku datang malam. And I live happily ever after since then.

***

Tadi entah dari celah mana orang tua tu muncul. Uncle Bryan bawa borang. 3 keping kesemuanya. "Kau, kau dan kau. Sini!"

"Isi sampai lengkap esok hantar dekat rumah Uncle."

Wow, nama aku dan 2 sahabat lagi telah dihantar. Yang tinggal hanyalah maklumat peribadi. Aku tenung jauh-jauh renung dalam-dalam.

Gustav, "Yeah, it's high time for us to get into the game."

Aku balas, "Ha isi borang tu, jangan banyak cakap."

Antonio, "Chicks will be all over us like flies hovering over a pile of horse manure."

I'm not sure about the chick part. All I'm concerned is I'm gonna be like 99% naked with only a thin layer of spandex covering my tender part and that's for sure is graphical. Have to pull it all the way back so it won't get weird.

"Fuck that, I don't want to."

"Uncle, nah bagi borang ni kat Amat. Kategori super-duper-galactical heavy weight." sambil meludah ke sisi orang tua tu dan berjalan turun ke bawah dengan keyakinan yang aku rasa setakat ni belum pernah tercapai.