Isnin, April 05, 2010

Si Penggali Kubur Genit

Ingat lagi masa aku sekolah menengah, tiap-tiap kali balik sekolah aku akan berjalan kaki ke kedai CD macha yang terletak di KL( Kedai Lorong) untuk bertanyakan, kadang-kadang tak payah tanya, dia akan cakap, "belum mari lagi adik. Minggu depan kasi datang."

Seni mempertahankan diri memang ada dalam darah daging aku. Aku belajar silat selama 2 minggu. Seminggu sekali. Satu sesi sejam setengah. Membawa makna seumur hidup aku belajar silat selama 3 jam. Kuda-kuda pun aku tak tau macam mana rupanya.

Got into fights, tak tau macam mana nak aplikasikan benda yang aku belajar. Aku hanya belajar kuda-kuda--itu pun tak habis. How the fuck am I gonna whoop a guy's ass hanya dengan memasang kuda-kuda? Aku minat silat tapi tak tau mana nak cari sumber ilmu.

Nak berjumpa tok guru, aku ada memori pahit. Tok guru tu kirap duit kitorang ngam-ngam lepas minggu kedua dia ajar yakni hari membayar yuran pendaftaran. Dapat duit, VROOOM dia pulas minyak Vespa cabuk dia.

Buku silat? Aku tak jumpa. Masih budak lagi. Memang ada jual buku-buku silat dekat kedai tapi aku jadi sesat dan tidak mengenal hujung pangkal bila masuk gedung menjual komik dan buku gusti. Buku gusti adalah pornografi pertama kebanyakan budak-budak asrama masa zaman aku sekolah dulu. Pornografi pertama aku masa darjah 3 ke 4. Dalam format VCR. Aku tak tahu satu hapah pun. Kawan aku cakap tape Transformers, aku pergi rumah dia. Masuk dalam player, and there you have it, my first pornographic experience. Nothing happened to the wee-wee, seingat akulah.

Dan berterima kasih kepada buku gusti yang tak hanya memaparkan gambar-gambar diva mereka, aku jadi suka tengok orang sesah orang pakai kerusi, 2X4, meja, barbed wire, tukul besi kuku kambing, pemutar skru, keyboard, papan induk, kalendar, pretty much all the things that one could grab. Sampai terkeluar isi otak. Man, that's delicious!

Lepas tu tengok pula grapple moves masing-masing. Suplex sana suplex sini. Whoa.

Signature moves, finisher. Whoa!

Ke kedai CD macha sebab nak beli VCD gusti punya pasal. Then someone told me that all the moves, the bloods were all fake. Kepala berdarah sebab diorang toreh sendiri. Yang terlipat 720 darjah tu tak sakit, kerusi besi tu keras sikit dari Play-Doh. I went, "FUCK!"

Aku masih tak percaya. Aku kaji dulu. Aku tengok frame-by-frame. Printscreen pastu paste dekat Paint then zoom. Well, I'll be damned.

Apa-apa saja grapple moves yang melibatkan clutch kepala pihak lawan dekat celah lutut memang tak ada apa. Kepala keneneng sekejap je dalam 5 saat gitu. That's all it did. Pedigree, piledriver, itu semua kencing kuat.

Aku berhenti tengok gusti.

For 5 years.

Datang pula kawan-kawan aku ke rumah bawa Playstation siap dengan CD permainan macam-macam. Aku selak-selak koleksi CD. Hampir separuh yang diorang bawa adalah CD bola. Aku patah-patahkan dan curah gasolin. Campak mancis, poof!

Aku terpengaruh balik.

They've got create a finisher mode di mana pemain boleh cipta apa saja bentuk penyudah ikut tekak. Aku cuba-cuba buat. Damn, sangkut. Tak ada idea. Aku search Youtube dan aku jumpa. Aku taknak tiru bulat-bulat, ambil konsep saja. Dalam syok-syok aku cari, I came across these two sweet videos.

Chokeslam compilation:

Other sweet moves:

Sedangkan budak kecik pun boleh buat, malam ni aku nak pergi try semua created finisher yang aku dah buat, ada dalam 20 macam tu, dekat sepupu aku.