Khamis, Jun 11, 2009

"Ouch!" lelaki dan cara menanganinya.


Dah dekat 7 bulan aku tunggu rawatan lazer susulan yang ke 6 yang sepatutnya dibuat pada bulan Januari lepas tapi disebabkan aku, pihak dermatologi menerima banyak sungutan dan aduan daripada mereka yang benar-benar memerlukan.

Kali terakhir aku diberi rawatan, aku dan seorang lagi pesakit berbangsa India dijadualkan dan dirawat pada hari yang sama. Aku sepatutnya pesakit pertama diberi rawatan, tetapi disebabkan aku harus mendahulukan resam aku sebagai seorang lelaki daripada seorang manusia yang peka dengan kesihatan, aku jadi orang nombor dua dirawat. Aku sibuk flirt dengan jururawat yang baru ditempatkan dekat jabatan dermatologi. Doktor malas nak tunggu, dia FIFO-kan saja.

Aku digelar Badak oleh kakitangan dermatologi.

Sedikit sejarah.

Aku orang yang terakhir menerima rawatan. Mesin lazer ranap lepas seksa aku lebih 20 minit. Mesin lazer menelan belanja puluhan ribu untuk dibaiki semula. Ada pesakit yang meninggal dunia dalam tempoh 7 bulan mesin dibaiki. Well, matinya sebab strok. Dia perlukan lazer untuk buang tahi lalat di muka. Still, dia pergi dengan wajah yang keluarga terdekat saja mampu lihat. Seorang jururawat diberi amaran kerana membuang masa dengan pesakit(aku), aku dah tak nampak lagi that foxy lady pagi tadi, dah kena buang kot. Memang masalah perempuan tu. Dan banyak lagilah efek berantai yang berpunca daripada aku.

In short, aku ni membawa nasib malang. Atau bad luck cakap orang putih. Malaysia heboh dengan 1Malaysia, Malaysian Malaysia yang secara asasnya nak menyatu-padukan masyarakat berbilang kaum. Dua perkataan orang putih tersebut di 1Malaysia-kan lalu menjadi "badluck". Ditch the 'l' and what's left is "baduck". Lalu dengan semangat Anti-PPSMI, "baduck" menjadi badak. There you have it, a nickname that's ironic enough by literal cos' I'm fabulous. Badak adalah, kebiasaannya, nama gelaran untuk mereka yang, well, "kurus".

Pada magnitud 1.5, itu paras kepekaan lazer yang digunakan (0 equals to tak ada rasa apa-apa dan 0.1 equals to castration. Without sedation), aku rasa aku macam terkencing dalam seluar but then I realized, I'm such a guy. I can take pain with ease. Aku rasa aku lebih kepada terejakulasi daripada terkencing.

Selepas rawatan, treated area perlulah disejukkan. Gauze yang direndam dalam air sejuk jadi kering lepas seminit ditekap dekat kawasan yang dilazer. Siap dengan bau hangus. Gauze tu, kulit tangan aku bau smoked beef.

Slip perskripsi diberi untuk paracetamol, krim Fucidin dan sebotol cecair apa entah untuk tujuan cuci. Seperti biasa, aku akan tanya mana tong sampah berdekatan dekat jururawat dan campak slip perskripsi yang dironyok penuh kelakian, siap ada snot lagi, dan tambah beban sebanyak 0.00001% kepada Sanitation Department.

I took the bad boy--my burnt arm--for a spin. Ingat lagi tangan aku yang retak di pergelangan kiri? Masih belum sembuh sebab aku degil dan tambah aksesori bandage di pergelangan tangan dengan berkeping-keping gauze dekat bahagian siku, you have what it called, the chick magnet factor atau faktor undi simpati. Bergantung.

Kalau aku berjalan dekat segolongan perempuan yang ada tokoh nak jadi mereka yang mempelopori bidang-bidang seperti fesyen, seni, kejuruteraan, blablabla or in short, mereka yang liar, aku cakap aku terlibat dalam kemalangan. Dan aku seorang penunggang motocross semi-pro. Kemalangan tersebut memberi parut kejam kepada lengan aku dan aku cacahkan tatu naga kepala lapan untuk menutupi cela tersebut. Tatu menjadikan aku social outcast sebab aku Melayu, aku buang tatu tersebut secara betul dengan pergi lazer, bukan curah asid, tekap sterika, hiris kulit, gigit kulit dan rawatan konvensional DIY yang lain.

Jika aku bertembung dengan sebaliknya, mereka ini terserlah nur keibuan dari raut wajahnya, aku terangkan cerita yang sebenar. Bermula dari 10 tahun yang lepas. Before you know it, I was enjoying a free lunch. And some cash.

Sedikit foto untuk tatapan. Well, sedikit implies more than one. Satu je foto yang aku baru snap pakai aku punya piss-poor webcam. Dengan kalimah keji, "jeeez!", aku mempersembahkan Lengan Yang Bakal Diganti Dengan Lengan Prostetik Jika Selepas 20 Kali Rawatan Masih Gagal Membawa Kesinambungan Kepada Kegemilangan Bahagian Tubuh Yang Lain: