Jumaat, Disember 05, 2008

Binatang.



I've decided to be a proud owner of a half Angolan half what's-his-species rabbit.

A pure Angola looks like this:
Aku tengok pun takut. Itu baru tengok bentuk fizikal dia, belum lagi tag harga. Mau terkincit aku nak membayarnya esok. 

Dalam perjalanan pulang dari mencari lontong darat, aku terjumpa 1 klinik veterinar cum pet shop di tempat aku. Aku tak pernah nampak sebelum ni. Aku masuk. Aku tanya pekerja dia macam-macam sebab aku saja nak bagi dia harapan kosong. Mana ada orang nak beli barang dengan peluh masih mengalir dan memakai gym short.

Jika kamu seorang sales representative bagi mana-mana pusat jualan kamu mesti faham dengan maksud sebenar kehadiran orang yang diterangkan seperti di atas. Mereka tak mahu membeli apa-apa. They just want to jerk you around, to show you how big an ass he/she is. 

Tapi terima kasih Dr. Lina, dia nampak mengerti dengan maksud sebenar aku. Orang yang berkongsi passionate about something, in this case, furry animal, mereka membentuk satu ikatan persahabatan ulung la itu juga. From a complete stranger to a complete bed-sharer-if you catch my drift.

Arnab Angola yang dijual dekat klinik itu hobbit, bonsai, katik, terbantut tumbesaran, what have you. Ia dikacuk dengan entah arnab apa entah, I wasn't paying much attention back then. I can't help but to tickle tons of cats' tummy and let em lick and then gigit jari aku sampai berdarah. Well, aku biarkan mereka gigit on purpose. Dr. Lina is a slammin hottie. And yes, dia rawat kesan gigitan itu dengan penuh kasih sayang.

Arnab yang aku tengok itu persis seekor guinea pig. Ianya guinea pig yang bertelinga panjang dan tirus. Ianya guinea pig  yang bertelinga panjang dan tirus dan telah menjalani pembedahan gastric bypass. Guinea pig is too damn fat.

Aku benci benda berbulu ginormous sebab instead of looking all cute and cudly, mereka jadi macam apa watak entah dalam Monster Inc tu. Somehow semua binatang berbulu dan besar gedabak remind me of that creep. Aku pernah dapat nightmare dimamah oleh ini:
And next thing you know, I wet my bed. Dan aku sudah bersekolah menengah masa tu. Motherfucker punya binatang besar berbulu tebal dan berwarna copak-capik.

OK. Aku nak kongsi sedikit tentang kasih sayang. Kasih sayang yang aku tahulah dapat dirasai dalam atmosfera dengan hadirnya satu jenis sensasi kesuaman. Bayu yang menghembus, sentuhan, apa-apa sajalah akan ada kesuaman di dalamnya. It's comforting warmth. Aku nak sapu antiseptik yang diberi percuma dan aku dapat rasakan kesuaman pada botol krim tersebut.

Nanti aku datang semula klinik kamu Dr.Lina. Aku akan datang dengan ironi. Next time I'll be in my formal clothes with quarter bottle of cologne tertumpah atas baju aku.

Rabu, Disember 03, 2008

Kematian dan kesan per individual.

Pagi Isnin aku betanyakan Bidadari 1, penghuni Syurga Tingkat 7 samada beliau ada di rumah atau tidak pada tengaharinya. Mesej teks dihantar. Kebiasaannya aku akan hantar ayat-ayat yang keras, lucah melampau, jahat, keji, busuk hati sekali dengan isi sebenar kandungan mesej teks tersebut.

Kalau tak mencarut tak sah. Dan jika tak mencarut, ayat balas adalah sehabis pendek yang mungkin. Ini kerana telefon bimbit aku mempunyai pad kekunci yang sama kerasnya dengan batu kerikil. 

Entah kenapa pagi itu datang sopan aku untuk menaip ayat yang barang siapa membacanya nescaya sejuklah hati tenanglah jiwa setelah pembacaan dibuat. Sampai begitu sekali. Ayat-ayat retorik disaluti melankolik diutus menggunakan teknologi bimbit yang paling canggih aku ada. Aku sendiri tak percaya benda yang aku taip dan terus buang mesej keluar daripada peti mesej keluar. 

Dipendekkan aku tak ingat apa yang aku taip. 

Agak lama aku tunggu maklum balas. Dalam setengah jam macam tu. Ingin saja aku mendail nombor Bidadari 1 kerana aku dah faham sangat jadual harian dia; jika matahari tak tegak atas kepala haramlah dia nak bangkit dari tidur.

Aku perlu mandi sebab aku berpeluh. Aku seorang yang aktif maka berpeluh is not such a big deal at all. Cuma bila badan dah berpeluh dan melekit, nak buat sebarang kerja pun tak senang. Kejap tergaru sana kejap tergaru sini. Think of as you sweat, your body turns into a giant sticky fly trap. Lalat itu adalah bakteria dan blablabla, kulit jadi gatal.

Sedang aku sibuk mencari nombor telefon kenalan yang boleh aku susahkan buat hari Isnin tersebut, 1 mesej teks masuk. Aku buka dan baca.

Aku terkedu.

"Ko x tgk news? 2 of my sis dead yesterday. go buy a newspaper."

Terus sejuk badan aku. Yang melekit terus hilang. Yang nak keluar(peluh) terus dihantar ke organ perkumuhan yang lagi 1 nun di bawah sana. 

Aku memang tak tengok TV. Surat khabar lagilah aku tak baca. Bergegas aku ke newspaper parlor yang berdekatan. 

'Holy shit! Front page! I'm gonna be sick!'

Aku tak tahu apa patut aku buat. Bidadari 1 adalah BFFF(tiada typo, figure the extra "f" by yourself) aku. Banyak masalah kami kongsi, well, masalah dia sajalah sebab aku zon bebas masalah. Hidup aku dipenuhi tawa riang, sinaran mentari, pelangi dan marshmallow. Tapi kali ini aku tak tahu nak buat apa. 

Kebiasaannya, bila dia ada masalah dan bila masalah itu diluahkan bersama linangan air mata, aku akan jadi manusia paling kelakar dalam dunia. Aku taruh dia cukup-cukup dengan komedi luar biasa aku diikuti pula dengan sesi mengeruhkan lagi keadaan dengan menghancurkan her will to live dan dipenghujung sedikit kata nasihat.

"Almost dying changes nothing. Dying changes everything."

Macam pernah dengar kan? Huh? Tak pernah? It's from House, for fuck's sake!

Ada kematian. Maka akan ada benda berubah. Aku telah menjadi aku yang baru. Aku yang baru adalah aku yang setiap pagi setelah pulang dari joging akan duduk bersila di balkoni dan mebaca akhbar. Aku yang baru adalah aku yang setiap kali TV menyiarkan berita, aku orang pertama yang terpacak depan tiub. 

Aku yang baru itu kekal buat sehari sahaja yakni semalam. 

Bidadari 1, jumpa lagi di lain hari. Aku ada ramuan rahsia bagi merawat luka hati lara akibat kematian orang tersayang. Ianya adalah jenaka. Jenaka yang diubah suai daripada versi asal yang aku gunakan untuk merawat pilu mak aku yang kematian arwah Atok 2 Ramadhan yang lepas. 

Isnin, Disember 01, 2008

Panas celaka!

(Hot damn sebenarnya)

Perisian mengedit foto yang aku pakar cuma 1: Picasa. Picasa adalah produk daripada Google yang kini telah memasuki versi yang ketiga.

Apa yang boleh membuatkan kamu terejakulasi dalam masa 5 saat pertama setelah bergelumang dengan new feature dalam versi ketiga?

Aplikasi Picture Viewer-nya yang sungguh uhhh tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bagi pengguna pelantar Windows, aplikasi pemapar gambar sedia adalah Windows Picture and Fax Viewer yang bosan dan sering mendatangkan menguap setiap kali aku cuba menyoroti gambar kenang-kenangan yang tersimpan dalam ruangan cakera keras.

Ingin aku sertakan bantuan visual di sini tapi tak mahulah. Ingat CoolIris? Add-on untuk FireFox? Cool kan? Kalau aku letakkan skala cool 1 ke 10, CoolIris mendapat tangga ke 8, Picasa Picture Viewer aku letak dekat nombor 7 sebab dia tak ada efek skrol ditiup bayu seperti CoolIris. Payah sangat nak bayangkan rasanya jadi aku dengan murah hatinya menyediakan bantuan visual. Kalau tak nampak nasib kaulah Labu.
Banyak lagi kot features yang lain yang aku tak sempat terokai sebab Picasa aku baru update 30 minit yang lepas. Pergi cuba dan berterima kasih kepada aku di lain hari. Ini barulah pendekatan berani dalam arena Antara Muka Grafikal. ACDsee? Bah!